10/02/2022
MEMAHAMI HADIS MELALUI PARA GURU
Sahabat saya, Al Fadhil Ustaz Muhaizad mengatakan "Jika Rasulullah berjalan ke kanan, jika Guru berjalan sebelah kiri, hamba ikut Guru "dan ianya kini menjadi isu besar
Ustaz hanya berkongsi perkataan yang diungkap Guru beliau yang memberi kiasan akan pentingnya ilmu al Quran dan Hadis dipelajari dari para ulama yang haq, mempunyai sanad ilmu jelas dari kalangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah, bukannya langsung membaca hadis kemudian faham dan tafsir secara sendiri sebagaimana berlaku segelintir golongan zaman ini.
Bayangkan golongan yang tiada miliki kefahaman akidah dan usul fiqh serta ilmu alat bahasa Arab lalu mentafsir Al Quran dan Hadis secara sendiri tanpa merujuk pada para Ulama' akan banyak kesalahan fahaman mereka dalam tafsiran tersebut malah menjadi sesat. Tentu mereka ambil faham dari zahir Hadis tanpa fahami displin ilmu hadis (golongan literal). Ulama' berpesan barangsiapa yang mentafsirkan hadis tanpa mengaji atau merujuk syarah Hadis adalah bimbang berlakunya salah faham.
Adakala dilihat pendapat ulama bercanggah dengan satu Hadis secara zahir, padahal mereka fahami mendalam akan sebuah hadis akan riwayatnya dan kedudukan hadis tersebut dan bagaimana berinteraksi hadis-hadis yang zahirnya kelihatan bercanggah maksud (mukhtalaf al Hadith), bagaimana hendak diketahui pemansuhan hukum dalam hadis, perbezaan situasi dalam hadis, soal aspek 'Amm (umum) dan Khass (khusus), soal penentuan suatu suruhan Nabi itu wajib atau sunat dan lain-lain lagi.
Begitu juga dengan tindakan atau perbuatan Rasulullah s.a.w, tiada boleh diikuti semua kerana ada yang khusus hanya pada Baginda seperti tidur Baginda tidak membatalkan wudhu' atau kahwin lebih dari empat wanita. Adap**a perbuatan itu harus bagi Nabi tetapi haram bagi ummat seperti puasa wisal (puasa berpanjangan yang bersambung-sambung), dan ada perbuatan yang wajib bagi Nabi tapi harus sahaja bagi ummat seperti bersugi. Semuanya perlu penelitian mendalam oleh para Ulama' untuk mentafsirkan apakah yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w dalam hadis tersebut.
Justeru itu, kiasan "Jika Rasulullah berjalan ke kanan, Tuan Guru berjalan ke kiri " adalah tidak salah jika difahami konteks penutur. Ini kerana mengikut ulama' akan membawa kepada kebenaran jalan Rasulullah s.a.w lantaran mereka fahami apakah yang dimaksud oleh Rasulullah.
Mungkin kita boleh takdirkan perkataan itu dengan kefahaman begini,
"Jika Rasulullah (Nas Hadis Secara Zohir) berjalan ke Kanan ( membawa kepada suatu kefahaman tertentu ) , sedangkan Guru ( kefahaman guru ) berjalan kekiri ( membawa kepada suatu maksud yang berbeza dari kefahaman zohir dengan alasan tertentu ), maka hamba akan ikut guru ( kefahaman yang di bawa oleh guru yang lebih kehendak nas Hadis tersebut).
Ada hadis Rasulullah s.a.w melarang terus balik ke rumah apabila p**ang musafir (permusafiran yang lama) tika waktu tengah malam.
عن جَابِرٍ رضي الله عنهما قال : نهى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ يَطْرُقَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ لَيْلًا يَتَخَوَّنُهُمْ أو يَلْتَمِسُ عَثَرَاتِهِمْ.
Dari Jabir, Rasulullah telah melarang lelaki (suami) yang (bermusafir lama) mendatangi (p**ang ke rumah) ahli keluarga (isterinya) di waktu tengah malam supaya dia tidak mendatangkan kecurigaan kepada mereka (curiga terhadap lelaki asing yang cuba masuk ke rumah mereka) dan supaya tidak dia tidak mendapatkan kecacatan mereka (isteri belum bersiap menyambut kep**angan suami)”. (HR Bukhari dan Muslim).
Rasulullah s.a.w telah melarang seorang lelaki p**ang ke pangkuan ahli keluarganya di waktu malam, yakni dengan maksud jika p**ang dari permusafiran, tidak boleh mendatangi ahli keluarganya di tengah malam. Oleh itu, dia wajib melewatkan kep**angannya supaya sampai di waktu siang. Nabi menegah p**ang secara tiba-tiba (surprise) kerana p**ang secara bergesa-gesa begitu menunjukkan seolah-olah si suami menuduh isterinya berlaku curang dan dia p**ang tergesa-gesa untuk melakukan penyiasatan. Tambahan p**a, si isterinya sepatutnya bersiap dan berhias menyambut suami dan isteri tidak dapat berbuat demikian jika kep**angan itu tiada makluman.
Ulama kontemporari seperti Syaikh Yusuf Al Qaradhawi dalam kitabnya Mujibaat Taghayur al Fatwa Fi Asrina, berpandangan di zaman itu belum ada kemampuan alat komunikasi untuk memaklumkan kep**angannya kepada ahli keluarga. Namun, di zaman sekarang yang punyai pelbagai alat komunikasi, seseorang lelaki boleh maklumkan kepada ahli keluarganya jangkaan waktu tiba (meskipun di tengah malam). Oleh itu, tidak lagi berlaku kedatangan secara tiba-tiba yang mencurigai. Alasan kepada tegahan itu sudah terangkat. Adakah Syaikh Yusuf al Qaradhawi mengajak kita berbeza dengan Sabda Rasulullah s.a.w?
Dalam Kaedah Fiqh -
الحُكْمُ يَدُورُ مَعَ عِلَّتِهِ وُجُودًا وَعَدَمًا
Maksudnya: Sesuatu hukum berlegar bersama-sama illahnya ketika ia ada dan tiada.
Apabila hilang illahnya maka hukum menjadi berubah. Demikian juga berkenaan hadis larangan Isbal (melabuhkan pakaian melebihi paras buku lali ke bawah) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Sebahagian ulama' mengharuskan Isbal jika seseorang dan masyarakatnya melakukan Isbal tanpa bertujuan sombong dan kemegahan. Ini kerana para Ulama' memahami bahawa larangan dikaitkan dengan sifat menyombong (خيلاء).
Semoga dapat difahami penerangan ini. Semoga sangka baik atas kalam orang yang siqhah itu terlebih patut didahulukan.
Walid Ibrahim al Malik🌹