27/07/2026
PAMERAN KENALI UBAT ANDA & EDARAN RISALAH
Pada 10 Julai 2026, Unit Farmasi telah menganjurkan Pameran Kenali Ubat Anda & Edaran Risalah yang dikendalikan oleh Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pesakit mengenai penggunaan ubat yang betul, kepentingan pematuhan terhadap rawatan, serta kesedaran tentang penyimpanan dan pengendalian ubat yang selamat. Sepanjang program berlangsung, seramai 25 orang pesakit telah mengambil bahagian dengan mendapatkan penerangan secara bersemuka serta risalah pendidikan kesihatan yang disediakan.
Melalui program ini, peserta berpeluang mengemukakan pertanyaan berkaitan ubat-ubatan yang diambil dan menerima penerangan daripada anggota farmasi. Aktiviti ini berjaya meningkatkan kesedaran pesakit terhadap penggunaan ubat secara rasional, menggalakkan pematuhan kepada rawatan yang ditetapkan serta memperkukuhkan peranan anggota farmasi sebagai sumber rujukan dalam memastikan penggunaan ubat yang selamat dan berkesan.