UPK PKD Pekan

UPK PKD Pekan Nak sihat Jom follow Page PKD Pekan. Info sihat untuk kesejahteraan komuniti di Pekan, Pahang
Unit Promosi Kesihatan.

14/04/2026
14/04/2026

Jangan biarkan cuaca panas menjejaskan kesihatan anda. Ikuti langkah mudah ELAK untuk kekal cergas dan selamat

E - Elak aktiviti luar dan pakaian berwarna gelap dan ketat.
L - Lebihkan minum air kosong
A - Awasi golongan berisiko daripada berada lama di bawah panas terik
K - Kekal di tempat nyaman dan redup dengan ventilasi yang baik

Kesihatan kita, tanggungjawab kita.

19/02/2026

πŸ“’ Geran Projek Promosi Kesihatan Mychampion (GPPKM) 2026 Kini Dibuka! πŸ“’

Adakah anda mempunyai idea projek yang berimpak tinggi untuk komuniti?

Inilah peluang anda!

Ayuh bersama-sama kita bergerak ke arah rakyat Malaysia yang sihat sejahtera.

Mohon segera dengan mengimbas kod QR.

Hubungi Urusetia GPPKM melalui e-mel [email protected] untuk maklumat lanjut.

19/02/2026

PERHATI dan PILIH: Keselamatan Makanan di Bulan Ramadan

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/ esok pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang bersama Ts. Nurul Huda binti Aziz, Ketua Penolong Pengarah dari Cawangan Pematuhan Domestik, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

🎯 Mata kredit CPD turut disediakan!

2 Disember 2025 I Program Kesihatan Pergigian "Gigi Sihat, Selfie Hebat" Pejabat Kesihatan Dearah Pekan, telah menerima ...
05/12/2025

2 Disember 2025 I Program Kesihatan Pergigian "Gigi Sihat, Selfie Hebat"

Pejabat Kesihatan Dearah Pekan, telah menerima jemputan bagi menjalankan pameran kesihatan sempena Program Kesihatan Pergigian . Program yang berlangsung di SK Pulau Serai ini dimeriahkan dengan kehadiran dan sokongan dalam kalangan warga sekolah yang menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

Antara aktiviti yang disediakan seperti :
- Senamrobik
- Ceramah Pergigian
- Kuiz
- Ceramah Rokok dan V**e
- Pameran Interaktif

Turut hadir, Unit Promosi Kesihatan, Unit Fisoterapi dan Unit Inspektorat.

19/11/2025

πŸ“… 15 November 2025
πŸ… PENILAIAN AKHIR PREMIS DESTINASI MAKAN MAKAN SELAMAT NEGERI PAHANG 2025

πŸ“… 18 November 2025πŸ… PENGIKTIRAFAN PREMIS DESTINASI MAKAN MAKAN SELAMAT NEGERI PAHANG 2025πŸŽ‰ Tahniah diucapkan kepada 5 bu...
19/11/2025

πŸ“… 18 November 2025
πŸ… PENGIKTIRAFAN PREMIS DESTINASI MAKAN MAKAN SELAMAT NEGERI PAHANG 2025

πŸŽ‰ Tahniah diucapkan kepada 5 buah premis makanan di Daerah Pekan yang diiktiraf bagi program DESTINASI MAKAN MAKAN SELAMAT NEGERI PAHANG 2025:

🍽️ Warung Pekan Lama
πŸ”₯ Let’s Smokin BBQ
πŸ₯™ Murtabak Mengkasar (cawangan Peramu)
πŸ— Chill Fried Chicken
β˜• Kafe Belibis

πŸ“‹ Program ini merangkumi sesi bimbingan daripada semua agensi terlibat bagi kepatuhan terhadap aspek utama iaitu Kebersihan 🧼 dan Keselamatan Makanan πŸ›‘οΈ dari Pejabat Kesihatan Daerah Pekan serta elemen-elemen dari agensi:

πŸ›οΈ Majlis Perbandaran Pekan
πŸ“ Pejabat Daerah dan Tanah Pekan
πŸ•Œ Pejabat Agama Islam Daerah Pekan
πŸ›’ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

πŸ“† Bimbingan telah bermula sejak Februari 2025 sehingga kepada pemeriksaan akhir pada 15 Oktober 2025.

🏨 Penghujung program, premis yang terpilih ini telah dijemput menerima sijil dan plak penghargaan dalam majlis PENGIKTIRAFAN PREMIS DESTINASI MAKAN MAKAN SELAMAT NEGERI PAHANG 2025 yang diadakan pada 18 November 2025 bertempat di Hotel Grand Darul Makmur Kuantan dan disempurnakan oleh:

πŸ‘€ YB Dato’ IR. Razali Bin Kassim, DIMP.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang

🌟 Pengiktirafan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada premis makanan yang berjaya mematuhi peraturan yang ditetapkan. Diharapkan agar premis-premis ini akan terus mengekalkan kebersihan dan keselamatan makanan, serta menjadi inspirasi kepada semua premis makanan untuk:

βœ… Kekal bersih
βœ… Menyediakan makanan secara selamat
βœ… Menjadi destinasi pilihan pelancong dan komuniti setempat

πŸ”„ Program ini akan diteruskan dan diharapkan lebih banyak premis akan diiktiraf pada tahun akan datang.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Program ini juga adalah pelengkap kepada persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026 agar premis makanan sentiasa BERSIH 🧽 dan MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN SELAMAT πŸ›.

18/09/2025

[LIHAT, HIDU, RASA]

Kenali makanan yang rosak, basi dan tercemar menerusi lihat rupa makanan, hidu makanan terlebih dahulu dan rasa sedikit sebelum makan bagi mengelakkan keracunan makanan.


18/09/2025

[CARI DAN MUSNAH]

10 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.


Address

Pejabat Kesihatan Daerah Pekan
Pekan
26600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPK PKD Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share