01/08/2026
:🍁:TAZKIRAH RAWATAN ISLAM DARUL MUALLIJ:🍁:
🍂Ramai yang mahu jadi Perawat Islam, tapi masih jahil.🍂
🍃Untuk menjadi seorang Perawat Islam yang berjihad di jalan Allah, minat sahaja belum mencukupi. Perlu ada ilmu yang mencukupi dari guru-guru dikalangan manusia, yakni jangan sesekali berguru dengan mimpi, buku-buku dan pembacaan di dalam internet semata-mata. Perlu mendalami bidang Perubatan Islam dari skop yang luas serta memahami intipati Islam itu sendiri, diperingkat tempatan serta secara global. Perlu belajar mengenal Allah SWT; dan mengenal DIRI sendiri.
🍂Kita sangat dianjurkan untuk menghormati guru, walau guru itu bukan Islam. Namun, janganlah kita sesekali bersifat taksub kepada seseorang guru itu. Setiap makhluk ini ada kelemahannya. Tidak ada kesempurnaan pada makhluk. Maha Sempurna hanya Allah SWT, Tuhan Maha Pencipta bagi segala-galanya di langit dan di bumi.
🍂Menjadi Perawat Islam, bukan satu pekerjaan yang glamour; bukan boleh jadi 'ikut-ikutan'; tetapi adalah satu tanggungjawab dan amanah dari Allah SWT yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya, mengikut Syariat Islam, sejajar dengan martabat keagungan Islam. Menjadi Perawat adalah tugas yang sangat berat dan sangat berisiko tinggi. Berhadapan dengan manusia yang zalim (yang mengamalkan ilmu hitam/sihir), jin, syaiton dan iblis ini bukan perkara yang mudah. Perawat sentiasa terdedah dengan segala ancaman; secara zahir dan batin; termasuk orang-orang yang berada di sekeliling Perawat. Tidak ada manusia yang kebal. Rasulullullah SAW, para Sahabat serta para alim ulamak juga tidak kebal.
🍃Untuk menjadi seorang Perawat Islam, perlu ada ilmu pengetahuan dunia dan akhirat yang mencukupi, cinta dan keyakinan kepada Allah SWT, cinta kepada Rasulullah SAW, keyakinan kepada diri sendiri, pengalaman, keberanian, kesabaran, kecekalan, kebijaksanaan, merendah diri serta hati yang bersih; juga kesihatan tubuh badan yang baik; terutamanya dalam melawan tipu daya syaiton, jin dan iblis; yang sentiasa mahu merosakkan dan mengganggu-gugat anak cucu Nabi Adam AS sehingga ke hari Kiamat.
🍃Akhir kalam dari ustaz Menuntut satu ilmu ....maka tuntutlah ia shingga faham baru ilmu disebarkan...
Us Hassan
Darul Muallij
https://telegram.me/FORUMRAKANPERAWATDARULMUALLIJ