Tihany Wellness Center

Tihany Wellness Center Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tihany Wellness Center, Medical and health, Shah Alam.

🏅Master Coordinator Shaklee Malaysia
🏅 Certified Coach Business Mentor
🏅Certified Nutraceutical Advisor
👍27Y Experience in Nutraceutical
👍10Y Experience in Business

“Protein soya ni tak bahaya ke?”Ini antara soalan paling banyak orang tanya bila nampak produk macam ESP 😅Ramai masih pe...
11/05/2026

“Protein soya ni tak bahaya ke?”

Ini antara soalan paling banyak orang tanya bila nampak produk macam ESP 😅

Ramai masih percaya soya boleh “kacau hormon”, tak bagus untuk lelaki atau buat perempuan cepat menopos.

Tapi sebenarnya, banyak kajian nutrisi moden menunjukkan protein soya adalah sumber protein yang baik dan lengkap.

Protein soya mengandungi semua asid amino penting yang badan perlukan untuk fungsi harian.

Sebab itu ia digunakan secara meluas dalam dunia pemakanan dan nutrisi.

Dalam ESP Shaklee p**a, ia menggunakan Isolated Soy Protein daripada non-GMO soy.

Maksudnya, kandungan proteinnya lebih fokus dan berkualiti.

Tentang phytoestrogen p**a, ramai salah faham.

Phytoestrogen dalam tumbuhan bukan hormon estrogen manusia.
Badan kita memprosesnya secara berbeza.

Sebab itu pengambilan soya secara sederhana tidak terbukti memberi kesan buruk seperti yang sering viral di media sosial.

Protein sebenarnya penting untuk:
✨ bantu rasa kenyang lebih lama
✨ sokong tenaga harian
✨ bantu pembinaan dan pembaikan tisu badan
✨ bantu cukupkan keperluan protein harian

Kadang yang menakutkan kita bukan fakta.
Tapi cerita yang diulang tanpa semakan 😊

Dulu, kita diajar satu benda:kalau nak makan “betul”, karbohidrat mesti paling banyak.Sebab itu ramai membesar dengan ko...
06/05/2026

Dulu, kita diajar satu benda:
kalau nak makan “betul”, karbohidrat mesti paling banyak.

Sebab itu ramai membesar dengan konsep:
nasi penuh satu pinggan,
protein sedikit,
sayur sekadar tambahan.

Dan untuk waktu yang lama, itu dianggap normal.

Tapi sekarang, cara dunia melihat pemakanan mula berubah.

Banyak guideline pemakanan moden dah mula beri perhatian lebih kepada:
protein,
lemak sihat,
sayur,
dan makanan yang lebih padat nutrien.

Bukan sebab karbohidrat itu “jahat”.
Tetapi sebab badan manusia perlukan lebih daripada sekadar tenaga segera.

Badan perlukan bahan binaan.
Untuk otot.
Untuk hormon.
Untuk sistem imun.
Untuk fungsi badan setiap hari.

Sebab itu ramai pakar pemakanan mula tekankan:
kualiti makanan lebih penting daripada sekadar kuantiti makanan.

Masalahnya, ramai antara kita masih makan ikut “setting lama”.

Bila lapar → tambah nasi.
Bila penat → cari makanan manis.
Protein p**a selalu jadi bahagian paling kecil dalam pinggan.

Sedangkan badan kita semakin perlukan nutrien yang lebih lengkap,
lebih seimbang,
dan lebih berkualiti.

Kadang masalah bukan sebab kita makan terlalu banyak.
Kadang masalahnya sebab badan tak dapat apa yang benar-benar diperlukan.

Dunia dah berubah.
Mungkin cara kita makan pun dah sampai masa untuk berubah sama.

🦴 Pernah perasan tak…Kaki tiba-tiba kejang waktu malam,kuku makin mudah patah, dan sendi rasa tak selesa walaupun tak bu...
22/04/2026

🦴 Pernah perasan tak…

Kaki tiba-tiba kejang waktu malam,
kuku makin mudah patah, dan sendi rasa tak selesa walaupun tak buat kerja berat?

Ramai anggap benda ni biasa.
Padahal, badan sebenarnya sedang “bagi signal”.

Salah satu kemungkinan pengambilan kalsium tak cukup untuk keperluan harian.

Hakikatnya, hampir semua kalsium dalam badan digunakan untuk struktur tulang & gigi.
Bila tak cukup, badan akan ambil dari simpanan yang ada.

Sebab tu ada orang rasa badan makin “ringkih” tanpa sedar.

✨ Nutrien seperti kalsium, vitamin D3 & magnesium dikenali berperanan menyokong kekuatan tulang.

OsteNutrix adalah salah satu sumber yang mengandungi kombinasi nutrien ini.

09/04/2026

🍇 Manfaat Polifenol dalam Vivix & ResV 🍇

Tahukah anda?
Rahsia utama dalam Vivix dan ResV adalah kandungan polifenol — sejenis antioksidan semulajadi yang terdapat dalam anggur Muscadine.

Kenapa polifenol penting?

✨ Membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif
✨ Menyokong kesihatan jantung
✨ Membantu melambatkan tanda-tanda penuaan sel
✨ Menyokong tenaga & vitaliti harian

Polifenol bertindak di peringkat sel —
kerana kesihatan sebenar bermula dari dalam.

Vivix & ResV bukan sekadar suplemen,
ia adalah pelaburan untuk sel yang lebih kuat, badan yang lebih bertenaga dan penuaan yang lebih sihat.

Nak tahu yang mana lebih sesuai untuk anda? Boleh PM saya 😊🍇

Atau klik www.wasap.my/60193476996/ResVivix




⚠️ HATI-HATI, BUKAN SEMUA YANG MURAH ITU SELAMATSekarang ni semakin banyak laporan produk Shaklee tiruan dijual di platf...
03/04/2026

⚠️ HATI-HATI, BUKAN SEMUA YANG MURAH ITU SELAMAT

Sekarang ni semakin banyak laporan produk Shaklee tiruan dijual di platform online.

Masalahnya bukan sekadar “tak original” tapi kita tak tahu apa sebenarnya dalam produk tu.

Ada kes:
– Dibungkus semula
– Kandungan tak diketahui
– Tiada jaminan keselamatan

Kalau tersalah beli, bukan rugi duit je…
Kesihatan pun boleh terjejas.

Beberapa produk telah dikesan mempunyai versi tiruan di pasaran:
❌ ResV
❌ Collagen Plus Powder
❌ Pre & Probiotic
❌ Vita-C Plus

Produk tiruan ini:
• Tidak diketahui kandungan sebenar
• Tiada jaminan keselamatan
• Berisiko menjejaskan kesihatan

👉 Cara paling selamat:
Beli hanya dari saya, pengedar Shaklee Sah atau website rasmi

Kalau ragu-ragu, better tanya dulu sebelum beli.

💬 Nak saya bantu semak produk original atau tidak? Drop “CHECK” di komen.

Kita makan untuk hilangkan lapar.Tapi dalam diam, kita mungkin tambah beban pada badan.Makanan ultra proses jadi pilihan...
31/03/2026

Kita makan untuk hilangkan lapar.

Tapi dalam diam, kita mungkin tambah beban pada badan.
Makanan ultra proses jadi pilihan sebab ia cepat, mudah, dan sentiasa ada bila kita perlukan.

Kita fikir ini sekadar pilihan biasa.

Tapi banyak daripadanya diproses dengan pelbagai bahan tambahan untuk tahan lama dan sedap.
Bukan sekadar makanan ia produk yang direka untuk tarik selera.

Kita rasa “tak makan selalu pun”.

Tapi hakikatnya, ia muncul hampir setiap hari dalam bentuk berbeza.
Snek, minuman, makanan segera semuanya masuk tanpa kita sedar.

Kita ingat kita boleh berhenti bila-bila masa.

Tapi kombinasi rasa dalam makanan ini buat kita nak lagi dan lagi.
Bukan sebab kita tak kuat, tapi memang itu cara ia direka.

Kita semua nak sihat.

Tapi kesihatan bukan datang dari niat, ia datang dari pilihan kecil setiap hari.
Mungkin hari ini, kita mula perhatikan apa yang kita makan, sebenarnya bantu atau perlahan-lahan membebankan badan?

Setuju, komen 👍

“REALITI LEPAS RAYA”Raya ni pelik sikit.Di luar nampak meriah, tapi dalam badan kita tak semestinya sama.Dari pagi sampa...
30/03/2026

“REALITI LEPAS RAYA”

Raya ni pelik sikit.
Di luar nampak meriah, tapi dalam badan kita tak semestinya sama.

Dari pagi sampai malam bergerak ziarah, makan, perjalanan jauh.
Kadang kita tak sedar, badan kita tengah “recover” dari perubahan rutin selepas Ramadan.

Sebab tu ada masa kita rasa cepat letih, cepat lesu.

Bukan sebab umur semata-mata tapi mungkin badan perlukan sokongan yang lebih konsisten.

Dalam banyak kajian, nutrien seperti polifenol (contohnya resveratrol) sering dikaitkan dengan peranan sebagai antioksidan yang membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif harian.

Bila kita mula faham benda ni, kita akan jaga lebih awal bukan tunggu badan bagi signal.

Sekarang kebetulan ada promo Raya untuk Shaklee ResV.

Beli 3 botol, ada 10% diskaun (esok last 31 March).

Kalau rasa badan dah mula “penat diam-diam”, mungkin ini masa untuk mula jaga balik.

Tulang Kita Sebenarnya “Bercakap”… Tapi Ramai Tak Sedar 😳Pernah tak rasa sakit belakang yang tak hilang-hilang?Atau tiba...
24/03/2026

Tulang Kita Sebenarnya “Bercakap”… Tapi Ramai Tak Sedar 😳

Pernah tak rasa sakit belakang yang tak hilang-hilang?

Atau tiba-tiba perasan tinggi macam makin “susut”?

Jangan ambil ringan, itu mungkin tanda tulang kita dah mula lemah.
Ramai ingat masalah tulang ni hanya untuk orang tua.

Hakikatnya umur 30-an, 40-an pun dah boleh mula kena ⚠️

Antara tanda yang selalu kita abaikan:
✔️ Sakit belakang bila duduk lama
✔️ Mudah penat & otot makin lemah
✔️ Gigi mula longgar
✔️ Postur badan makin bongkok
✔️ Mudah patah walaupun jatuh ringan

Kalau ada salah satu pun itu dah cukup untuk kita mula berjaga².

Jangan tunggu sampai terlambat.
Tulang kuat, InsyaAllah badan kekal aktif, bertenaga & yakin 💪

Sebab tu ramai dah mula amalkan OsteNutrix Shaklee untuk bantu:
✨ Kuatkan tulang
✨ Sokong sendi
✨ Kekal aktif tanpa sakit

Jaga tulang sekarang, bukan nanti.
Kalau nak tahu sesuai ke tak dengan badan awak, boleh DM saya 🙌

KUALA LUMPUR: Sebanyak 503 kes baharu Tuberkulosis atau TB direkodkan pada Minggu Epidemiologi kelima, menjadikan jumlah...
16/02/2026

KUALA LUMPUR: Sebanyak 503 kes baharu Tuberkulosis atau TB direkodkan pada Minggu Epidemiologi kelima, menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara setakat ini sebanyak 2,571.

Perangkaan setakat hujung minggu lalu menunjukkan Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 614, diikuti Selangor (476), Sarawak (257), Johor (233), Kuala Lumpur dan Putrajaya (202), Pulau Pinang (148), Kedah (144) dan Perak (127).

Negeri-negeri lain yang merekodkan kurang daripada 100 kes adalah Kelantan dengan 96 kes, Pahang (81), Terengganu (60), Negeri Sembilan (58), Melaka (42), Perlis (17) dan Labuan (16).

Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada menjelang musim perayaan dan cuti panjang dengan mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul serta memakai pelitup muka di kawasan sesak.

"Individu yang mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, demam, hilang selera makan atau penurunan berat badan digesa menjalani saringan di fasiliti kesihatan terdekat dengan segera," menurut kenyataan kementerian itu.

Selangor kini berada di hadapan tanah air dari segi jumlah kluster tibi aktif.Ini bukan sekadar statistik ini satu perin...
12/02/2026

Selangor kini berada di hadapan tanah air dari segi jumlah kluster tibi aktif.
Ini bukan sekadar statistik ini satu peringatan supaya kita tidak ambil mudah kesihatan sendiri dan keluarga.

Setakat 7 Februari 2026, terdapat 10 kluster tibi di seluruh Malaysia.
Daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan 4 kluster,bmanakala Johor merekodkan kluster dengan jumlah kes paling tinggi.

Tibi tidak hilang begitu sahaja.
Ia masih boleh menular melalui udara,
terutama dalam ruang tertutup seperti asrama, sekolah berasrama, penjara atau tempat kerja yang padat dengan orang.

Antara simptom yang biasa dilaporkan:
• Batuk berpanjangan lebih dari 2 minggu
• Demam tidak hilang
• Hilang selera makan
• Berat badan menurun
• Berpeluh waktu malam

Jika ada tanda-tanda ini, segera berjumpa dengan klinik kesihatan berhampiran.
Rawatan ada, dan ia dipantau secara rapi oleh pihak kesihatan.
Semakin awal dikesan, semakin baik hasilnya.

Selain peka dengan simptom, penting juga kita jaga daya tahan badan.

Vitamin C dikenal sebagai nutrien yang menyokong fungsi imun, manakala Nutriferon p**a mengandungi bahan yang dikaji peranannya dalam menyokong tindak balas imun badan secara semula jadi.

Ramai mengambilnya sebagai sokongan pemakanan harian, terutamanya apabila sekeliling kita penuh risiko tinggi.

Mari kita jaga bersama:
✔️ Kenal pasti simptom awal
✔️ Amalkan etika batuk yang baik
✔️ Jaga pemakanan seimbang
✔️ Sokong imun dengan nutrien yang sesuai

Kalau mahu maklumat lanjut tentang Vitamin C & Nutriferon Shaklee,
tinggalkan komen “INFO” di bawah.

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tihany Wellness Center posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tihany Wellness Center:

Share