12/06/2026
π§Ή OPERASI BERSIH BERSAMA AGENSI KERAJAAN PERINGKAT DAERAH BERA BIL. 01/2026 π§Ή
π
Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis)
β° Masa: 8.30 pagi β 1.00 tengah hari
π Lokasi: Sekitar Daerah Bera
Operasi Bersih Bersama Agensi Kerajaan Peringkat Daerah Bera Bil. 01/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan bagi memperkukuhkan pemantauan aspek kebersihan premis serta keselamatan makanan di sekitar Daerah Bera.
Operasi bersepadu ini melibatkan penyertaan daripada:
β
Pejabat Kesihatan Daerah Bera (PKD Bera)
β
Majlis Daerah Bera (MDB)
β
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
π₯ Jumlah kekuatan anggota: 39 orang
Sepanjang operasi dijalankan:
π« Sebanyak 6 premis telah diarahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
π Manakala 25 notis di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan kebersihan premis dan pengendalian makanan.
Pelaksanaan operasi ini bertujuan meningkatkan tahap pematuhan pengusaha makanan terhadap amalan kebersihan yang baik serta memastikan makanan yang disediakan kepada pengguna adalah bersih, selamat dan berkualiti.
π½οΈ Keselamatan Makanan Tanggungjawab Kita Bersama.