Bekam_Huffaz

Bekam_Huffaz Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bekam_Huffaz, Medical and health, NO 44 LORONG 13 TAMAN GUAR PERAHU, .

Bekam Seri Wajah  kebaikan antaranya:1. Melancarkan Peredaran Darah✅ Bekam membantu meningkatkan aliran darah ke muka, y...
21/04/2026

Bekam Seri Wajah

kebaikan antaranya:

1. Melancarkan Peredaran Darah
✅ Bekam membantu meningkatkan aliran darah ke muka, yang boleh menjadikan kulit kelihatan lebih segar dan berseri.

2. Mengurangkan Kedutan dan Garis Halus
✅ Dengan merangsang aliran darah dan pengeluaran kolagen, bekam muka dipercayai membantu menegangkan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

3. Mengurangkan Masalah Jerawat
✅ Bekam dikatakan membantu menyingkirkan toksin daripada lapisan bawah kulit dan mengurangkan keradangan, yang boleh membantu masalah jerawat.

4. Merawat Sinus dan Sakit Kepala
✅ Bekam muka juga digunakan untuk meredakan masalah sinus dan sakit kepala dengan memberi tekanan pada titik tertentu di wajah.

Anda nak kulit muka cantik dan ‘glowing’ 🥰

Tahriri Al Quran ... Mantapkan penulisan Al Quran ... menghayati keindahan Al Quran.☺️😘
06/11/2025

Tahriri Al Quran ... Mantapkan penulisan Al Quran ... menghayati keindahan Al Quran.☺️😘

😘Bekam wajah :📌Naikkan seri wajah.📌Buang kekotoran pada bahagian wajah.📌Tangani masalah wajah termasuk jerawat       dan...
01/09/2025

😘Bekam wajah :

📌Naikkan seri wajah.

📌Buang kekotoran pada bahagian wajah.

📌Tangani masalah wajah termasuk jerawat dan kulit berminyak.

📌Tumpukan pada bahagian tumpuan jerawat.
Ambil masa singkat.

📌Tidak meninggalkan parut.

📌Beri impak keserian wajah termasuk merawat hormon.

📌Selepas satu sesi rawatan, boleh ulang untuk tempoh beberapa bulan selepas itu, untuk mengekalkan kesihatan dan kebersihan kawasan berkenaan.

Untuk Temujanji dengan kak shu :
Tekan link wasap di bawah 👇

Www.wasap.my/60175847417/bekamSeriWajah22

Alamat Pusat Rawatan Hijamah Binanj

No 44 lorong 13 taman guar perahu
14400, Bukit Mertajam
Pulau Pinang.



Otot Betis Dipanggil “Jantung Kedua” Manusia, Tapi Ramai Tak Tahu KenapaRamai orang pandang ringan peranan otot betis, s...
28/07/2025

Otot Betis Dipanggil “Jantung Kedua” Manusia, Tapi Ramai Tak Tahu Kenapa

Ramai orang pandang ringan peranan otot betis, sedangkan dalam dunia perubatan, ia digelar sebagai jantung kedua manusia. Bila kita berjalan, menaiki tangga atau sekadar meregang kaki, otot betis akan mengecut dan menolak darah daripada kaki untuk kembali ke jantung. Tanpa kerja senyap dari otot ini, peredaran darah boleh terganggu dan mula bawa masalah kesihatan yang besar.

Darah dari kaki melawan graviti untuk naik semula ke jantung. Tapi otot betis bantu tolak darah itu dengan setiap pergerakan kecil. Sebab itu kalau duduk terlalu lama, atau berdiri berjam-jam tanpa bergerak, risiko darah beku, bengkak kaki dan urat simpul akan meningkat. Apa yang nampak remeh pada luar sebenarnya sedang selamatkan nyawa dalam diam.

Kajian dari Persatuan Angiologi dan Pembedahan Vaskular Brazil membuktikan betapa pentingnya peranan otot ini dalam mencegah masalah saluran darah. Dengan hanya memastikan kaki bergerak secara berkala, kita dah bantu sistem tubuh kekal lancar dan elak komplikasi serius. Satu langkah kecil tapi kesannya besar pada kesihatan.

Ramai orang kejar gaya hidup aktif untuk jantung di dada, tapi lupa tentang jantung kedua di kaki. Bila otot betis terabai, tekanan dalam salur darah boleh meningkat, menyebabkan bendalir berkumpul di kaki dan muncullah gejala-gejala yang menyakitkan. Jadi kalau kerja banyak duduk atau berdiri, pastikan ambil masa untuk bergerak, walau seminit dua pun dah cukup.

Tak perlu tunggu sakit baru nak peduli. Kadang-kadang, punca kepada rasa berat kaki, cepat lenguh atau kejang waktu malam datang daripada peredaran darah yang perlahan sebab betis jarang digunakan. Bila kita mula gerakkan kaki dengan lebih konsisten, bukan saja rasa ringan malah tenaga dalam badan pun makin stabil.

Mungkin kita tak nampak otot ini bekerja, tapi kehadirannya sangat penting. Otot betis adalah enjin kecil yang tak berbunyi, tapi tanpa dia, sistem darah boleh lumpuh. Seperti jantung utama, otot ini juga perlukan rangsangan dan senaman agar kekal berfungsi pada tahap optimum setiap hari.

Jadi kalau rasa letih, cuba berdiri dan gerakkan kaki perlahan-lahan. Mungkin tubuh anda sedang minta bantuan dari jantung kedua yang anda selalu abaikan. Jangan tunggu sampai kaki bengkak atau varises timbul baru nak bertindak. Perubahan awal jauh lebih mudah daripada merawat sesuatu yang sudah parah.

Waktu anda berjalan dari bilik ke bilik, atau menaiki tangga untuk ke pejabat, anggap itu sebagai hadiah untuk kesihatan jangka panjang. Dalam dunia yang makin banyak menuntut kerja duduk berjam-jam, otot betis semakin perlukan perhatian kita.

Kesimp**annya, walau otot ini tak terlihat hebat dari luar, dalam diam ia menjaga aliran hidup anda setiap saat. Ia jantung kedua yang tak pernah minta pujian, cuma harap anda terus bergerak. Jadi, hormati otot betis seperti mana anda jaga jantung. Kedua-duanya bekerja seiring demi satu misi: memastikan anda terus hidup sihat.

"nikmatilah kehebatan bekam Rasulullah saw"

www.wasap.my/60175847417/bekam_Huffaz

Kenapa keluar buih ketika berbekam?EH DARAH BEKAM HANG ADA BUIH, HANG BANYAK ANGIN KA? Ke asid uric gout tinggi?Kebiasaa...
21/07/2025

Kenapa keluar buih ketika berbekam?

EH DARAH BEKAM HANG ADA BUIH, HANG BANYAK ANGIN KA? Ke asid uric gout tinggi?

Kebiasaan kita dengar kenyataan ini. Apabila seseorang itu keluar buih macam air mendidih dalam kawasan cup bekam mereka, kita akan kata orang yang dibekam itu banyak angin. Pernah dengar?

Selain angin, ada juga yang beranggapan pengeluaran buih sewaktu bekam itu bererti paras asid uric dalam tubuh pesakit atau pelanggan itu tinggi. Kebetulan p**a buih yang wujud adalah di bahagian kaki (ankle) atau ibu jari kaki. Mereka cuba kaitkan masalah gout yang selalunya terjadi di kawasan tersebut dengan kandungan tinggi asid urik. Ujian darah perlu dilakukan untuk mengetahui tahap asid uric di dalam badan kita. Artikel ini menerangkan faktor asid urik tinggi di dalam badan.

Sebenarnya, tak semua pesakit yang diserang gout, tahap asid uriknya tinggi. Ada juga paras rendah tetap diserang gout.

Segera dapatkan rawatan. Lebih cepat anda mendapat rawatan, lebih tinggi peluang untuk sembuh.

www.wasap.my/60175847417/bekamHuffaz
(ustazah Shuhada)

www.wasap.my/60184669778/bekamHuffaz
(ustaz ammar)

Address

NO 44 LORONG 13 TAMAN GUAR PERAHU

[email protected]

Opening Hours

08:00 - 22:00

Telephone

+60175847417

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam_Huffaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business?

Share