20/08/2026
π PROGRAM JELAJAH PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP (BeBAs) PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026 π
Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah berbesar hati kerana telah berjaya menjadi tuan rumah Program Jelajah Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) Peringkat Negeri Kelantan pada 19 Ogos 2026.
Program BeBAs bertujuan meningkatkan pemahaman, sokongan dan pematuhan masyarakat, khususnya pengusaha premis makanan dan penjaja, terhadap kepentingan kebersihan serta keselamatan premis makanan dan pematuhan kepada larangan merokok.
Dua elemen utama yang diberikan penekanan ialah pengiktirafan premis makanan yang bersih dan selamat melalui pensijilan BeSS serta pewujudan premis yang bebas daripada asap rokok, v**e dan sh**ha, selaras dengan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852].
Program dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat yang terdiri daripada Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Pegawai-Pegawai Kesihatan Daerah, Pengarah-Pengarah Hospital, Pegawai-Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah, ketua-ketua unit di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan atau wakil masing-masing, serta para peserta di PKD Tanah Merah. Program diteruskan dengan majlis ringkas, jamuan makan malam serta solat Maghrib secara berjemaah.
Para tetamu dan peserta kemudiannya berjalan menuju ke Barakah Walk bagi menghadiri majlis perasmian yang disempurnakan oleh YBrs. Dr. Kasuadi bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.
Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Video Premis BeSS, Pertandingan Buku Skrap Bebas Asap Rokok (Akta 852) dan Pertandingan BeBAs Streetwalk, di samping penyampaian sijil serta plak pengiktirafan BeSS kepada premis-premis yang berjaya memenuhi kriteria ditetapkan.
Acara diteruskan dengan Walkabout Neon BeBAs yang diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan serta diiringi oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit NCD JKN Kelantan dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.
Pelaksanaan walkabout pada waktu malam tampil unik dan meriah apabila para peserta mengenakan lampu berwarna pada jari, sekali gus menyerikan pergerakan kumpulan sepanjang jelajah. Rombongan bergerak dari Barakah Walk menuju ke premis-premis makanan yang diiktiraf pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS), iaitu Nasken Coffee TANAH MERAH, KOFEE BREW Cafe, Wk nasi lemak ayam gepuk dan Supodiyo Cafe bagi menyampaikan sijil serta plak pengiktirafan BeSS kepada premis berkenaan.
Jutaan penghargaan dirakamkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Majlis Daerah Tanah Merah, Polis Diraja Malaysia, Perbadanan Aset Keretapi (RAC), semua penganjur bersama, rakan strategik, urus setia serta seluruh pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.
Tahniah kepada semua pemenang pertandingan dan penerima pengiktirafan BeSS! Semoga agenda mewujudkan premis yang bersih, selamat dan bebas daripada asap rokok terus diperkasa demi kesihatan serta kesejahteraan seluruh komuniti.
Premis Bersih, Selamat dan Bebas Asap β Tanggungjawab Kita Bersama!