24/02/2026
Kemunculan jenama kopi pop**ar, Zus Coffee, di Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri, Rawang, mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Zus menawarkan minuman segera 3-in-1 (Kopi Coklat dan White Coffee) pada harga RM3.90 secawan, yang dianggap sangat kompetitif berbanding harga 'air balang' biasa.
Segelintir netizen mendakwa kehadiran francais besar ini boleh "membunuh" periuk nasi peniaga kecil, manakala pihak yang menyokong p**a berpendapat ini adalah persaingan sihat untuk membendung trend harga 'cekik darah' di bazar.
Isu ini turut membangkitkan kritikan terhadap segelintir peniaga kecil yang menjual juadah biasa dengan harga tidak munasabah atas tiket 'viral'.
Sumber: Threads @/jalalmisai