12/06/2026
Sumbangan Prihatin Buat Ahli Persatuan
Alhamdulillah, sumbangan hasil kutipan derma daripada ahli-ahli persatuan telah berjaya disampaikan kepada salah seorang ahli persatuan yang sedang menghadapi ujian kehidupan.
Sebelum ini, kutipan derma telah dijalankan bagi membantu meringankan beban keluarga beliau setelah suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Selain itu, anak-anak beliau juga sedang berdepan dengan masalah kesihatan yang memerlukan perhatian dan sokongan berterusan.
Pihak persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan bantuan dengan penuh keikhlasan. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan diberkati oleh Allah SWT.
Sesungguhnya, keprihatinan dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan membuktikan bahawa kita sentiasa bersama dalam membantu mereka yang memerlukan.
"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."