19/05/2022
Kalau time tengah panas, memang sedap kalau dapat makan ais krim. Hari ini kami nak share satu resepi ais krim yang mudah dan sihat iaitu ais krim kurma dan madu.
Bahan-bahan
1 tin susu pekat yang sejuk
750ml krim putar
1 sudu kecil serbuk vanila
¼ sudu besar kayu manis
225g kacang badam
100g kacang pistachio
150g kurma, dicincang
60ml sirap kurma
Cara Penyediaannya
1. Masukkan susu pekat, krim putar dan serbuk vanila dalam mangkuk pengadun. Pukul semua bahan dengan menggunakan mesin pengadun elektrik.
2. Pukul sehingga pekat dan berkrim. Selepas itu, masukkan badam, pistachio dan kurma dalam adunan krim.
3. Tuang separuh campuran adunan ke dalam bekas bersaiz 12cm x 23 cm yang dilapik.
4. Titiskan sirap kurma di atas adunan krim tersebut dengan rata dan kacau sedikit.
5. Tutup dulang tersebut dan simpan dalam peti beku. Bekukan selama sekurang-kurangnya 12 jam sehingga mengeras.
6. Keluarkan dari peti beku dan biar selama 3 minit sebelum mula menghidang.
Jangan lupa dapatkan snek kekacang beserta buahan kering dari mynuts tau. Dah rasa mesti nak lagi😁