28/10/2023
π€β€οΈ
bapa saya pernah berkata. Hidup ini sangat ringkas.
Kalau lapar, makan, kalau tiada makanan, carilah makanan.
Kalau tiada wang, berkuli cari wang, jangan tipu taukey. Kalau dia gaji kamu RM 10.00 sehari, laksanakan setimpal dengan upah itu.
Kalau marah, pergi hutan kah atau pergi pasang jerat. Besok, kalau ada binatang yang kena jerat, hati kamu pasti akan girang. Jangan biar kemarahan kamu menganggu hari hari yang indah.
Kalau kamu gembira, jangan ejek orang dengan segala gelaran, kerana gembira kamu tidak akan kekal.
Kalau kamu ada ramai anak, ajar mereka untuk bekerja dan berdikari. Kamu tak akan mampu menyara mereka sampai kamu tua bangka.
Jangan berdendam. Orang yang berdendam, hidupnya penuh dengan kebencian. Kebencian mengeringkan tulang. Hati yang gembira adalah obat, tapi semangat yang patah keringkan tulang.
Belajar memberi walaupun saat kamu susah, kerana orang yang meminta pertolongan daripada kamu lebih susah daripada kamu.
Jangan sering meminta-minta kerana orang yang meminta-minta dan malas berusaha sering hidup dalam kesempitan.
Kalau orang mengata akan kamu, jangan kamu melatah atau tersentap. Orang mengata akan kamu kerana mereka melihat kamu sebagai pesaing yang hebat.
Jangan gelojoh kerana besok kamu harus makan. Sisihkan sedikit untuk hari besok. Kamu tak tahu bila kamu akan jatuh sakit dan tidak sihat untuk mengerjakan pekerjaanmu..
By Dr.Rudolph