Olive House Malaysia

  • Home
  • Olive House Malaysia

Olive House Malaysia Olive House menyediakan pelbagai rangkaian produk makanan berkhasiat berkualiti premium dari tanaman zaitun, delima, teen dan lain-lain lagi.

Kualiti produk keluaran Olive House dijamin halalan toyyiban, asli dan organik. Penghantaran ke Seluruh Malaysia.

 : Amalan Sunnah Di Hari JumaatDaripada Ibn As-Sabaq RA menceritakan Rasulullah SAW bersabda: "Wahai kaum muslimin! Sesu...
19/11/2021

: Amalan Sunnah Di Hari Jumaat

Daripada Ibn As-Sabaq RA menceritakan Rasulullah SAW bersabda:

"Wahai kaum muslimin! Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan hari ini sebagai hari kebesaran, maka hendaklah kamu sekalian mandi. Barangsiapa memiliki wangian, maka tidaklah mengapa jika kamu berwangian dengannya dan hendaklah kamu bersiwak."
(Hadith riwayat Imam Malik)

Hari jumaat dikenali sebagai penghulu bagi segala hari. Beberapa amalan sunnah yang perlu dilakukan pada hari jumaat, antaranya :
🔹Diwajibkan mandi kepada yang berjunub dan disunatkan kepada selainnya
🔹Disunnahkan berwangian sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi SAW. Bahkan Abu Hurairah RA mewajibkan berwangian pada hari jumaat
🔹Disunahkan bersiwak sebagaimana menjadi amalan Nabi SAW pada setiap waktu solat

Banyak lagi amalan sunnah yang boleh diamalkan pada hari jumaat. Ayuh kita perbanyakkan juga selawat ke atas junjungan Nabi SAW.🤗





✨ BingkisanJumaat : Selawat Syifa Selawat syifa ini biasanya digunakan untuk tujuan perubatan dan memohon kesembuhan pen...
24/09/2021

✨ BingkisanJumaat : Selawat Syifa
Selawat syifa ini biasanya digunakan untuk tujuan perubatan dan memohon kesembuhan penyakit.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَآئهَا
وَعَافِيَةِ الْأَبْدَانِ وَشِفَآئِهَا وَنُوْرِ الْأَبْصَارِ وَضِيَآئِهَا
وَعَلَى آلِهِ وَصحْبِهِ وَسَلِّمْ

“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad saw yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.”

Cara amalan :
📝 bacalah setiap kali selepas solat subuh & maghrib
📝 sebanyak 3 atau 7 kali

InshaAllah ikhtiar untuk membantu menenangkan jiwa, menyihatkan badan & mencerahkan mata 💪🏻

Selamat beramal🤗









✨ InfoAafiyat: Kebaikan Minyak Zaitun terhadap Kesihatan JantungOrgan jantung sebenarnya perlukan sokongan daripada gaya...
22/09/2021

✨ InfoAafiyat: Kebaikan Minyak Zaitun terhadap Kesihatan Jantung

Organ jantung sebenarnya perlukan sokongan daripada gaya hidup yang lebih sihat dengan aktiviti senaman, pengurusan emosi yang baik, tiada amalan merokok dan lebih utama kepada corak pemakanan harian.
Corak pemakanan harian yang sukar diubah perlu diusahakan semaksimanya dan perlu konsisten perubahannya. antaranya ialah dengan mengurangkan dan mengubah menu yang lebih banyak jenis berdaging, makanan yang diproses dan makanan bergoreng kepada jenis *lemak tak tepu yang bermanfaat untuk kesihatan jantung.*
Cuba biasakan diri ambil lemak sihat daripada sumber tumbuh-tumbuhan, contohnya daripada *minyak zaitun.* Lemak tidak tepu yang terdapat dalam minyak zaitun ‘extra virgin’ telah dikaji akan peranannya dalam *mengurangkan kesan keradangan yang berlaku di dalam tubuh badan termasuk di bahagian jantung.*
Bonus juga apabila minyak zaitun itu *tinggi vitamin E* dan kebaikan semulajadi seperti *fenolik* yang berperanan *menghadkan pengoksidaan LDL*, yang boleh menyebabkan pembentukan plak di salur darah, menyekat aliran darah ke jantung dan menyebabkan serangan jantung terutamanya.
Jom kita ubah corak pemakanan harian kepada amalan pemakanan secara Aafiyat🤗
_Rujukan: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/heart-healthy-diet/art-20047702_








 : Punca Sakit Jantung di Usia MudaPakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur, Dr Zul Hilmi Ya...
13/09/2021

: Punca Sakit Jantung di Usia Muda

Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur, Dr Zul Hilmi Yaakob menjelaskan tanda-tanda sakit jantung bukan tertakluk kepada golongan warga emas semata-mata.
Katanya, didapati 80% pesakit jantung adalah lelaki berusia di bawah 50 tahun dengan 55% daripadanya adalah perokok tegar. Sementara itu, bagi wanita yang cenderung berdepan masalah jantung adalah selepas melepasi menopaus.
Punca-Punca Serangan Jantung:
♦️Obesiti
♦️Merokok
♦️Tekanan perasaan
♦️Ada penyakit darah tinggi
♦️Ada penyakit kencing manis
♦️Keturunan
♦️Kurang aktif bersenam
♦️Amalan pemakanan harian tidak sihat

Punca-punca tersebut adalah penyumbang kepada peningkatan bilangan pesakit muda menderita masalah jantung tanpa disedari. Pesanan untuk anak-anak muda, marilah kita mula mengamalkan gaya hidup Aafiyat, kesihatan pun terjaga♥️

Sumber : https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2020/02/660499/ramai-orang-muda-sakit-jantung

Malaysiaku Aafiyatt





✨ BingkisanJumaat : Mulia & Tinggi DarjatDaripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak akan menguran...
03/09/2021

✨ BingkisanJumaat : Mulia & Tinggi Darjat

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan. Tidak ada balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya” (Sahih Muslim No: 258)

Sedekah dalam apa jua bentuk seperti wang ringgit, barangan, makanan tidak sama sekali mengurangkan harta malah menambahkannya. Manakala, orang yang memaafkan, Allah akan menambahkan kemuliaan untuknya di sisi Allah.

Dan beruntunglah insan yang mempunyai sikap tawaduk yakni bersikap rendah hati, kerana Allah menjanjikan ketinggian darjat bagi mereka.

Marilah kita berazam untuk menjadi insan yang pemurah, pemaaf dan rendah hati. InshaAllah 🤲






01/09/2021

✨ KapsulCikMan: Olivie Plus

J*p j*p j*p ! Dah pekena 1 sudu besar Olivie Plus belum pagi ni ? Kalau belum tu, sila-sila la makan sekarang ya. Bukan apa, untuk kebaikan tubuh kita sendiri juga kan.

Kenapa nak kena amalkan Olivie Plus ni ?
Jom kita dengar perkongsian PU Azman, dan jangan lupa share untuk kebaikan bersama 🤗

Amalkan gaya hidup sihat bersama Olive House ✨






Pati Minyak Zaitun Extra Virgin Olive House mempunyai kualiti yang terrrrbaikkk!!😎 Siapa yang baru follow Olive House, j...
30/08/2021

Pati Minyak Zaitun Extra Virgin Olive House mempunyai kualiti yang terrrrbaikkk!!😎 Siapa yang baru follow Olive House, jom kita kenali PMZ sama-sama! 🤗

✅ Diimport dari Izmir, Turki
✅ Dihasilkan dengan menggunakan teknik 'Mechanical Cold-Pressed'
✅ 100% asli, tidak ditapis
✅ Berwarna hijau keemasan dan mempunyai aroma buah yang mewakili rasa Mediterranean.

Macam mana nak amalkan?

Okay anda boleh amalkan Pati Minyak Zaitun sebanyak 1-2 sudu sebelum makan pada waktu pagi dan malam. Anda juga boleh jadikan ia sebagai 'dressing' salad atau diambil bersama Madu Pergunungan Kyrgyzstan.

Dah kenal Pati Minyak Zaitun ke belum? Jom dapatkan PMZ secara online, klik link di bawah:
https://www.olivehousemalaysia.com
Atau boleh hubungi talian hotline dibawah :
https://wa.me/60169529030
Malaysiaku Aafiyat







  : Mukmin Itu Sifatnya Saling Berkasih SayangDaripada An Nu'man bin Bisyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perum...
27/08/2021

: Mukmin Itu Sifatnya Saling Berkasih Sayang
Daripada An Nu'man bin Bisyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya) ' (HR Muslim No: 4685)
Perumpamaan berkasih sayang sesama Mukmin seperti satu tubuh badan. Jika ada anggota badan yang sakit, anggota lain juga turut menanggung kesakitan. Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam apa jua keadaan.
Ayuh kita tunaikan hak persaudaraan yang wajib dengan sentiasa berkasih sayang sesama mukmin. Jika memelihara solat, puasa, zakat dan haji itu wajib, menunaikan hak persaudaraan ini juga wajib.
Saling berkasih sayang, hati pun tenang 🤗
Malaysiaku Aafiyat





  : Pemakanan Aafiyat Menyokong Fungsi Sistem Imuniti Ramai yang mula bertanya, apakah diantara cadangan set pemakanan t...
26/08/2021

: Pemakanan Aafiyat Menyokong Fungsi Sistem Imuniti

Ramai yang mula bertanya, apakah diantara cadangan set pemakanan terbaik, bagi menyokong fungsi sistem imuniti?

1️⃣ Olivie Plus
2️⃣Olivie Power Up

Keduanya tinggi nilai Vitamin D, vitamin yang sangat penting bagi menyokong imuniti badan.

Ambil 1 sudu besar Olivie setiap pagi & 1 sudu teh OPU setiap malam
Ketika perut kosong di waktu pagi, malam betul-betul sebelum tidur malam.

Kemudian, ambil;

3️⃣ Habbatus Sauda 7-11 dititiskan kepada 4️⃣ Madu Gunung 1 sudu teh.
2x sehari
Ketika perut kosong di waktu pagi, malam betul-betul sebelum tidur malam.

5️⃣ Set Minuman Aafiyat/Detox
Diambil 2x sehari selepas makan
(Sangat bagus untuk mereka yang demam dll)

✅ Pati Delima (Vitamin & Mineral)
1-3 sudu besar
🌹Vitamin & Mineral: Untuk melawan jangkitan kuman, meningkatkan kesihatan darah. ATAU
Jus Delima 5 sudu besar

✅ Cuka Teen (Zat Besi)
1-2 sudu besar
🌹Zat Besi adalah mineral penting untuk membentukan sel darah merah & membantu kesihatan usus)

✅ Madu (Pelbagai vitamin dan mineral)
1 sudu teh
🌹Tubuh perlukan sumber tenaga semula jadi bagi menjalankan fungsinya
(1/2 sudu besar sekiranya demam)

Gabung ketiganya, kemudian masukkan air 250-350ml.

✅ Minum 2-3x sehari. ✅Pengganti minuman manis dan elakkan makanan proses (jajan) dan perbanyakkan sayuran dan buahan yang pelbagai warna.

Oh ya, sekiranya ada masalah sembelit dan sukar membuang air besar, amalkan juga 2sb Pati Minyak Zaitun 2-3 sehari disertai dengan sukatan air kosong 2-3 liter. InsyaAllah tubuh akan dapat merasai perbezaannya 💪🏻

Dapatkan produk Olive House, klik link di bawah:
http://www.olivehousemalaysia.com
Atau boleh hubungi talian hotline dibawah :

http://bit.ly/OliveHouseMalaysia
Titisan Khasiat Anugerah Semulajadi









Ada Apa Dengan Olivie?Mengikut keperluan nutrisi, badan kita perlukan lemak sihat setiap hari iaitu dari jenis 'un-satur...
25/08/2021

Ada Apa Dengan Olivie?

Mengikut keperluan nutrisi, badan kita perlukan lemak sihat setiap hari iaitu dari jenis 'un-saturated fats'. Antara sumber yang terbaik adalah dari minyak zaitun asli, lagi-lagi dengan Olivie Plus 30!

Tapi, Apa Yang Unik Tentang Olivie Plus 30 Ni?

➡️ Minyak Zaitun 'Extra Virgin' (tanpa tapisan & perahan pertama)
➡️ Mendapat Organik Europe, USDA dan pensijilan Organik KKM.
➡️ Tinggi Vitamin D & E
➡️ 30x kebaikan semulajadi (polifenols-hydroxityrosol) berbanding minyak zaitun biasa.

Sekarang dah tahu kan apa yang best dengan Olivie Plus Olive House ni? Semoga bermanfaat! 🥰

Dapatkan Olivie Plus 30 secara online, klik link di bawah:
https://www.olivehousemalaysia.com
Atau boleh hubungi talian hotline dibawah :
http://bit.ly/OliveHouseMalaysia
Malaysiaku Aafiyat





22/08/2021

Mulakan Hari Anda Dengan Minyak Habbatus Sauda ✨

Jom sama sama kita ikhtiar mengamalkan Minyak Habbatus Sauda sebagai satu langkah untuk menjaga sistem pernafasan kita sekeluarga, caranya adalah: 👇

1. Dimakan terus, boleh diambil 1-2 kali sehari (5-7 titis)
2. Diambil bersama madu, sama ada nak titiskan atas sesudu madu, atau boleh juga dicampur dengan
secawan air suam.
3. Titiskan terus ke dalam hidung (1-3 titis) setiap sebelah hidung.
4. Di 'diffuse' dan ambil wapnya untuk memberi kelegaan kepada saluran pernafasan.

Selamat beramal!

Dapatkan produk Minyak Habbatus Sauda melalui online, klik link di bawah:
https://www.olivehousemalaysia.com

Atau boleh hubungi talian hotline dibawah :
http://bit.ly/OliveHouseMalaysia

Titisan Khasiat Anugerah Semulajadi







Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Olive House Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business?

Share