01/11/2023
Kebanyakan penyakit saraf berpunca dari kawasan ni.
MASTER POINT/ PROBLEM.
Tidak kira jantina. Lelaki atau perempuan.
Sama sahaja.
Kerana itu, Cik Na tidak urut setempat. Cik Na juga bukan urut lega-lega, Cik Na tak lanyak.Cik Na urut rawat pulih, Cik Na belai dan pujuk otot dan saraf dengan cara yang betul. Cik Na buat kerja lembut, berhalus, berseni dan teliti. Cik Na tak buat kerja dalam tergesa-gesa mengejar masa. Kena rilex dan cool semasa rawatan, both terapis dan client.Cik Na urut sekurang-kurangnya sebahagian, kiri atau kanan badan, atas atau bawah. 1/4 bahagian tu, jika datang dengan keadaan sudah kronik seperti Carpal Tunnel Syndrome, boleh mencecah berjam jam urut. Kemudian ia akan bertahan lama. Tak perlu bedah, tak merungut sakit dah at least 6 bulan berdasarkan kebanyakan kes.. Insha Allah. Ini bukan jaminan, namun pelanggan perlu faham, Cik Na susun otot & saraf, stimulate ke tempat asalnya, stimulate bagi aktif agar kemudiannya mereka melakukan proses self-healing apabila "dikejutkan" dari situasi yang pasif. Ada yang menggelarkan kelumpuhan saraf. Istilah masing-masing. Cuma, ia ada peringkatnya. Lumpuh mild, boleh gerak dan angkat lagi, sederhana atau total. Lumpuh (tapi tak mati), dan masih ada potensi untuk dirangsang - Cik Na suntik energy healing. Program kan semula untuk mereka (otot dan saraf) reset sistem masing-masing. Bagi waktu bertenang selama 7 hari untuk merasai kesan sepenuhnya. Harap bersabar, jangan terus complain keesokan hari. Saraf dan otot masih bekerja untuk self healing setelah dirangsang.
Proses urutan Cik Na ni ambil masa, sayang. Kita tak buat dalam keadaan tekanan masa, minta sejam urut tu belum tentu selesai. Kena faham tu. Ada beza urutan yang cepat-cepat, memaksa, tergesa-gesa, sakit bekas kesan urut nya akan lebih, healing nya sementara sahaja. Manakala sentuhan yang teliti, halus, lembut, dalam keadaan tenang, makan masa.. namun kesan nya insha Allah jauh lebih baik. Kesan terapi sejam tak akan sama dengan 2 atau 3 jam. Ianya akan memerlukan pelaburan kos masa dan wang.. namun hasilnya tidak mengecewakan, insha Allah.
Master point ni kena rungkai dulu gumpalan di kawasan ni, barulah ia akan memberikan laluan atau akses ke point2 yang lain.. jangan paksa urut setempat, contoh sakit bahu, belikat, Carpal Tunnel, terus terjah kawasan tersebut, otot dan gumpalan masih keras, ia akan degil untuk diurut, ia protes. Tahu apa rasanya memaksa sesuatu yang sedang dalam keadaan protes?.. Kena lembutkan dan pujuk, repair di ibu utama dulu. Mother, give way please. He he.
Tiada jalan singkat untuk kesembuhan ye sayang-sayang. Perlu melabur untuk baik pulih dan rawat sakit yang dah lama kita simpan. Kerana itulah, penting nya pencegahan. , Cik Na urut sebagai pencegahan dari masalah sebegini, ... Insha Allah. Banyak kebaikannya.
Nota kaki:
Ramai orang lelaki minta saya urutkan di sini, sukar jumpa tukang urut lelaki yang mahir repair bahagian ini katanya. Namun saya tak buat lah. Boleh cari tukang urut saraf lelaki. Saraf di masalah ini, andai tersepit, maka terganggu lah energy batin dan prestasi alat kelamin masing-masing 😊