17/09/2026
πβ¨ CMET TERUS CIPTA KECEMERLANGAN! β¨π
Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat Center for Medical Electronic Technology (CMET), PSA! π
CMET berjaya meraih EMPAT pengiktirafan dalam Anugerah Centre of Technology (CoT):
π Pengurus CoT Terbaik : Pn Wee Soo Lee
β Elemen Terbaik : Expert Service
β Elemen Terbaik : Research & Innovation
π CoT 3 Star Terbaik Keseluruhan : SAPPHIRE
Kejayaan ini bukan sekadar sebuah anugerah, tetapi merupakan hasil kerja berpasukan, komitmen dan usaha berterusan seluruh warga CMET, dengan sokongan padu daripada warga Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) serta seluruh warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).
π Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Team CMET, warga JKE dan seluruh warga PSA, serta semua pihak yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan pencapaian ini.
Kejayaan ini menjadi pemangkin untuk CMET terus memperkasakan perkhidmatan kepakaran, penyelidikan dan inovasi, serta memberi impak yang lebih besar kepada institusi, industri dan komuniti.
Terus melangkah, terus mencipta impak.
Tahniah CMET, JKE & PSA! ππ