20/06/2021
Assalamualaikum
Selamat malam semua❤❤❤
Harap nampak posting ibu ...lama nye mark lock 😥
NAK BERJAYA PELAJARI RUKUN ISLAM
1. Mengucap 2 kalimah syahadah
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الل
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Melalui syahadah, Allah mengajarkan kita tentang NIAT.
Cuba kira setiap hari,
berapa kali kita kena ulang baca syahadah,
baik ketika solat, mendengar azan
Mahupun tika menjawab azan.
Pernah tak terfikir, kenapa kena ulang banyak kali?
Supaya kita sentiasa ingat bahawa
Tiada tuhan melainkan Allah,
dan Nabi muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Begitu juga dalam perniagaan,
Kena ingat balik kenapa kita mula berniaga.
Apa matlamat asal kita.
Apa yang kita nak capai sebenarnya??
Sebab tu kita digalakkan menulis impian
dan baca balik impian yang telah di tulis,
supaya kita sentiasa INGAT
apa yang kita mahu capai dalam hidup.
2. SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM.
Solat wajib 5 waktu setiap hari.
Ada waktu solat khas setiap hari untuk solat Fardhu.
Indahkan islam😊
Solat fardhu mengajar kita tentang disiplin.
Masuk waktu solat fardhu je kita disarankan untuk solat awal waktu.
Antara kelebihan jika istiqomah solat awal waktu ialah
🌹 Dapat keberkatan rezeki
🌹Diangkat seksa kubur
🌹 Dapat buku catatan amal dengan tangan kanan
🌹Dapat lintas titian sirat dengan sepantas kilat
🌹Masuk syurga tanpa hisab
Dalam Rukun islan kedua ini kita belajar tentang DISIPLIN.
Semua tahu, Solat Fardhu, ada waktu khasnya.
Namun jika kita mampu buat solat sunat yang lain, solat dhuha, tahajud, taubat, hajat, istikharah, qabliyah dan baadiyah itu BONUS untuk kita 😊
Kawan- kawan dalam kehidupan seharian kita pun begitu.
Penting untuk kita susun masa kita.
Kita kena tahu,
masa bila kena bangun Tidur,
Masa bila kena buat Kerja
Masa bila kena berehat dan bersenam.
Barulah hidup kita akan lebih teratur.
In shaa Allah😊.
Orang yang berjaya bukanlah dia dapat extra masa daripada Allah S.W.T
Tapi, kerana dia berjaya menguruskan masanya, menjadikan dia lebih awal berjaya daripada kita.
Okeylah, Cukup 2 je dulu ibu kongsikan.
In shaa Allah.