Farmasi Lautan Kemaman 2

Farmasi Lautan Kemaman 2 BERKHIDMAT UNTUK KEBAIKAN KESIHATAN

11/05/2026

Lupus adalah penyakit auto-imun. Ini bermaksud sistem imun badan akan menyerang tisu atau organ dalam badan sendiri walaupun organ dan tisu ini tidak berbahaya.

Gejala yang terjadi bersama penyakit lupus ini boleh dikaitkan dengan organ-organ dalam badan kerana ia boleh menyerang pelbagai organ.

Walaupun penyakit lupus masih belum mempunyai rawatan khusus, namun demikian gejala-gejala penyakit ini boleh dirawat dan dikurangkan dengan ubat yang diambil atas arahan serta nasihat doktor.

02/05/2026

Sarapan adalah sajian awal perlu diambil setiap hari. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah.

Sajian ini membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.

Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.

28/04/2026

IMUNISASI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

Pemberian imunisasi merupakan langkah intervensi kesihatan awam yang berkesan dalam menjamin kelangsungan hidup dan kesejahteraan kanak-kanak.

KKM ingin menegaskan bahawa imunisasi adalah tanggungjawab kita bersama. Sehubungan dengan itu, para ibu bapa dan penjaga diseru untuk terus komited dalam memastikan anak-anak menerima dos imunisasi yang lengkap mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan yang telah ditetapkan.

28/04/2026

πŸ‘ΆπŸ»πŸ‘ΆπŸ»Autisme merupakan satu keadaan sepanjang hayat yang mempengaruhi bagaimana seseorang individu itu berkomunikasi, berinteraksi secara sosial serta memahami dunia di sekeliling mereka. Ia adalah satu keadaan spektrum di mana individu dengan autisme berhadapan dengan kesukaran tertentu, seperti kesukaran sosial-komunikasi, pengurusan diri, integrasi sensori, kognitif dan pembelajaran yang akan memberi kesan kepada mereka dalam cara yang berbeza.

Ciri-ciri autisme dalam kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan. Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak dan jika mendapati anak-anak menunjukkan ciri-ciri autisme, segera bawa anak mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran agar rawatan dan intervensi boleh diberikan seawal mungkin.

Walaupun autisme tidak dapat disembuhkan, namun dengan intervensi awal, terapi pemulihan yang konsisten dan penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu mereka mencapai tahap perkembangan yang optima, mampu berdikari dan menjadi orang dewasa yang produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara. Komitmen yang tinggi dari semua pihak dan sokongan serta penglibatan penjaga/ahli keluarga dalam penjagaan anak-anak autisme adalah menjadi bahagian paling penting dalam kehidupan mereka.πŸ‘¨β€πŸ‘¨β€πŸ‘¦β€πŸ‘¦πŸ‘¨β€πŸ‘¨β€πŸ‘¦β€πŸ‘¦

26/04/2026

πŸ›‘ OZEMPIC: RAWATAN KENCING MANIS, BUKAN JALAN PINTAS KURUS!
Akhir-akhir ini, ubat Ozempic (Semaglutide) sering menjadi bualan hangat. Namun, sejauh manakah kita memahami fungsi sebenarnya? πŸ€”

Ozempic merupakan ubat injeksi yang dikhaskan untuk rawatan penyakit kencing manis (Diabetes Melitus Tahap 2) bagi membantu mengawal paras gula dalam darah. Ia bukanlah ubat yang dicipta khusus untuk tujuan kosmetik atau menurunkan berat badan secara sembarangan.

Bagaimana ia berfungsi? πŸ§ πŸ«€
Semaglutide meniru hormon Glucagon-like Peptide-1 (GLP-1) yang memberi kesan positif kepada organ dalaman kita:

Otak: Mengurangkan selera makan. 🍽️

Jantung: Membantu menurunkan tekanan darah. ❀️

Hati: Mengurangkan penghasilan gula. πŸ“‰

Perut: Melambatkan penghadaman & meningkatkan rasa kenyang. πŸ₯¨

Pankreas: Meningkatkan penghasilan insulin. πŸ§ͺ

Kenapa perlu berhati-hati? ⚠️
Penggunaan tanpa nasihat doktor pakar sangat berisiko! Tanpa pemantauan rapi:

Risiko 'Yo-Yo': Berat badan boleh melonjak semula jika pemakanan dan aktiviti fizikal tidak dijaga. πŸ“ˆ

Kesan Sampingan Tidak Dijangka: Keberkesanan bagi mereka yang tiada penyakit kencing manis belum dibuktikan sepenuhnya secara klinikal untuk tujuan lain.

Dos Tidak Tepat: Hanya doktor yang boleh menentukan dos yang selamat mengikut keperluan tubuh anda.

Kesihatan anda adalah pelaburan paling berharga. Jangan mudah terpengaruh dengan trend tanpa merujuk kepada yang pakar! πŸ‘©β€βš•οΈπŸ‘¨β€βš•οΈ

Kenali Ubat Anda. Gunakan Dengan Bijak.

26/04/2026

Demensia berkait dengan limitasi kognitif, iaitu suatu keadaan di mana otak mengalami kesukaran untuk berfikir dengan jelas. Antara gejala yang sering dialami termasuklah:
1. Mudah lupa dan sering berasa keliru atau hilang arah.
2. Sukar berkomunikasi atau mengikuti perbualan.
3. Menghadapi kesukaran dalam menguruskan tugasan harian.

Hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan Warga Emas menunjukkan bahawa 1️⃣ daripada 1️⃣0️⃣ warga emas di Malaysia menghidap demensia.

πŸ‡²πŸ‡Ύ KKM menekankan kepentingan pengesanan awal dan sokongan sistem kekeluargaan yang mampan. Lakukanlah pemeriksaan berkala dan amalkan gaya hidup sihat untuk mengekalkan kesihatan minda.

12/04/2026

⚠️ KENYATAAN RASMI | AMARAN AKAUN PALSU

Kepada semua pelanggan Farmasi Lautan yang dihormati,

Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat akaun media sosial tidak rasmi yang menggunakan nama dan logo Farmasi Lautan tanpa kebenaran kami.

❌ Akaun palsu yang dikesan:
Nama: Farmasi Lautan | Username: miaoshixing121.my

βœ… Akaun Rasmi Kami:
lpharmacy | Pengesahan β€œPreferred” | 18.3k Followers

Farmasi Lautan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat berurusan dengan akaun palsu tersebut.

Jika anda menjumpai akaun mencurigakan, sila:
1️⃣ Jangan berkongsi maklumat peribadi
2️⃣ Laporkan kepada platform berkenaan
3️⃣ Hubungi kami melalui akaun rasmi

Terima kasih atas kepercayaan anda. πŸ™

Pihak Pengurusan Farmasi Lautan Sdn Bhd

12/04/2026

Pendedahan kepada cuaca panas β˜€οΈ yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA. Kekal hidrat. Minum dengan banyak πŸ’§ tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.

⚠️ Pastikan berada di tempat yang lebih teduh/sejuk. Awasi juga tanda dan gejala kelesuan dan strok haba.

‼️Sila dapatkan rawatan dengan segera. Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut.

11/04/2026

Address

Tingkat Bawah, K-21057, Jalan Air Putih, Kampung Gong Pauh, 24000 Kemaman
Terengganu

Opening Hours

Monday 09:00 - 10:00
Tuesday 09:00 - 10:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Lautan Kemaman 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Farmasi Lautan Kemaman 2:

Share