14/09/2021
Baru bau sample dari Mary Kay, tapi rasa macam dah jatuh cinta dengan ILLUMINEA (extrait de parfum) up lagi sikit dari eau de parfum🥰 Boleh rujuk post Puan Mary ni, ilmu tentang perfume..
Ada tak kat sini peminat perfume atau tengah mencari idea nak buat as a gift?
Seriously, awak patut try ILLUMINEA. Allahu, tak tahu nak describe bau macam mana. Tapi sesiapa yang duduk area Putrajaya kalau nak try bau, just let me know ok😜
Sekali dah bau, jangan tak sabar pulak nak tunggu perfume sampai🤣
Minyak wangi yang kita pakai setiap hari boleh menjadi sebahagian daripada identiti diri kita.
Wangian yang sebati dengan bau semulajadi kita ibarat satu bentuk pengenalan diri. Orang yang terdekat dengan kita
terutama ahli keluarga akan mengenali kita dengan bau
tersebut.
Minyak wangi yang berjenama dan berkualiti biasanya berharga lebih RM200. Dalam kuantiti yang lebih kecil, harganya boleh jadi sekitar RM100 ke RM200 sahaja.
Minyak wangi dengan harga kurang RM100 juga ada yang bagus kualitinya dan elok baunya.
Antara langkah dalam proses pemilihan minyak ialah memilih kepekatan minyak wangi. Kepekatan minyak wangi ini menentukan daya tahan bau wangi minyak wangi tersebut.
Kepekatan ini merujuk kepada jumlah pati minyak wangi berbanding air dan alkohol yang berada di dalam botol minyak wangi yang sama. Kepekatan tinggi bermakna pati minyak wangi di dalam minyak wangi tersebut adalah tinggi juga.
Semakin tinggi kepekatan minyak wangi, semakin tahan lama bau wanginya. Pada masa yang sama, semakin tinggi kepekatan minyak wangi, semakin mahal harga minyak wangi tersebut.
Setiap tahap kepekatan minyak wangi akan mempunyai label atau nama yang berbeza. Rujuk gambarajah berikut untuk maklumat lanjut.
Kongsikan juga minyak wangi apa kes**aan anda di ruangan komen ya 😊