05/02/2022
*Proses penghasilan garam buluh*
1️⃣Garam laut semula jadi dari Pantai Barat Korea Selatan dituai
2️⃣Garam laut semula jadi yang dijemur dibawah matahari diisi ke dalam batang buluh berusia 3 tahun
3️⃣Batang buluh yang terbuka ditutup dengan tanah liat merah yang tidak tercemar diambil dari gunung (hanya tanah liat merah dari 10 meter kedalaman digunakan kerana ia adalah lebih kaya dengan mineral)
4️⃣Garam buluh dibakar pada 900 ℃ ke 1500 ℃ untuk membuang kekotoran dan logam berat. Sementara itu, zat galian dan unsur surih dari tanah liat merah dan batang buluh meresap ke dalam garam buluh.
5️⃣Siap dibakar, abu buluh yang tertinggal dibersihkan. Garam buluh kemudiannya dikisar menjadi serbuk dan dimasukkan dalam batang buluh baru dan ditutup dengan tanah liat merah untuk proses pembakaran seterusnya (proses pembakaran berulang boleh meningkatkan kandungan mineral yang baik dan menghapuskan logam berat).
6️⃣Warna garam buluh dengan proses 6 kali bakar adalah putih-kelabu.
7️⃣Apabila proses pembakaran berterusan hingga kali ke-9, garam buluh sembilan kali bakar berubah menjadi warna ungu dan mempunyai keberkesanan yang tertinggi. Saintis percaya perubahan warna adalah disebabkan oleh penyusunan semula molekul sulfur ke dalam bentuk heksagon. Kebijaksanaan kuno menunjukkan garam buluh ungu dalam bentuk ini mempunyai jumlah tenaga bio aura yang tinggi untuk penyembuhan cara semulajadi.