Klinik Harmoni Bayan Baru

Klinik Harmoni Bayan Baru Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Harmoni Bayan Baru, Medical and health, 8 & 10, Ground Floor, Taman Sri Tunas, Jalan Tengah, Penang Island.

🚨 Mangsa tak sedarkan diri, terus buat CPR?Jangan terus buat andaian. Periksa respons dan pernafasan mangsa terlebih dah...
08/09/2026

🚨 Mangsa tak sedarkan diri, terus buat CPR?
Jangan terus buat andaian. Periksa respons dan pernafasan mangsa terlebih dahulu. Jika mangsa tidak respons dan tidak bernafas secara normal, hubungi 999 dan mulakan CPR dengan segera.
🫀 Tekanan dada yang betul membantu mengekalkan aliran darah ke otak dan organ penting sementara menunggu bantuan kecemasan.
Dalam situasi kecemasan, setiap minit sangat berharga.
Simpan & kongsikan info ini — ilmu asas CPR mungkin membantu menyelamatkan nyawa. ❤️

Jangan terus anggap sebab tak cukup tidur.Perubahan tekanan darah, kurang air, kurang makan dan beberapa faktor lain jug...
01/09/2026

Jangan terus anggap sebab tak cukup tidur.
Perubahan tekanan darah, kurang air, kurang makan dan beberapa faktor lain juga boleh menjadi punca.
Kalau kerap berlaku atau disertai simptom lain, jangan abaikan. Dapatkan pemeriksaan untuk kenal pasti puncanya. 🩺

Kalau perlu keluar rumah, pastikan anda ambil langkah berjaga-jaga. 😷Pakai pelitup muka yang sesuai, hadkan masa di luar...
27/08/2026

Kalau perlu keluar rumah, pastikan anda ambil langkah berjaga-jaga. 😷
Pakai pelitup muka yang sesuai, hadkan masa di luar dan elakkan aktiviti fizikal berat terutama apabila bacaan IPU meningkat.
📱 Jangan lupa semak bacaan IPU sebelum keluar dan peka dengan tanda seperti sesak nafas, batuk berterusan, sakit dada atau pening kepala.
Jaga diri, jaga keluarga. 💙
Udara bersih, kesihatan terpelihara.

26/08/2026

AWARENESS SAKIT DADA

Mengapa Sakit Dada Tak Boleh Buat Main?
"Alah... angin je ni." 🛑 Jangan kerap sangat guna alasan ni bila dada mula rasa sakit atau ketat!
Sakit dada mempunyai pelbagai simptom dan punca. Bila doktor nasihatkan untuk ke hospital atau buat pemeriksaan lanjut, mohon jangan abaikan. Nyawa anda sangat berharga.
Segera berjumpa doktor jika anda atau ahli keluarga mengalami sakit dada! 🩺❤️

Dah penat diet ketat, catu makan, dan bersenam sampai penat tapi timbangan langsung tak beranjak? Tambah p**a dengan mas...
26/08/2026

Dah penat diet ketat, catu makan, dan bersenam sampai penat tapi timbangan langsung tak beranjak? Tambah p**a dengan masalah jerawat tak henti, bulu tumbuh berlebihan, atau haid yang tak menentu?
Sebenarnya, jangan salahkan diri sendiri dulu. Kebanyakan wanita tak sedar yang isu ini berpunca daripada keseimbangan hormon (seperti PCOS). Bila hormon tak stabil, badan memang sukar nak respon pada diet biasa.

Ketahui punca sebenar dengan pemeriksaan menyeluruh dan dapatkan pelan rawatan yang tepat!
🌸 PCOS & WEIGHT MANAGEMENT PACKAGE🔥 Harga Promosi: RM230 sahaja! (Diskaun Hampir 50% | Harga Asal RM400)

🩺 Consultation: Konsultasi khas bersama doktor
📊 BMI Analysis: Analisa Indeks J***m Badan
🩸 Ujian Darah Lengkap: Darah merah, buah pinggang, hati, gula, kencing manis, kolesterol & urine
🧬 Hormonal Profile: Berdasarkan simptom spesifik anda
🔍 Ultrasound Rahim: Pemeriksaan struktur rahim
🥗 Diet Plan: Pelan pemakanan yang disesuaikan mengikut badan anda
📋 Weight Management Follow Up: Pemantauan & bimbingan berterusan untuk hasil terbaik
Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih serius. Lindungi kesihatan dalaman anda hari ini!
📍 Klinik Harmoni Cawangan Bayan Baru
8 & 10, Ground Floor Taman Sri Tunas, Jalan Tengah, Bayan Baru, 11920, Pulau Pinang.
📲 Tempah Slot Sekarang melalui WhatsApp:
+60 19-841 2661

Sakit dada bukan semestinya berpunca daripada jantung, tetapi jangan sesekali ambil ringan. ⚠️Ia juga boleh berkait deng...
25/08/2026

Sakit dada bukan semestinya berpunca daripada jantung, tetapi jangan sesekali ambil ringan. ⚠️
Ia juga boleh berkait dengan masalah paru-paru, GERD, radang pada bahagian dada atau serangan panik. Jika sakit terasa menekan, disertai sesak nafas, berpeluh sejuk atau merebak ke lengan dan rahang, segera dapatkan rawatan.
Jaga pemakanan, kekal aktif, berhenti merokok dan buat pemeriksaan kesihatan secara berkala. 🩺

Rambut Gugur Teruk Sampai Rasa Hilang Keyakinan? 😞Bila sikat rambut, bergumpal-gumpal gugur. Lepas mandi & bangun tidur ...
21/08/2026

Rambut Gugur Teruk Sampai Rasa Hilang Keyakinan? 😞

Bila sikat rambut, bergumpal-gumpal gugur. Lepas mandi & bangun tidur atas bantal pun penuh rambut. Makin hari makin menipis...

Tahukah anda? Masalah rambut gugur bukan sekadar sebab tak cocok syampu! Ia mungkin petanda badan kekurangan zat atau ada masalah kesihatan dalaman:

Kekurangan Zat Besi / Iron

Masalah Tiroid (TSH)

Kekurangan Vitamin D & B12

Perubahan Hormon & Stres

Jangan tukar syampu dulu! Siasat punca sebenar sebelum terlambat.

Dapatkan Pakej Saringan Rambut Gugur Wanita di Klinik Harmoni (Cawangan Bayan Baru):

Apa yang anda akan dapat?

Konsultasi Doktor

Pemeriksaan Kulit Kepala

Ujian Darah Lengkap (Full Blood Count, TSH Tiroid, Vitamin D, Vitamin B12, Iron)

🔥 HARGA PROMOSI: RM230 sahaja! (Harga Asal: ~~RM400~~ - Diskaun hampir 50%)

Kembalikan rambut yang sihat dan keyakinan diri anda hari ini!

📲 Tempang slot anda sekarang: +6019-841 2661
📍 Lokasi: Klinik Harmoni Cawangan Bayan Baru

GERD ≠ Gastrik! 😮Walaupun simptomnya kadang-kadang nampak hampir sama, GERD dan gastrik sebenarnya melibatkan keadaan ya...
17/08/2026

GERD ≠ Gastrik! 😮

Walaupun simptomnya kadang-kadang nampak hampir sama, GERD dan gastrik sebenarnya melibatkan keadaan yang berbeza.

🔥 GERD sering dikaitkan dengan asid perut yang naik ke esofagus.
🤢 Gastrik p**a melibatkan keradangan pada lapisan perut.

Kalau kerap alami pedih ulu hati, sakit perut, kembung, loya atau simptom yang berpanjangan, jangan sekadar anggap “gastrik biasa”.

Dapatkan pemeriksaan untuk kenal pasti punca yang sebenar. 🩺

10/08/2026

🚨 Harap kita tak pernah berdepan situasi ini... tetapi kalau ia berlaku, adakah kita tahu apa yang perlu dibuat?

Ramai orang panik apabila melihat seseorang rebah. Ada yang terus mengangkat mangsa, menyiram air atau mengerumuni mereka.

Sedangkan tindakan pertama yang betul boleh memberi kesan besar sementara menunggu pasukan perubatan tiba.

💙 Luangkan beberapa minit untuk belajar. Ilmu ini mungkin tidak digunakan setiap hari, tetapi suatu hari nanti ia mungkin menjadi sebab seseorang masih mempunyai peluang untuk terus hidup.

📲 Save & share posting ini kepada keluarga dan rakan-rakan. Semoga ia menjadi ilmu yang tidak pernah perlu digunakan, tetapi sentiasa berguna jika diperlukan.

06/08/2026

Tanda-Tanda Awal Perkembangan Anak Terlengkah: Ibu Bapa Wajib Ambil Tahu! 💡👶
Adakah anda perasan anak kurang fokus, lambat bercakap, atau perkembangan tak seiring dengan usia rakan sebaya? Jangan ambil mudah! Ini mungkin antara tanda awal ADHD, Autism, atau Speech Delay.

🔍 Tanda-tanda penting yang perlu diperhatikan:

Seusia 12 Bulan: Tiada respon/tindak balas kepada ibu bapa atau persekitaran.

Seusia 18 Bulan: Masih belum boleh berjalan ATAU tiada sebarang perkataan yang jelas.

Seusia 2 Tahun: Tiada susunan ayat ringkas atau mengalami penundaan (delay) perkembangan.

Jangan tunggu lagi jika ada tanda-tanda ini pada anak anda. Dapatkan nasihat doktor dan penilaian awal dengan segera. 🩺❤️

Hubungi atau kunjungi Klinik Harmoni yang terdekat untuk konsultasi lanjut.

Hashtags:

Address

8 & 10, Ground Floor, Taman Sri Tunas, Jalan Tengah
Penang Island
11920

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Harmoni Bayan Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share