07/06/2026
Terima kasih atas jemputan untuk saya berkongsi mengenai kesedaran Kanser Usus bersama para ahli Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Bahagian Negeri Sembilan sempena AGM yang berlangsung di Mawar Medical Centre.
Dalam sesi kesihatan kali ini, saya membawakan topik berkaitan Kanser Usus, antara jenis kanser yang kerap berlaku namun sering dikesan pada peringkat lewat kerana simptomnya yang tidak begitu ketara pada peringkat awal.
Saya ingin mengingatkan bahawa perubahan tabiat membuang air besar, darah dalam najis, penurunan berat badan tanpa sebab yang jelas serta sakit perut yang berpanjangan tidak boleh dipandang ringan. Pengesanan awal melalui saringan seperti kolonoskopi mampu meningkatkan peluang rawatan yang lebih berkesan dan menyelamatkan nyawa.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memberikan perhatian serta komitmen sepanjang sesi berlangsung. Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan usus serta menggalakkan amalan saringan secara berkala demi kesihatan yang lebih baik.