11/08/2022
6 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut
1. Kurangkan kuantiti makanan
Selalu berasa tidak selesa selepas makan banyak?
Jika ya, anda perlu mula ambil makanan dengan kuantiti yang sedikit.
Bukan itu sahaja, anda boleh cuba pastikan anda mengunyah makanan sehingga lumat.
Hal ini mampu mengurangkan angin yang ditelan bersama makanan yang menyebabkan kembung perut.
Mengunyah hingga lumat juga bermakna anda akan makan dengan lebih perlahan.
Jadi, anda akan cepat kenyang dan seterusnya tidak akan makan dengan terlalu banyak.
2. Kenal pasti intoleransi makanan anda
Gas yang berlebihan akan dihasilkan apabila akan makan makanan yang sukar dihadam oleh sistem penghadaman anda.
Antara intolerasi makanan yang biasa dihidapi adalah intoleransi terhadap laktosa, fruktosa, telur, gandum dan gluten.
Pastikan anda periksa makanan anda terlebih dahulu untuk pastikan bahan ini tidak terkandung dalam makanan anda.
3. Elakkan menelan angin dan gas
Terdapat dua punca gas dalam sistem pencernaan kita.
Yang pertama berpunca dari bakteria dalam usus dan yang kedua adalah angin atau gas yang ditelan semasa anda makan atau minum.
Antara minuman yang anda boleh elakkan adalah minuman berkarbonat seperti minuman bersoda.
Selain itu, mengunyah gula-gula getah, minum menggunakan straw dan bercakap sambil makan juga boleh menjadi punca tertelan angin secara anda tidak sedar.
4. Elakkan makanan yang menyebabkan kembung perut
Sesetengah makanan yang tinggi kandungan serat seperti kacang dan bijirin menghasilkan gas yang banyak.
Antara cara untuk kenal pasti makanan yang menyebabkan kembung perut adalah dengan merekod pemakanan anda.
Makanan berlemak memperlahankan pencernaan dan pengosongan perut.
Ia mengenyangkan tetapi boleh menjadi masalah bagi orang yang cenderung untuk mengalami kembung perut.
5.Elakkan sembelit
Kajian menunjukkan bahawa sembelit hanya memburukkan lagi masalah kembung perut ini.
Untuk mengelakkan sembelit, pengambilan serat larut adalah disarankan.
Namun, meningkatkan kandungan serat dalam diet perlu dilakukan secara beransuran dan dengan hati-hati.
6.Cara lain yang anda boleh lakukan adalah tingkatkan aktiviti fizikal atau minum lebih banyak air.
Keduanya mampu memberi kesan positif terhadap sembelit.
kembung perut
Minyak pudina
Kembung perut juga boleh disebabkan oleh perubahan fungsi otot dalam saluran pencernaan.
Ubat dipanggil antispasmodik dapat membantu mengurangkan kekejangan otot.
Tetapi, jika anda inginkan bahan semula jadi, minyak pudina dipercayai mempunyai fungsi yang serupa.
Terdapat banyak lagi cara merawat kembung perut tetapi jika ianya berlarutan, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat pakar kesihatan