29/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
29 September 2026 (Selasa) โ Hospital Setiu telah menganjurkan Sambutan Minggu Keselamatan Pesakit Peringkat Hospital Setiu 2026 yang menggabungkan dua fokus utama, iaitu
๐ท๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐: โ๐บ๐๐๐ ๐ช๐๐๐ ๐๐๐ ๐ต๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐๐๐๐โ dan โ๐ถ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐ & ๐ฏ๐๐๐๐๐: โ๐ฏ๐๐โ๐ ๐๐๐๐? ๐ณ๐๐โ๐ ๐ฌ๐๐๐๐๐ ๐จ ๐ฏ๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐พ๐๐๐๐๐๐ ๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐โ.
Program dimulakan dengan aktiviti Chairobik, diikuti dengan sesi ๐ช๐ด๐ฌ
berkaitan "๐บ๐๐๐ ๐ช๐๐๐ ๐๐๐ ๐ต๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐๐๐๐๐: ๐ซ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐"
oleh Dr. Muslaini binti Mohd Nor dan
๐ช๐ด๐ฌ "๐พ๐๐๐๐
๐๐๐๐" oleh Dr. Fakhruddin bin Mohd Nan. Acara diteruskan lagi dengan sesi forum yang dikendalikan oleh Dr. Nazila binti Awang selaku moderator, bersama barisan panel iaitu Dr. Rosma binti Abd Ghani dan Encik Mohd Syazwan Bin Abd Rasid, Pegawai Psikologi Kaunseling Pejabat Kesihatan Daerah Setiu.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan perasmian penutup oleh Yang Berusaha Dr. Ahmad Amirullah bin Rosdi, Pengarah Hospital Setiu, dan disusuli dengan sesi penyampaian hadiah serta cenderahati.
Program turut diserikan dengan lawatan ke reruai pameran, antaranya:
โข Minda Sihat
โข Woundcare
โข Kenali Ubat Anda
โข Unit Kawalan Infeksi
โข Diabetic Resource Center
โข Pendermaan Organ
โข Photobooth
โข Reruai Pembekal
Program ini diselaraskan oleh Dr. Afifi Syamil bin Abdul Razak dengan bantuan Dr. Athirah binti Sulong, serta mendapat kerjasama penuh daripada jawatankuasa penganjur yang terdiri daripada gabungan AJK MSPG, UKKP, Woundcare, dan UKI. Seramai 65 orang peserta dan ahli jawatankuasa telah hadir serta memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.
Hospital Setiu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha yang dilaksanakan dapat terus memperkukuh budaya keselamatan pesakit serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, kondusif, dan sejahtera buat seluruh warga Hospital Setiu