Hospital Pontian, Johor

Call Website Contact the business

Hospital Pontian, Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Pontian, Johor, Medical and health, Hospital Pontian, Pontian.

PROGRAM DERMA DARAH HOSPITAL PONTIAN🩸Orang ramai dijemput hadir bagi menjayakan Program Derma Darah Hospital Pontian. Su...
16/10/2026

PROGRAM DERMA DARAH HOSPITAL PONTIAN🩸

Orang ramai dijemput hadir bagi menjayakan Program Derma Darah Hospital Pontian. Sumbangan anda amat bermakna dalam membantu menyelamatkan nyawa.

Jom menderma darah, bersama-sama menyelamatkan nyawa!

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT HOSPITAL PONTIAN TAHUN 2026/1448H🗓️ 15 Oktober 2026 (Khamis)Hospital Pontian telah men...
15/10/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT HOSPITAL PONTIAN TAHUN 2026/1448H

🗓️ 15 Oktober 2026 (Khamis)

Hospital Pontian telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Hospital Pontian Tahun 2026/1448H dengan tema ceramah “Bukan Sekadar Selawat, Jom Hidupkan Akhlak Rasulullah” yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Rasul bin Esa, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Kadi Daerah Pontian.

Semoga penganjuran program ini dapat menyemarakkan penghayatan nilai-nilai murni, memperkukuh akhlak serta memupuk budaya kerja yang berintegriti, prihatin dan profesional dalam kalangan warga kerja Hospital Pontian.

SAMBUTAN MPSG 2026🩺🗓️ 5 Oktober 2026“SAFE CARE FOR NON-COMMUNICABLE DISEASE (NCD): SAFE CARE FOR LIFE!”Sambutan MPSG 202...
15/10/2026

SAMBUTAN MPSG 2026🩺

🗓️ 5 Oktober 2026

“SAFE CARE FOR NON-COMMUNICABLE DISEASE (NCD): SAFE CARE FOR LIFE!”

Sambutan MPSG 2026 membawa mesej penting tentang kepentingan penjagaan yang selamat dan berkualiti bagi pesakit yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran, memperkukuh amalan penjagaan yang selamat serta memastikan kesejahteraan pesakit sentiasa menjadi keutamaan.

Safe Care for Life!🧡

🎊HPTN SPORT FIESTA 2026 🏆🎊Hospital Pontian telah mengadakan HPTN Sport Fiesta 2026 yang telah berlangsung dari 13 Ogos 2...
15/10/2026

🎊HPTN SPORT FIESTA 2026 🏆🎊

Hospital Pontian telah mengadakan HPTN Sport Fiesta 2026 yang telah berlangsung dari 13 Ogos 2026 hingga 3 Oktober 2026, melibatkan pelbagai acara sukan indoor dan outdoor bagi menyemarakkan semangat kesukanan, mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk kerjasama dalam kalangan warga hospital.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang diraih. Penghargaan turut diberikan kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.🎉

Akhirnya, setiap program yang dianjurkan bukan sekadar untuk bersaing dan meraih kemenangan, tetapi juga untuk menyedarkan kita bahawa ikatan silaturahim, semangat kebersamaan dan kerjasama merupakan perkara yang lebih bermakna daripada sebuah kemenangan.❤️

Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan menjadi kekuatan buat seluruh warga Hospital Pontian.

🌿  INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) MALAYSIAIndeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan panduan penting untuk mengetahui tahap ...
15/10/2026

🌿 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) MALAYSIA

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan panduan penting untuk mengetahui tahap kualiti udara di kawasan masing-masing. Pendedahan kepada udara tercemar boleh menjejaskan kesihatan, khususnya bagi golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, ibu hamil serta individu yang mempunyai penyakit asma atau jantung dan paru-paru.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk sentiasa menyemak bacaan IPU terkini dan mengambil langkah-langkah perlindungan yang sewajarnya, antaranya mengurangkan aktiviti lasak di luar apabila kualiti udara tidak sihat, menutup pintu dan tingkap jika perlu serta mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti sesak nafas atau batuk yang semakin teruk.

Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan melindungi diri daripada kesan pencemaran udara.

Lindungi diri, lindungi keluarga, demi kesejahteraan bersama.

SALAM TAKZIAHDengan penuh dukacitanya Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Hospital Pontian merakamkan setinggi-...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

Dengan penuh dukacitanya Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Hospital Pontian merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah atas pemergian
Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Binti Haji Mohamad Ali pada 28 September 2026.

Allahyarhamah merupakan antara doktor wanita Melayu terawal yang telah menabur bakti dalam bidang perubatan dan kesihatan awam negara, khususnya dalam aspek kesihatan ibu dan kanak-kanak, imunisasi serta pembangunan kesihatan masyarakat. Sumbangan dan jasa bakti Allahyarhamah kepada negara akan sentiasa dikenang.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada ;
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja Hospital Pontian

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat yang terdiri dar...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan latar belakang. Dalam kepelbagaian inilah terjalinnya kekuatan sebuah negara yang terus melangkah maju dengan semangat kebersamaan.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian serta memelihara keharmonian demi Malaysia yang lebih sejahtera, aman dan makmur.

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan kita untuk melangkah bersama, berbakti kepada masyarakat dan membina masa depan negara yang lebih gemilang.

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

SALAM TAKZIAHWarga Hospital Pontian merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita atas pemergian seorang kakitangan yang t...
15/09/2026

SALAM TAKZIAH

Warga Hospital Pontian merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita atas pemergian seorang kakitangan yang telah kembali ke rahmatullah.

Sesungguhnya kehilangan ini amat dirasai oleh seluruh warga hospital. Segala jasa, khidmat bakti dan kenangan bersama Allahyarhamah akan sentiasa dikenang.

Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Takziah buat seluruh ahli keluarga. Al-Fatihah.

TAKLIMAT LAWATAN TAPAK BAGI TENDER BANGUNAN BAHARU HOSPITAL PONTIAN🗓️ 10 September 2026.Hospital Pontian telah mengadaka...
11/09/2026

TAKLIMAT LAWATAN TAPAK BAGI TENDER BANGUNAN BAHARU HOSPITAL PONTIAN

🗓️ 10 September 2026.

Hospital Pontian telah mengadakan Taklimat Lawatan Tapak bagi Tender Bangunan Baharu Hospital Pontian.

Taklimat dan lawatan tapak ini diadakan bagi memberikan penerangan serta gambaran yang lebih jelas kepada pihak-pihak yang terlibat berkaitan skop, keperluan dan keadaan tapak projek sebelum proses tender dilaksanakan.

Semoga pelaksanaan projek Bangunan Baharu Hospital Pontian ini dapat berjalan dengan lancar serta menyokong usaha memperkukuh kemudahan dan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat.



Hospital Pontian menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Terbang ...
09/09/2026

Hospital Pontian menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Terbang Sarawak yang mengorbankan wira-wira Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pemergian para petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah memberikan khidmat dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat merupakan satu kehilangan yang amat dirasai.

Semoga seluruh keluarga dan waris diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini. Jasa dan pengorbanan mereka akan sentiasa dikenang.

Address

Hospital Pontian
Pontian
82000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Pontian, Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hospital Pontian, Johor:

Shortcuts

Share