Wellness Hub Muallim

Call Contact the business

Wellness Hub Muallim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wellness Hub Muallim, Health & Wellness Website, Wellness Hub Muallim, Jalan Raja Itam, Tanjong Malim.

Wellness Hub merupakan pusat sehenti (one stop centre) yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan kesihatan yang komprehensif dan bersepadu kepada komuniti setempat.

πŸ’ƒ AERODANCE WARGA EMAS πŸ’ͺπŸ“… 5 Oktober 2026 (Isnin)πŸ“ Wellness Hub MuallimJom warga emas sertai Aerodance Warga Emas bersama...
30/09/2026

πŸ’ƒ AERODANCE WARGA EMAS πŸ’ͺ

πŸ“… 5 Oktober 2026 (Isnin)
πŸ“ Wellness Hub Muallim

Jom warga emas sertai Aerodance Warga Emas bersama Saeif Aisyah Lim! πŸŽΆπŸ’ƒ

Luangkan masa untuk bergerak aktif, beriadah dan menikmati sesi senaman yang santai serta menyeronokkan bersama komuniti. 🌿✨

πŸ’ͺ Kekal aktif
❀️ Kekal sihat
😊 Kekal ceria

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menggerakkan badan dan menceriakan hari anda! πŸ™ŒπŸ”₯

Jumpa anda di Wellness Hub Muallim! πŸ‘‹πŸ’ƒ

30/09/2026

πŸ’ƒπŸŽΆ ZUMBA BESTIE CLASS BERSAMA COACH ZIN QINNA πŸŽΆπŸ’ƒ

Pada 2 Oktober 2026 (Jumaat), Wellness Hub Muallim kembali meriah dengan Zumba Bestie Class bersama Coach Zin Qinna! πŸ”₯

Rentak muzik, gerakan yang bertenaga dan suasana penuh keceriaan menjadikan sesi kali ini cukup bermakna. Setiap langkah dan gerakan membawa satu mesej β€” bergerak lebih aktif, hidup lebih sihat! πŸ’ͺ✨

Terima kasih kepada semua yang hadir dan sama-sama memeriahkan sesi Zumba kali ini.

Bila muzik bermula, kita gerak bersama! πŸ’ƒπŸ”₯

25/09/2026

🌸 SESI PODCAST KHAS: KURANG SUSU ATAU KURANG SOKONGAN? 🌸

🌸 SESI PODCAST KHAS: KURANG SUSU ATAU KURANG SOKONGAN? 🌸Sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Daerah Mualli...
24/09/2026

🌸 SESI PODCAST KHAS: KURANG SUSU ATAU KURANG SOKONGAN? 🌸

Sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Daerah Muallim, Wellness Hub Muallim membawakan sesi podcast khas bertemakan:

πŸ’— β€œPenyusuan Sebagai Asas Kehidupan Lestari”

Jom bersama panel jemputan mendapatkan perkongsian mengenai:
πŸ“Œ Fakta & mitos penyusuan susu ibu
πŸ“Œ Peranan sokongan keluarga dan masyarakat
πŸ“Œ Cabaran ibu menyusu dan cara mengatasinya
πŸ“Œ Membina generasi yang lebih sihat dan sejahtera

πŸŽ™οΈ Moderator: Puan Nurfatin Shahriah Binti Shahrasni, Pegawai Sains Pemakanan, Klinik Kesihatan Tanjung Malim

πŸ‘©β€βš•οΈ Panel 1: Puan Ili Dalila Binti Tajudin, Pegawai Sains Pemakanan, Klinik Kesihatan Slim River

πŸ‘©β€πŸΌ Panel 2: Puan Maslenainy Binti Awang, Pengerusi Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Muallim (KESUMA)

πŸ“… Jumaat, 25 September 2026
⏰ 4.00 petang – 4.30 petang

πŸŽ“ E-Sijil disediakan.

πŸ’ž Menyokong setiap ibu, membina generasi lebih sihat.

23/09/2026

Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz (Muallim)

πŸ’ƒβœ¨ Jom sertai ZUMBA BESTIE CLASS bersama Zin Qinna! βœ¨πŸ’ƒNak berpeluh sambil bergembira?Jom luangkan masa anda bersama kami...
22/09/2026

πŸ’ƒβœ¨ Jom sertai ZUMBA BESTIE CLASS bersama Zin Qinna! βœ¨πŸ’ƒ

Nak berpeluh sambil bergembira?
Jom luangkan masa anda bersama kami dalam sesi Zumba Bestie Class yang penuh dengan tenaga, semangat dan vibes positif! 🫢

πŸ“… Tarikh: Jumaat, 25/09/2026
⏰ Masa: 5:30 petang – 6:30 petang
πŸ“ Tempat: Wellness Hub Muallim, Jalan Raja Itam, Tg Malim
πŸ’Έ Penyertaan: PERCUMA!
πŸ“ž Untuk pertanyaan / pendaftaran: 016-2444248 (Sandra)

Ayuh semua wanita hebat, cantik dan bertenaga, datang beramai-ramai untuk sama-sama bersenam, berseronok dan kekal sihat! 🌸

Sweat Together, Shine Together!
Fit Body | Happy Mind | Stronger Together

Tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Sihat On Air (Penyampai Berita Kesihatan) sempena Karnival Muallim Sihat 2026...
22/09/2026

Tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Sihat On Air (Penyampai Berita Kesihatan) sempena Karnival Muallim Sihat 2026! πŸŽ™οΈπŸ†

Bagi Kategori Awam, tahniah diucapkan kepada:
πŸ₯‡ Tempat Pertama: Puan Roslinawati
πŸ₯ˆ Tempat Kedua: Cik Jacqlynn Jicue
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: En. Mohd Saiful

Bagi Kategori Pelajar, tahniah diucapkan kepada:
πŸ₯‡ Tempat Pertama: Nur Aisyah Hanani
πŸ₯ˆ Tempat Kedua: Izz Khaira Imani bt Nizaruddin
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: Sharita a/p Subramaniam

Syabas kepada semua pemenang atas persembahan yang penuh keyakinan, kreativiti dan semangat dalam menyampaikan informasi kesihatan dengan cara yang menarik serta mudah difahami. πŸ‘βœ¨

Tidak dilupakan juga, tahniah dan terima kasih kepada semua peserta daripada kategori awam dan pelajar yang telah memberikan komitmen serta persembahan terbaik sepanjang pertandingan berlangsung. Setiap peserta membawa gaya dan keunikan tersendiri dalam menyampaikan mesej kesihatan kepada masyarakat.

πŸŽ₯ Jom saksikan kembali aksi dan persembahan para peserta sepanjang Pertandingan Sihat On Air berlangsung!

Semoga program ini dapat terus menjadi platform untuk meningkatkan keyakinan, kemahiran komunikasi serta menyemarakkan usaha menyampaikan maklumat kesihatan kepada masyarakat.

❀️ Sihat Itu Mudah!
Jom bersama-sama sebarkan maklumat kesihatan!

PERTANDINGAN GUSTI LENGAN – KARNIVAL SIHAT MUALLIM 2026Pertandingan Gusti Lengan telah berlangsung dengan meriah dan men...
21/09/2026

PERTANDINGAN GUSTI LENGAN – KARNIVAL SIHAT MUALLIM 2026

Pertandingan Gusti Lengan telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang amat baik daripada para peserta.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang:

πŸ₯‡ Tempat Pertama: Encik Nurhidayat
πŸ₯ˆ Tempat Kedua: Encik Zulhazmi
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: Encik Junaidi

Syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kekuatan dan persaingan yang sihat sepanjang pertandingan. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Tahniah kepada semua pemenang! πŸ’ͺπŸ†
Tunjuk Kekuatan, Semangat Sihat!

KARNIVAL MUALLIM SIHAT 2026Karnival Muallim Sihat 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 September 2026 (Sabtu) b...
21/09/2026

KARNIVAL MUALLIM SIHAT 2026

Karnival Muallim Sihat 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 September 2026 (Sabtu) bertempat di Wellness Hub Muallim.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran, diikuti dengan Senaman Aerodance. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat turut diadakan antaranya Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Healthy Plate Warga Emas, Pertandingan Gusti Lengan, Pertandingan Sihat On Air, saringan PAP Smear, saringan kesihatan, saringan pergigian, pameran kesihatan, Jualan Rahmah MADANI serta cabutan bertuah.

Kemuncak program ialah Majlis Perasmian Karnival Muallim Sihat 2026 yang telah disempurnakan oleh YB Puan Hajah Salina binti Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta cabutan bertuah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Puan Hajah Salina binti Samsudin atas kesudian menyempurnakan majlis perasmian. Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada barisan pegawai atasan, pihak pengurusan, tetamu kehormat dan VIP yang sudi hadir serta memberikan sokongan terhadap penganjuran program ini.

Terima kasih juga kepada semua jabatan, agensi, rakan strategik, petugas, urus setia serta masyarakat setempat yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Karnival Muallim Sihat 2026.

Semoga penganjuran karnival ini dapat terus meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, amalan gaya hidup sihat serta pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Muallim Sihat, Muallim Sejahtera.

Address

Wellness Hub Muallim, Jalan Raja Itam
Tanjong Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
15:00 - 17:00

Telephone

+6054520821

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Muallim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wellness Hub Muallim:

Shortcuts

Share