18/04/2026
Moga terus berkembang
Luqsports Performance & Recovery Centre terus mengukuhkan peranannya sebagai rakan sokongan prestasi kepada atlet tempatan dengan pendekatan rawatan yang profesional dan menyeluruh. Dikenali dengan fasiliti yang selesa serta mudah diakses, pusat ini menumpukan kepada rawatan individu yang disesuaikan mengikut keperluan setiap atlet, sekali gus membantu mempercepatkan proses pemulihan dan meningkatkan prestasi di litar.
Dengan pengalaman melebihi 10 tahun serta lebih 500 atlet yang telah dibantu, Luqsports menampilkan barisan terapi bertauliah dan terlatih dalam pelbagai teknik rawatan tisu lembut. Setiap rawatan bukan sahaja menumpukan kepada simptom kecederaan, malah turut menilai faktor dalaman seperti tekanan harian, postur badan, nutrisi dan keadaan fizikal keseluruhan.
Tahun ini menandakan tahun kedua kerjasama antara Luqsports dan TW Racing, khususnya dalam menyokong pelumba seperti Harith, Haziq dan Alaf. Kolaborasi ini dilihat sebagai elemen penting dalam memastikan tahap kecergasan pelumba sentiasa berada pada tahap optimum sepanjang saingan Malaysian Cub Prix (MCP).
Dengan sokongan sains sukan moden dan pendekatan holistik, Luqsports diyakini mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi pelumba TW Racing musim ini.
Terus Menyokong TW Racing!