Minuman Beras Perang Mayang

Minuman Beras Perang Mayang Mayang adalah pengeluar MINUMAN SIHAT BERAS PERANG yang terbaik di Malaysia. Terdapat 3 pilihan peri

26/10/2023

GULAI KUNING IKAN AYE/TONGKOL
Hidangan; 4orang
1/2ekor Ikan Aye/Tongkol
*ikan tongkol rebus dulu dengan asam keping. Tapi sistur short cut je. Tak rebus
1bj Bawang Merah
2ulas Bawang Putih
1in Lengkuas
4kpg Cili Kering
Kisar semua bahan di atas dan masukkan ke dalam periuk
2kpg Asam Keping
1sk Serbuk Kunyit
1/2cawan Air
Masukkan bahan di atas dan masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan aye/tongkol dan biarkan sehingga ikan masak. (ikan tak hancur sebab dah masukkan asam keping awal2)
1/2cawan Santan
Garam
Gula/perasa
Cili Api
Masukkan santan, garam, gula/perasa dan cili api. Masak sehingga mendidih. Sesuaikan rasa. Siap




26/10/2023

ASAM PEDAS DAGING

Bahan-bahan:-

-Sekilo daging rebus dulu naaa..
-2 biji bawang sederhana besar (blander)
-5 biji bawang kecil (blander)
-5 ulas bawang putih (blander)
-10 ke15 biji cili kering (rebus dan blander)
-3 ke 4 biji cili padi (nak pedas boleh tambah dan blander)
-2 inci lengkuas (blander)
-1 inci halia (blander)
-1 1/2 inci belacan (blander)
-1 keping gula melaka
-Setengah cawan air asam jawa
-Sebatang serai dikeduk
-3 helai daun limau purut
-Segengam daun kesum
-Garam & air secukupnya.
-Tomato dan kacang benci (hiasan)

Cara-cara-

1) Panaskan minyak dengan mencukupi, masukkan serai kemudian tumis bahan2 yang dah siap blander.

2) Masak sehingga bahan2 betul2 masak & garing dengan api yang perlahan. Bila dah pecah minyak sedikit masukkan daun kesum, daun limau purut & kepingan gula melaka, gaul sebati dan masak sehingga garing dan pecah minyak, ini bagi memastikan air bawang betul2 kering.

3) Selepas tu masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air asam jawa. Gaul sebati & biarkan 5 minit daging berpalut pada bahan2 yang lain.. kemudian tambah 2 cawan air bersama gula dan garam. masak sehingga kuah asam pedas pekat dan daging lembut.

4) Kemudian bolehlah masukkan potongan tomata & kacang bendi. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba!

-Nabilah Md Saad

26/10/2023

RESEPI RENDANG IKAN TENGGIRI
Bahan2 ;
Beberape keping ikan tenggiri goreng .
Daun kunyit hiris
Daun limau hiris
Kerisik secukupnya
Garam secukup rasa
Gula melaka secukup manis
Santan c kit ( agak2 aje)
Air asam c kit ( agak2 jgn lah bnyk masam pulak jadinya )
Rempah kari ikan babas ( agak2 aje)
Bahan2 kisar ;
Cili merah + hijau
Cili padi merah + hijau ( ikut pedas mana nak )
B.merah kecil
B.putih
Halia
Serai
Ketumbar biji ,Jintan halus & kasar
Kisar hingga halus .
Cara2;
Panaskan minyak tumis bahan2 kisar hingga garing n terbit minyak .
Setelah itu masukkan rempah kari tumis lagi .
Kemudian bru masukkan kerisik serta air asam . Kacau lagi . Masukkan santan biar seketika .
Perasakan garam n gula melaka serta daun limau & daun kunyit .
Akhir sekali bru masukkan ikan tenggiri goreng kacau lagi .
Perlahankan api biar hingga mereneh .
Tutup api .Siap dihidangkan .
SELAMAT MENCUBA😊

Keridit by Laila Aznam




26/10/2023

Makan kat kdai mahal.buat sendri berbaloi2..

1 periuk buat.. buat msam2 n pedas mmg sdp..

Resepi sup tulang thai

1kg tulang (rebus dlu dgn halia smpai empuk)

Serai ketuk
Lengkuas ketuk
Bawang putih ketuk
Bawang besar hiris
Halia ketuk..
Akar ketumbar ketuk2
Daun limau purut

Tumis smua bahan,kemudian masuk kan tulang yg dah di rebus bersama air rebusan.(sy amek separuh shj air rebusan dan tambah air lagi)..mendidih masuukn air lemon,saderi tomato n perasa n daun ketumbar.. da rasa dah siap ok da boleh makan 😅

credit : Sarra Ahmad Kamal‎




08/08/2022

Ada yang s**a makan mee sizzling? Alaa, yang macam dekat food court pasaraya tu. Dapat yang pandai buat, memang sedap makan sampai habis licin dibuatnya

07/08/2022
07/08/2022

Resipi Bubur Asyura Utara yang sangat sedap, mudah dan boleh dimasak secara homemade. Bahan-bahannya juga mudah diperolehi.

05/08/2022

Anak-anak korang s**a makan sosej? Baik buat sendiri sosej homemade. Lebih bersih dan sihat untuk anak-anak makan. Siap boleh campur sayur lagi. Korang follow je resepi sosej ayam tambah sayur ni kat sini. Nak guna apa-apa jenis sayur pun boleh.

05/08/2022

Siapa s**a makan kepak ayam manis dan pedas? Saya paling s**a makan, nak-nak time dia panas, berebut juga lah dengan anak-anak kalau beli kepak madu ni

01/08/2022

Kalau sesekali nak makan western, mungkin boleh cuba hidangkan ayam bakar dengan sos grill ni. Sos dia memang sedap dan padu.

01/08/2022

Kalau sebut nasi ulam teringat dekat opah dekat kampung. Setiap kali puasa, bila berbuka wajib ada nasi ulam air tangan opah. Ada yang salah faham, ingatkan nasi kerabu

Address

Taman Padu Permai
Sungai Besar
45300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Minuman Beras Perang Mayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Minuman Beras Perang Mayang:

Share