Ruqyah & Bekam Skudai

Ruqyah & Bekam Skudai Menyediakan perkhidmatan Rawatan Islam (Ruqyah), Bekam darah dan kiropraktik (bone alignment)

⚠️ Peringatan untuk kita semua ⚠️Pada hari ini, amalan sihir tidak lagi dilakukan secara sembunyi seperti dahulu. Jika s...
21/12/2025

⚠️ Peringatan untuk kita semua ⚠️

Pada hari ini, amalan sihir tidak lagi dilakukan secara sembunyi seperti dahulu. Jika suatu masa dulu orang berasa malu, terpaksa berjumpa secara senyap dan pada waktu malam, kini segelintir tukang sihir dan bomoh secara terang-terangan mempromosikan perkhidmatan mereka di media sosial dan website .

Mereka menggunakan ayat-ayat manis seperti: – “Ikhtiar terakhir”
– “Rawatan segera tanpa perlu datang”
– “Pagar diri, pengasih, pemisah, pelaris”
– “Dijamin menjadi”

Hakikatnya, ini adalah pintu kepada syirik dan kebinasaan akidah, walaupun dibungkus dengan alasan ikhtiar. Rasulullah ﷺ telah mengingatkan bahawa sihir termasuk dalam dosa besar dan boleh merosakkan kehidupan dunia serta akhirat.

Sama²lah kita lebih berhati-hati, jangan mudah terpengaruh dengan janji palsu di alam maya. Peliharalah akidah, kuatkan pergantungan kepada Allah, dan kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai benteng sebenar. Perbanyakkan amalan benteng diri agar kita dilindungi dari kejahatan makhluk ghaib dan yang terlibat dalam urusan ini.

Antara amalan benteng diri yang senang u tuk diamalkan :

Baca 100x setiap Hari

🌿 Zikir Arab Penuh:

لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ ٱلْمُلْكُ وَلَهُ ٱلْحَمْدُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maknanya: “Tidak ada Tuhan selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.”

“Barangsiapa yang mengucapkannya 100 kali sehari, maka:
• Dia akan mendapat pahala seperti memerdekakan 10 orang hamba,
• Ditulis baginya 100 kebajikan,
• Dihapuskan 100 kesalahan,
• Menjadi pelindung dari syaitan sepanjang hari hingga malam,
• Dan tidak ada seorang pun yang lebih baik amalannya kecuali orang yang mengucapkannya lebih banyak.”

📚 — [Hadis riwayat Muslim, no. 2691]

Untuk temujanji rawatan sila klik :
https://wa.me/message/2KIHK3DHDPEZC1


Sedih tengok remaja sekarang, beberapa hari lepas saya merawat seorang remaja perempuan, datang dari jauh mencari rezeki...
17/12/2025

Sedih tengok remaja sekarang, beberapa hari lepas saya merawat seorang remaja perempuan, datang dari jauh mencari rezeki di Johor Bahru. Beliau mengadu sakit perut yang berlarutan hampir beberapa tahun, perutnya seperti dicengkam tak kira waktu. Dah pergi jumpa doktor tapi tak jumpa penyebabnya.. Semuanya normal.
Alhamdulillah selepas rawatan beliau bgtau sakitnya berkurangan dan perutnya rasa selesa. Selepas sesi rawatan biasanya saya ajar zikir-zikir untuk benteng diri, apa yang sangat menyedihkan ialah apabila saya tanya "solat cukup tak? ".. Dia keberatan nak menjawab..akhirnya dia bersuara "Sebenarnya saya dah lama tak solat".😱
Bukan nak kata anak orang, anak² saya sendiri pun sama, terutamanya solat subuh.. hari² nak kena kejut, bukan sekali kejut terus bangun, kena berkali-kali kejut baru bangun solat subuh.. Kadang terpaksa simbah air. Tak tahulah bila berjauhan solat ke tak.. 😔😞😥😢. Kalau solat yang wajib susah nak didirikan yang sunat² zikir, baca quran dan hadis pastilah lagi ke parit.
Wallahu a'lam.. Semoga Allah melindungi kita semua dari nerakanya yang menakutkan dan dimasukkan ke syurga dengan rahmatnya.
Aaminn

Pada 1/3/2025 KKM telah Kuatkuasakan Akta 775 PT&K (Perubatan Traditional dan Komplimentari) yang meliputi 7 kategori ra...
14/03/2025

Pada 1/3/2025 KKM telah Kuatkuasakan Akta 775 PT&K (Perubatan Traditional dan Komplimentari) yang meliputi 7 kategori rawatan termasuk bekam dan perubatan ruqyah.

Ianya memang membebankan pengamal perubatan tetapi menguntungkan pelanggan kerana pelanggan tidak perlu ragu-ragu lagi samada perawat tersebut mengikut syariat islam atau dukun, kompeten atau tidak kerana setiap pengamal yang ingin menjadi pengamal berdaftar mesti melalui pelbagai saringan dan ujian.

Semoga selepas ini tiada lagi perkara seperti dalam artikel berlaku lagi di bumi Malaysia.

Untuk temujanji rawatan terus hubungi :.
wasap.my/601118665958

https://x.com/SinarOnline/status/1900078641163427954?t=9xQO11q_RRobJc6voYLZNw&s=19

TERKINI Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati kepada 6 orang bekas pelajar UPNM yang membunu...
23/07/2024

TERKINI

Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati kepada 6 orang bekas pelajar UPNM yang membunuh Zulfarhan Osman pada 2017. Sekaligus mereka dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh dengan Niat

Hukuman 18 tahun penjara diketepikan serta merta

Janganlah percaya kata2 bonoh dan janganlah jadi pembuli

10/04/2024

Taqabbalallahu minna wa minkum!

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Salam kemaafan daripada kami sekeluarga, sebarang kesalahan sepanjang kita berkenalan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.

AMALAN NISFU SYA'BAN MALAM INIDi antara amalan yang diamalkan oleh para ulama` kita dulu ketika menghidupkan malam nisfu...
24/02/2024

AMALAN NISFU SYA'BAN MALAM INI

Di antara amalan yang diamalkan oleh para ulama` kita dulu ketika menghidupkan malam nisfu sya'bān:

1) Baca surah yāsīn (يس) 3 kali di antara waktu maghrib dgn isya dengan niat:
• bacaan pertama - dipanjangkan umur dalam ketaatan kepada Allāh Ta'āla.
• bacaan kedua - dihindari atau dijauhkan dari bala`
• dimurahkan rezeki
- niat² boleh ditambah dan dikembangkan lagi tidak terhad pada yang di atas shj. Boleh tambah, agar mati husnul khātimah, dijauhkan dari wabak, dsb. Yg penting bacaan itu lillāhi ta'āla jua.

Selepas setiap bacaan maka dibaca doa sepertimana masyhur.

2. Baca zikir/tasbih Nabi Allāh Yūnus عليه السلام mengikut jumlah hurufnya mengikut hisāb Jummal iaitu 2,375x pada malam nisfu sya'bān, pada mana² waktu mlm tersebut. Tasbihnya:

لا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Faedahnya: Mendapat keamanan dari segala bala mushibah dan kesusahan pada tahun tersebut.

3. Membaca zikir berikut, 100x setiap satunya:

• لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
(الأنبياء: 87) - 100x

• رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي، وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (طه: 25 - 26) - 100x

• نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ (الصف: 13) - 100x

• لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ (النجم: 58) - 100x

Jangan lupa niat luasa besok Nisfu Sya’ban.

Semoga bermanfaat dan diterima segala amalan. Amin.
والله أعلم

RASULULLAH BERSOLAT DI MASJID AL-AQSA KETIKA ISRAK MIKRAJSalam Israk dan Mikraj 27 Rejab 1445H Daripada Anas bin Malik R...
07/02/2024

RASULULLAH BERSOLAT DI MASJID AL-AQSA KETIKA ISRAK MIKRAJ

Salam Israk dan Mikraj 27 Rejab 1445H

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ

“Aku telah didatangi al-Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehingga perut al-Buraq tersebut mencapai hujungnya.

Baginda bersabda lagi: “Maka aku segera menungganginya sehingga sampai ke Baitulmaqdis.

Baginda bersabda lagi: “Kemudian aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan solat sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar.” (HR Muslim)


“Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”- (Surah Al-Isra’, 17:1)

Perjalanan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW sangat berkait rapat dengan perjuangan pembebasan Palestin daripada kezaliman dan penindasan.

Semoga peristiwa Israk dan Mikraj menguatkan iman kita kepada Allah SWT dan risalah yang dibawa oleh Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW.

Salam Jumu'ah Mubarakah! إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّو...
26/01/2024

Salam Jumu'ah Mubarakah!

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi Muhammad. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

[Al-Ahzab:56]

Marilah kita memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat, Sayyidul Ayyam yang penuh barakah.

Ayuh kita teruskan berdoa serta buat saudara-saudara kita di bumi Palestin!

اللهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلامَ وَالمُسْلِمِين
اللَّهُمَّ انْصُرْإِخْوَاننَاَ الْمُسلِمِين
المُجَاهِدِينَ فِي فِلِسْطِين

Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin.
Ya Allah, bantulah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestin.

Sama-sama kita mengaminkan doa mujahidin.

امين يا ربال الامين

Untuk temujanji ruqyah dan bekam terus klik butang wasap

Hari Jumaat Banyakkan Berselawat1. Mari bersama perbanyakkan selawat pada hari jumaat. Mereka yang banyak berselawat ke ...
19/01/2024

Hari Jumaat Banyakkan Berselawat

1. Mari bersama perbanyakkan selawat pada hari jumaat. Mereka yang banyak berselawat ke atas Rasulullah ﷺ berpeluang menjadi orang yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat. Sabda Rasulullah ﷺ:

فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Dan barangsiapa yang paling banyak mengucapkan selawat ke atas ku, maka dia akan berada di kedudukan yang paling dekat denganku (di hari akhirat kelak). (HR al-Baihaqi)

2. Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, amalan memperbanyakkan selawat berupaya menerangkan hati, mengampunkan dosa, melapangkan dada dan dipermudahkan urusan. Ini kerana selawat yang bersungguh adalah manifestasi kecintaan seseorang kepada Rasulullah ﷺ dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ membawa kepada kecintaan manusia kepada Allah.

3. Jiwa yang dilimpahi rasa kasih kepada Rasulullah ﷺ menyebabkan seseorang itu berupaya menikmati kelazatan dan kemanisan iman. Inilah yang diungkapkan oleh Rasulullah dalam hadis:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا

"Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman, (yang pertama) menjadikan Allah dan Rasul perkara yang paling dicintai buat dirinya melebih segala-galanya... (HR al-Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah membimbing kita

REJAB MERUPAKAN SALAH SATU DARI BULAN HARAMDaripada Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ ك...
12/01/2024

REJAB MERUPAKAN SALAH SATU DARI BULAN HARAM

Daripada Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

“Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” (HR Al-Bukhari)

“Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Syaaban p**a adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadan p**a adalah bulan untuk memungut hasil.”

Subhanallah, kejap je dah masuk bulan Rejab. Beerti, lagi 2 bulan kita akan bertemu bulan Ramadan. Tak sabar rasanya 🥹

Sepanjang bulan Rejab dan Syaaban, kita digalakkan untuk membaca doa :

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَان
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan temukanlah kami ke bulan Ramadan.

Selamat beramal

Untuk dapatkan servis dari kami boleh hubungi
wasap.my/60197749839 atau
wasap.my/60197549839

05/10/2023

Address

5A, Jalan Sri Orkid 36
Taman Sri Orkid
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ruqyah & Bekam Skudai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ruqyah & Bekam Skudai:

Share