31/10/2020
Alhamdulillah perkongsian kami mengenai penanaman rozel mendapat maklum balas yang menggalakkan. Ramai berjumpa En Zaihan kita minta benih Roselle (saya eja rozel je mudah) untuk ditanam di laman rumah.
Suatu ketika dulu, kampung kita boleh dikatakan meriah dengan tanaman rozel sebab pokoknya mudah hidup, mudah dijaga dan kurang penyakit. Akan tetapi budaya penanaman rozel ini kian pudar selepas itu kerana terlalu banyak dan tidak terpetik buah kelopaknya!
Oleh itu, kehadiran En Zaihan selaku peraih rozel selepas ini harapnya dapat mengubah landskap ekonomi kampung kita. Tak dapat banyak pun tapi lepas duit ngeteh sehari pun ok jugak bak kata tok ulai, lagi lagi time ujung bulan kihkihkih (admin pun sama korek tabung, tengok celah dompet taim ujung bulan , pasni dah boleh tanam sepokok dua heee)
Gambar 2016 penanaman rozel di laman rumah generasi kedua felda medoi. (sama jugak berakhir dengan pokok tak berjaga). Agak agak sekali petik macam ni berapa kilo yek? Kalau sekilo rm1.00 pun cukup la hehe rm20 senang-senang je dapat hehe