NADI TAMAN Mutiara 1

NADI TAMAN Mutiara 1 NADI Taman Mutiara 1

09/05/2026
09/05/2026
πŸ“’ WEBINAR BERKALA BAHASA INGGERIS – EDISI 8 πŸ“’Hello pelajar Tingkatan 1 hingga 3! 🌟Adakah anda ingin meningkatkan prestas...
06/05/2026

πŸ“’ WEBINAR BERKALA BAHASA INGGERIS – EDISI 8 πŸ“’

Hello pelajar Tingkatan 1 hingga 3! 🌟

Adakah anda ingin meningkatkan prestasi dalam peperiksaan tetapi tidak pasti teknik belajar yang betul? Ingin tahu cara menjawab soalan dengan lebih tepat dan berkesan?

Jangan risau! Jom sertai Webinar Berkala Bahasa Inggeris – Edisi 8 yang akan membantu anda menguasai tips dan strategi cemerlang peperiksaan dengan lebih mudah, jelas dan berkesan! πŸ“βœ¨

πŸ—“οΈ Tarikh : 9 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ•ž Masa : 2.30 PM – 4.30 PM
πŸ“ Tempat : Dalam Talian
πŸ‘₯ Sasaran : Pelajar Tingkatan 1 hingga 3
Walau bagaimanapun, peserta boleh memilih mana-mana kelas dan program ini terbuka kepada semua peringkat umur.

🎯 Topik :
Tips Cemerlang Peperiksaan

Sesi pembelajaran ini akan merangkumi teknik menjawab soalan dengan betul, strategi pengurusan masa, kaedah ulang kaji yang efektif serta panduan meningkatkan keyakinan semasa peperiksaan. πŸ’‘πŸ“˜

πŸ“ž Daftar sekarang – Kunjungi cawangan NADI berhampiran anda untuk pendaftaran!

πŸ“’ JEMPUTAN KE LIVE WEBINAR πŸ” NADI x Cybersecurity Lifelong LearningAssalamualaikum & Salam Sejahtera,Anda dijemput menye...
06/05/2026

πŸ“’ JEMPUTAN KE LIVE WEBINAR
πŸ” NADI x Cybersecurity Lifelong Learning

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Anda dijemput menyertai webinar khas bertajuk:

πŸ“Œ β€œBAGAIMANA AKAUN BANK ANDA DI CURI TANPA SEDAR”

Webinar ini akan berkongsi pendedahan tentang teknik scammer, cara akaun bank boleh digodam, serta langkah pencegahan untuk melindungi diri dan keluarga.

πŸ—“οΈ Tarikh: 07 MEI 2026 (KHAMIS)
⏰ Masa: 3.00 PM – 4.30 PM
πŸ’» Platform: LMS Cybersecurity
πŸ‘₯ Terbuka kepada: Belia, Ibu Bapa & Dewasa

βœ… Syarat Penyertaan:
βœ”οΈ Berdaftar sebagai Ahli NADI
βœ”οΈ Mempunyai akaun LMS Cybersecurity

πŸ“ Untuk maklumat lanjut, sila lawati NADI terdekat.

πŸ“² Instagram:
πŸ“˜ Facebook: NADI Keselamatan SIBER

Jangan lepaskan peluang untuk tingkatkan keselamatan kewangan anda! πŸ”’βœ¨

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.πŸ“’ ππ€πŠ ππ€π˜π€π‘ ππˆπ‹?Tak perlu susah hati, tak perlu beratur panjang!πŸ‘‰ 𝐉𝐨𝐦 𝐀𝐞 ππ€πƒπˆ π›πžπ«π...
02/05/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
πŸ“’ ππ€πŠ ππ€π˜π€π‘ ππˆπ‹?

Tak perlu susah hati, tak perlu beratur panjang!
πŸ‘‰ 𝐉𝐨𝐦 𝐀𝐞 ππ€πƒπˆ π›πžπ«ππžπ€πšπ­πšπ§ 𝐚𝐧𝐝𝐚!

Kini anda boleh buat pelbagai pembayaran dengan mudah & pantas di NADI:
πŸ’§ Pembayaran Utiliti Asas
πŸ“± Utiliti Komunikasi
🏠 Cukai Tanah / Cukai Petak
πŸšͺ Cukai Taksiran / Cukai Pintu
πŸš— Pembaharuan Insurans Kenderaan
πŸŽ“ Pembayaran Pinjaman Pendidikan
🧾 & Lain-lain perkhidmatan

Semua di satu tempat, lebih mudah & menjimatkan masa.

Makluman penutupan sementara operasi NADI Taman Mutiara 1 sempena Cuti Umum Hari Pekerja.
30/04/2026

Makluman penutupan sementara operasi NADI Taman Mutiara 1 sempena Cuti Umum Hari Pekerja.

Malaysia makin maju dalam pendigitalan.Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multim...
30/04/2026

Malaysia makin maju dalam pendigitalan.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini rasmi diiktiraf sebagai ahli Pusat Transformasi Digital (DTC) di bawah rangkaian Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Ini merupakan satu pengiktirafan besar di peringkat dunia.

NADI menjadi pusat ke-16 dunia dalam rangkaian global ITU-DTC dan ini bukti komitmen Malaysia dalam memperluas keterangkuman digital, khususnya untuk komuniti luar bandar.

Majlis pengiktirafan sebentar tadi diadakan di NADI Kubang Semang, Bukit Mertajam, disaksikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, serta para duta dan Pesuruhjaya Tinggi dari negara-negara anggota Majlis ITU.

Lebih ramai rakyat celik digital, lebih banyak peluang ekonomi.

Syabas NADI dan MCMC!


Mengakhiri lawatan ke Pulau Pinang, saya ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang bagi menghadiri Majlis ...
30/04/2026

Mengakhiri lawatan ke Pulau Pinang, saya ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang bagi menghadiri Majlis Pengiktirafan NADI oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa.

Saya merungkai istilah β€œtransformasi digital” yang sering kedengaran hebat dan memukau, namun berisiko melebarkan kesenjangan sekiranya ia hanya berlegar dalam wacana elit di kota besar. Justeru, NADI membawa pendekatan berbeza: memastikan kemajuan teknologi maklumat dan kecerdasan buatan benar-benar sampai serta memberi manfaat kepada masyarakat desa.
Kerajaan MADANI melaksanakan agenda ini dengan matlamat yang jelas. Pembangunan digital tidak boleh mencipta jurang baharu, sebaliknya mesti menjadi jambatan yang memperluas peluang dan membuka ruang mobiliti sosial kepada semua.
Pendekatan ini juga seiring dengan prinsip democratisation of access to quality education. Bukan sekadar memastikan semua mendapat pendidikan, tetapi memastikan setiap anak, tanpa mengira latar belakang, berpeluang menikmati pendidikan yang bermutu, termasuk penguasaan teknologi digital sebagai keperluan asas masa kini.

Melalui inisiatif seperti NADI, usaha ini mula menampakkan hasil. Anak-anak yang sebelum ini ketinggalan kini diberi akses kepada pembelajaran digital, bimbingan kemahiran dan peluang baharu yang mampu mengubah masa depan serta membuka ruang peningkatan pendapatan.

Pada masa sama, saya mengingatkan agar agama, nilai dan budaya tidak menjadi korban dalam kita mengejar kemajuan teknologi. Kemajuan tanpa jati diri hanya akan menghilangkan arah.
Semoga ikhtiar ini melahirkan generasi yang celik digital, namun tetap berakar pada nilai, akhlak dan budaya yang membentuk kekuatan masyarakat agar kemajuan ini bukan hanya memanfaatkan segelintir kelompok, tetapi benar-benar dimiliki bersama.



30/04/2026

Transformasi digital bukan lagi milik bandar semata-mata. Melalui inisiatif NADI, jurang antara komuniti luar bandar dan bandar kini semakin dirapatkan. Dengan akses kepada Internet, latihan kemahiran digital serta sokongan keusahawanan, NADI telah membuka peluang baharu kepada rakyat untuk terus maju dalam ekonomi digital.

Daripada pelajar yang kini mampu mengakses pembelajaran dalam talian, sehinggalah usahawan kecil yang berjaya mengembangkan perniagaan ke platform digital, NADI menjadi pemangkin perubahan yang nyata di peringkat akar umbi. Setiap kisah kejayaan ini membuktikan bahawa dengan akses dan bimbingan yang betul, potensi komuniti luar bandar mampu diketengahkan.

MCMC komited untuk terus memperkasa rakyat melalui peluasan inisiatif seperti NADI, memastikan tiada yang tercicir dalam arus pendigitalan negara demi membina Malaysia yang lebih inklusif, berdaya saing dan bersedia untuk masa hadapan.


πŸš€ Belajar AI Secara Percuma  – Rebut Peluang Masa Depan Anda!Dunia pekerjaan sedang berubah pantas dengan teknologi AI. ...
30/04/2026

πŸš€ Belajar AI Secara Percuma – Rebut Peluang Masa Depan Anda!

Dunia pekerjaan sedang berubah pantas dengan teknologi AI. Jangan tunggu lagi β€” kini anda berpeluang belajar kemahiran baharu secara PERCUMA, mudah dan ikut masa anda sendiri.

Program ini direka khas untuk membantu anda meningkatkan ilmu, menambah peluang pendapatan dan bersedia menghadapi masa depan digital.

✨ Apa Yang Anda Akan Dapat?
βœ”οΈ Belajar AI asas dengan cara yang mudah difahami
βœ”οΈ Cuba sendiri alat AI yang boleh digunakan dalam kerja & bisnes
βœ”οΈ Belajar secara fleksibel – bila-bila masa, di mana sahaja
βœ”οΈ Tingkatkan keyakinan diri dengan kemahiran masa depan
βœ”οΈ Terima sijil yang diiktiraf oleh Google.org

πŸ’― 100% PERCUMA
⚑ Tempat adalah terhad!

Hari ini belajar, esok buka lebih banyak peluang.
Jangan sekadar ikut perubahan β€” jadilah antara yang memimpin perubahan.

πŸ‘‰ Daftar sekarang: avpn.pepperlabs.my

Address

48, Jalan Taman Mutiara, Sungai Lui
Raub
27600

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI TAMAN Mutiara 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share