11/05/2026
β¨SALAM Mega Antenatal Class 2026 β¨
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pasangan bakal ibu dan ayah yang telah hadir dan memeriahkan SALAM Mega Antenatal Class 2026 pada 10hb Mei 2026 yang berlangsung di Klana Resort Seremban.
Seramai 50 pasangan telah menyertai program ini dan majlis telah dimulakan dengan perasmian oleh Madam Jagdish Kaur, Pengurus Besar Hospital Pakar SALAM Senawang.
Program dimulakan dengan sesi praktikal yang sangat menarik oleh SALAM Fisioterapi Tim dibawah pimpinan Puan Saiydatul Akma Binti Saimin, Pengurus Jabatan Fisioterapi.
Pelbagai pengisian bermanfaat telah dikongsikan sepanjang program berlangsung menerusi sesi ceramah kesihatan dan kehamilan oleh barisan pakar perubatan antaranya Dr Mohd Zaqrul Razmal Bin Mohd Podzi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap Pakar Perubatan Pediatrik, Dr Shukiman Ismail, Pengarah Perubatan merangkap Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Alinawati Binti Mohd Ali, Dr Azalea Binti Md Khairuddin, Pakar Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Dr Shamsul Ariff Bin Sulaiman, Pakar Perubatan Anestesiologi & Pengurusan Kesakitan, Dr Nur Aileen Wee Binti Abdullah, Pakar Perubatan Dermatologi Pediatrik serta Pn Nur Nadzurah, Pegawai Pemakanan.
Program diteruskan dengan sesi praktikal bersama SALAM Midwife Team dibawah pimpinan UM Faridah Lan, dan diakhiri dengan pemberian hamper serta foto berkumpulan.
Hospital Pakar SALAM Senawang mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan strategik SALAM Mega Antenatal Class 2026 iaitu Nestle Product Sdn Bhd, Prudential Takaful (IMAG Agency), Baby Dermally Product serta Cryocord Sdn Bhd yang turut hadir bagi membuka kaunter dan memeriahkan program.
Bersempena sambutan Hari Ibu yang diraikan semalam, pihak Hospital Pakar SALAM Senawang turut menyelitkan pemberian bunga ros sebagai tanda penghargaan dan simbol kasih sayang kepada para ibu yang hadir.
Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan dan kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat buat semua pasangan dalam menempuh fasa keibubapaan yang indah ini. Kehadiran serta sokongan yang diberikan amat bermakna dalam menjayakan program ini.