Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Perak

  • Home
  • Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Perak

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Perak Facebook Rasmi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Perak

11/08/2025

JOM ULANGI SARINGAN, CEGAH KANSER USUS!!!
ANDA BERUMUR 50 - 75 TAHUN?
* DAH PERNAH BUAT UJIAN NAJIS (IFOBT)*
INI MASANYA UNTUK ULANG SARINGAN

Program ‘Jom Sihat Bersama Komuniti’ yang dianjurkan oleh Panel Penasihat KKJP telah berjaya dilaksanakan! Terima kasih ...
29/10/2024

Program ‘Jom Sihat Bersama Komuniti’ yang dianjurkan oleh Panel Penasihat KKJP telah berjaya dilaksanakan!

Terima kasih kepada pegawai Klinik Kesihatan Jalan Perak dan semua agensi yang terlibat. Kehadiran YB Lim Siew Khim dan En. Adrian, wakil YB RSN Rayer, menambah meriah acara ini. Juga, penghargaan kepada YB RSN Rayer atas sumbangan RM5000 kepada program ini.

Dan yang paling penting, terima kasih kepada semua peserta yang telah menyokong dan menyemarakkan acara ini. Bersama, kita mencipta masyarakat yang lebih sihat!

Sertai kami dalam program ‘Jom Sihat Bersama Komuniti’ yang dianjurkan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Perak...
22/10/2024

Sertai kami dalam program ‘Jom Sihat Bersama Komuniti’ yang dianjurkan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Perak dengan kerjasama Pusat Khidmat KADUN Sungai Pinang, MPKK KADUN Sungai Pinang, MPKK Jalan Perak, Perbadanan Pengurusan Pinang Court 2, dan inisiatif komuniti seperti Komuniti Madani.

Program ini juga mendapat sokongan penuh daripada YB Lim Siew Khim, YB Ong Ah Teong, dan YB R.S.N. Rayer.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan secara percuma seperti:
-pertandingan mewarna kanak-kanak
-pemeriksaan kesihatan (terhad kepada 250 peseta)
-latihan CPR
-pameran pencegahan dadah
-ceramah kesihatan mengenai diabetes, kanser payudara

Anda juga boleh mengunjungi kaunter KWSP, PERKESO, serta menikmati perkhidmatan gunting rambut.

Jangan lepaskan peluang untuk membina gaya hidup sihat bersama komuniti kita pada 26 Oktober 2024, Sabtu, dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang di Gelanggang Bola Keranjang Bandar Sri Pinang!

Karnival Kesihatan sempena Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen Jelutong yang diadakan di Balai Rakyat Batu L...
09/09/2024

Karnival Kesihatan sempena Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen Jelutong yang diadakan di Balai Rakyat Batu Lancang pada 9 Ogos 2024 telah mencapai kejayaan besar dengan kehadiran seramai 500 orang pengunjung.

Acara ini melibatkan Jabatan Kesihatan Daerah Timur Laut dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Perak dalam menyediakan saringan kesihatan percuma, saringan HPV, demonstrasi CPR dan AES.

Pelbagai agensi turut terlibat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bank Simpanan Nasional, mySalam, PDRM, Perpustakaan Negeri Pulau Pinang, LHDN, PTPTN, MCMC, dan AADK, yang bersama-sama memberikan perkhidmatan dan maklumat penting kepada masyarakat.

Terima kasih kepada Jabatan Penerangan Daerah Timur Laut dan Pusat Khidmat Parlimen Jelutong atas sokongan dan usaha dalam memastikan kelancaran program ini. Ini adalah contoh cemerlang kerjasama komuniti dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Salam takziah kepada En Ishak bin M. Kamal, beliau seorang Ahli Jawatankuasa Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Pera...
24/07/2024

Salam takziah kepada En Ishak bin M. Kamal, beliau seorang Ahli Jawatankuasa Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Perak. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman.

Kem Diabetes telah mencapai kejayaan yang luar biasa!Kem ini dianjurkan secara bersama-sama oleh Klinik Kesihatan Jalan ...
07/06/2024

Kem Diabetes telah mencapai kejayaan yang luar biasa!

Kem ini dianjurkan secara bersama-sama oleh Klinik Kesihatan Jalan Perak dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Perak dengan tujuan utama meningkatkan kesedaran mengenai diabetes di kalangan semua lapisan masyarakat serta membantu pesakit diabetes meningkatkan indeks kesihatan mereka.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang YB Puan Lim Siew Khim atas kehadiran dan perasmian majlis ini.

Pada hari itu, kami menyediakan 5 stesen pemeriksaan yang meliputi pemeriksaan mata, kaki, air kencing, ECG, dan Fundoscopy. Selain itu, terdapat pameran-pameran yang disediakan oleh Farmasi, Wellness Hub, Dietitian, Fisioterapi, Wound Care, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, dan Jurupulih Cara Kerja. Sejumlah 60 peserta telah mengambil bahagian dalam acara ini.

Dengan penuh penghargaan, kami ingin mengucapkan terima kasih lagi kepada semua wira-wira kita hari ini - doktor, jururawat, dan seluruh pegawai Klinik Kesihatan yang telah bersusah payah.

One Heart With Diabetes, Kesihatan Untuk Semua!

Dengan segala hormatnya dijemput semua untuk menghadiri Pelancaran Kem Diabetes Klinik Kesihatan Jalan Perak 2024 yang a...
04/06/2024

Dengan segala hormatnya dijemput semua untuk menghadiri Pelancaran Kem Diabetes Klinik Kesihatan Jalan Perak 2024 yang akan diadakan pada:

Tarikh: 7 Jun 2024
Masa: 8 pagi hingga 12 tengahari
Tempat: Klinik Kesihatan Jalan Perak

Marilah kita bersama-sama menyokong usaha ini untuk meningkatkan kesedaran tentang diabetes dan memperkukuhkan kesihatan komuniti.

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Perak buat pertama kalinya mengadakan satu kunjung hormat ke pejabat Exco Belia, ...
20/05/2024

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Perak buat pertama kalinya mengadakan satu kunjung hormat ke pejabat Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Tuan YB Daniel Gooi Zi Sen.

Kami, panel penasihat sangat berterima kasih kepada Tuan YB kerana meluangkan masa untuk bertemu dan berbincang dengan kami.

Pertemuan ini amat bermakna dan memberi peluang untuk memperkukuhkan kerjasama demi kebaikan komuniti.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jalan Perak:

  • Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business?

Share