Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2016

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2016 "Satu Projek Komuniti Anjuran Kelab Kebajikan & Rekreasi Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), United Nations Children’s Fund (UNICEF) dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia menyarankan agar bayi diberi susu ibu secara eksklusif iaitu bayi diberi susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur enam bulan tanpa campuran air atau susu lain. Kajian di kalangan bayi antara umur 28 hari hingga satu tahun telah menunjukkan bahawa bayi yang diberi susu ibu mempunyai

20% lebih rendah risiko untuk kematian berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Sementara itu, kajian oleh WHO juga menunjukkan risiko untuk mendapat cirit-birit di kalangan bayi yang diberi susu formula di negara membangun, secara purata, adalah lebih enam kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bayi yang diberi susu ibu. Penyusuan susu ibu dan pemberian makanan bayi yang betul juga penting bagi memastikan pencapaian Millenium Development Goal (MDG) ke 4 untuk Malaysia iaitu menurunkan kematian bayi dan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun sebanyak 2/3 antara tahun 1990 dan 2015. Selain itu, penyusuan susu ibu juga dapat membantu menjaga kesihatan ibu seperti mengurangkan risiko barah payudara, kegemukan, osteoporosis dan menjarakkan kehamilan. Berikutan dengan kejayaan program komuniti yang sama yang diadakan buat kali pertama pada tahun 2013, pihak kami ingin sekali lagi membawa ibu-ibu lebih dekat dengan pakar-pakar di dalam bidang penyusuan ibu bagi memastikan agar matlamat Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia dengan tema “BREASTFEEDING: A Winning Goal - for Life!” tercapai dengan jayanya.

02/08/2015
Jom bersama-sama memeriahkan program "Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2014", ESOK, 16ogos 2014 @ Pusat Membel...
15/08/2014

Jom bersama-sama memeriahkan program "Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2014", ESOK, 16ogos 2014 @ Pusat Membeli Belah Bangi Gateway. Pendaftaran bermula seawal 9.30pagi. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan informasi dan rundingan dari pakar laktasi, pakar perubatan dan ilmuan muslimah secara PERCUMA!!. Goodie bag juga disediakan untuk peserta terawal. Jumpa di sana...

Come & join us!..FOC😊
07/08/2014

Come & join us!..FOC😊

23/07/2014

Limited place... hurry..book your place. RSVP to : SN Suhana 0126930110 or SN Nik Norhaizan 0193412554.

23/07/2014

Adakah anda sedang berusaha untuk menyusukan bayi anda secara eksklusif? Atau anda bakal ibu yang mempunyai aspirasi tinggi untuk penyusuan bayi secara eksklusif? Jom sertai kami dalam meraikan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2014. Pelbagai acara menarik dan tips2 yg akan kami hidangkan. Tidak lupa dengan kehadiran artis jemputan & penceramah bebas tanahair. Jangan lepaskan peluang ini. PENDAFTARAN PERCUMA!

"Breastfeeding Support : Close to Mother"
09/07/2014

"Breastfeeding Support : Close to Mother"

Address

Jabatan O&G, FPSK
Upm

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2016 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share