29/08/2026
TOK JO MENDENGAR..
Siapa yang kenal aku pasti tahu yang aku takkan menjilat mana-mana politikus. Nak pergi jumpa mana-mana politikus pun aku malas. Lagipun, aku memang tak pandai bab uruskan orang politik. Aku masih waras, 1+1 adalah 2. Bukan bos nak berapa.
Dulu masa Ismail Sabri jadi PM pun pernahlah setpol dia beriya ajak aku berjumpa dengan dia. Pun aku tolak banyak kali. Walaupun dia kata PM nak jumpa aku. Bukan sebab aku sombong, tapi aku malas. Aku sibuk ketika itu dengan kes Bella dan kerja aku yang bertimbun.
Cuma, Tok Jo ini aku kena bagi sedikit pengecualian kerana dia bukan seperti politikus lain. Dia akauntan bertauliah, seorang usahawan dan punya kerjaya profesional sebelum terjun ke bidang politik. Bukan macam pejuang PTPTN, mahupun budak bekam, yang takda apa selama ini, masuk politik terus "jackpot".
Jadi, jemputan untuk bertemunya aku sahut. Cumanya aku rasa tidak adil lah aku datang seorang sendiri. Aku ajak sekali kawan-kawan usahawan aku yang "steady", profesional dan ahli akademik untuk turut hadir memeriahkan wacana ilmiah yang santai di pagi hari Sabtu ini.
Usahawan yang "steady" ini adalah mereka yang jalan terus walaupun takda bantuan kerajaan, takda orang politik di belakang, dan tidak meroyan merentan tentang perniagaan mereka di media sosial. Tidak buat "marketing" jijik dan keji walaupun ekonomi memaksa. Paling penting, bukan taik porex.
Yang profesional p**a, ada jurutera otai, saintis berimpak tinggi, pakar hidrolik, pakar gelombang dari UM , pakar network dari TM, pakar polimer dari Jepun dan aku terbangkan khas sahabat aku Dr. Aid Fawzal FA Number dari UK untuk hadir memberi buah idea segar dari UK.
Banyaklah isu-isu yang aku kira mewakili suara majoriti usahawan SME, antaranya isu polisi yang menyekat inovasi anak muda, percukaian yang menekan, ketidakadilan polisi dan peluang untuk anak muda terus berdaya saing. Isu e-commerce yang menindas usahawan menjadi rancak kerana mendapat sambutan ramai.
Kami mungkin sudah tidak berapa muda. Tapi suara kami insyaAllah relevan untuk masa depan anak muda akan datang. Walaupun ada perbincangan yang luar daripada jangkauan Tok Jo, tapi mana tahu kan, takdir Allah Tok Jo jadi PM, dia mesti ingat kami pernah luahkan masalah tersebut dan segera diperbaiki.
Kali ini, Tok Jo datang bukan sebagai menteri MITI, bukan juga sebagai pemimpin politik, tapi dia datang dengan topi usahawan yang lebih senior dan berjaya, mendengar, memahami dan cuba membantu. Itulah yang menarik tentang sidang santai tadi. Tidak formal dan sangat santai. Siap ada yang datang dengan seluar pendek lagi.
Mula pun tepat waktu 9.30 pagi. Cuma ada yang mengomel sedikit sebab Tok Jo suruh makan nanti. Nampak tak dia punya "commit" nak fokus melayan kami. Makan pun dia suruh "postpone" je. Sesi habis setelah 3.5 jam. Itu pun nampak Tok Jo masih nak meneruskan sesi. Dia mungkin teruja dengan mereka yang hadir. Malangnya masa tak mengizinkan.
Yang paling menarik, Tok Jo siap tolong menjual untuk SCRUT. Apa pun, Tok Jo memang tak kosong. Dalam pengalaman aku bertemu dengan ramai menteri dan politikus, setakat ini Tok Jo berada di kelas yang tersendiri. Dia bijak, tajam dan penuh pengalaman keusahawanan.
Jika usul semua politikus bingai melainkan dibuktikan sebaliknya dibawa, Tok Jo ialah yang sebaliknya, manakala menteri 67 adalah contoh yang bingai itu. Aku harap Tok Jo terus maju jaya, kekal fokus dan mudah-mudahan kalau ditakdirkan menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti, jangan lupa kisah hari ini.
Ada sesiapa tak setuju atau tak s**a dengan Tok Jo? Kalau tak s**a, apa sebabnya?
;)