04/07/2026
Sempena Hari Sarkopenia Sedunia 2026, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM melalui Advance Geriatric Integrated Care and Learning Centre (AGILE), menyeru masyarakat untuk bersama-sama meningkatkan kesedaran mengenai sarkopenia, dimana ianya satu kondisi yang menyebabkan kehilangan j***m, kekuatan dan fungsi otot, yang boleh menjejaskan mobiliti, meningkatkan risiko jatuh, kemasukan ke hospital, kebergantungan serta kualiti hidup warga emas.
Sarkopenia bukanlah suatu keadaan yang perlu diterima sebagai lumrah penuaan. Dengan pengesanan awal dan intervensi yang menyeluruh, kesannya dapat dikurangkan dan fungsi individu dapat dipertingkatkan.
Pendekatan rawatan yang komprehensif merangkumi:
🔹 Pengesanan awal dan penilaian menyeluruh
🔹 Program senaman berstruktur
🔹 Intervensi pemakanan yang bersesuaian, termasuk pengambilan protein dan tenaga yang mencukupi
🔹 Pengurusan penyakit kronik dan semakan ubat-ubatan yang boleh mempengaruhi fungsi otot
🔹 Pendidikan kepada pesakit dan penjaga bagi menyokong penjagaan berterusan
🔹 Susulan berkala oleh pasukan multidisiplin bagi mengoptimumkan hasil rawatan
Melalui kerjasama erat antara pakar geriatrik, fisioterapi, terapi cara kerja, dietetik, ahli farmasi, jururawat serta pesakit dan keluarga, kita dapat membantu warga emas mengekalkan kekuatan otot, fungsi fizikal, kebebasan dan kualiti hidup.
Bersama-sama, kita membina masyarakat yang lebih peka terhadap kesihatan otot demi masa depan warga emas yang lebih aktif dan selamat.