Pusat Kesihatan USIM

Pusat Kesihatan USIM Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Jamaah Mohd dan Pn. Pusat Haemodialisis ini dibangunkan bagi menjaga kebajikan warga USIM yang memerlukan.

Unit Kesihatan Pelajar merupakan salah satu kemudahan yang disediakan kepada kakitangan dan pelajar KUIM/Universiti Sains Islam Malaysia bermula pada tahun 2006. Pada peringkat awalnya, Unit Kesihatan Pelajar ini hanya terdiri daripada 2 orang Jururawat U29 iaitu Pn,. Rosmaria Outar@Autar serta seorang pemandu Ambulans yang mana unit ini beroperasi di Bangunan Hal Ehwal Pelajar Sementara di kabin

pada tahun 2006 dan kemudiannya dipindahkan ke Pusat Kemudahan Pelajar (PKP) pada April 2007. Oleh kerana pada ketika itu, hanya 2 orang Jururawat yang bertugas tanpa Pegawai Perubatan, rawatan yang disediakan hanyalah tertumpu kepada rawatan-rawatan biasa seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan demam, sakit perut. Bagi kes-kes kecemasan yang tidak dapat dirawat, perkhidmatan ambulans akan digunakan bagi menghantar pesakit ke Klinik Kesihatan Nilai atau hospital berhampiran bagi tujuan rujukan. Pada Ogos 2007, Unit Kesihatan Pelajar semakin berkembang dengan menerima Pegawai Perubatan yang pertama iaitu Dr. Junaidah Abd Wahab, serta seorang Pembantu Perubatan dan seorang Attendan Kesihatan. Bermula daripada itu, penyelarasan perkhidmatan Unit Kesihatan Pelajar telah menjadi lebih sistematik dan perkhidmatan telah diperluaskan dengan menyediakan perkhidmatan “standby” untuk program-program yang dianjurkan oleh universiti, perkhidmatan kecemasan, perolehan ubat yang lebih berbagai jenis dan penghantaran kes-kes yang dirujuk ke hospital menjadi lebih sistematik. Kemasukan Pembantu Perubatan turut menyumbangkan kepada perkhidmatan yang lebih luas dengan adanya penglibatan dalam menganjurkan program untuk pelajar, pemeriksaan premis makanan dan pemeriksaan kebersihan kolej kediaman. Bermula Jun 2008, Unit Kesihatan Pelajar, sekali lagi telah dipindahkan ke bangunan tetap Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang mana kemudahan dan infranstruktur yang ada adalah jauh lebih selesa daripada yang sebelum ini. Bangunan ini mempunyai ruang-ruang khas seperti kaunter pendaftaran pesakit luar, ruang menunggu yang selesa, bilik rawatan Pegawai Perubatan, ruang kecemasan, farmasi, makmal, wad dan ruang
pentadbiran. Dengan kemudahan-kemudahan seumpama ini, rawatan dan perkhidmatan yang diberi menjadi lebih selesa kepada pelanggan/pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sehingga kini, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kebajikan kakitangan dan pelajar, Unit Kesihatan Pelajar telah dilengkapi dengan beberapa kemudahan yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan dan memberi perawatan yang cekap dan efektif kepada pelanggannya dengan menyediakan prasarana yang cukup dan persekitaran yang kondusif untuk perawatan serta mengamalkan proses kerja yang sistematik dan dalam masa yang sama memberi Pendidikan Kesihatan yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani, mental dan fizikal. Sistem E-Klinikal yang telah dilancarkan pada 07 Oktober 2009 juga telah banyak membantu mempercepatkan proses pendaftaran, konsultansi dan farmasi kepada pesakit jauh lebih efektif berbanding sebelumnya. Peralatan canggih seperti mesih FBC di makmal juga, memberikan implikasi yang sungguh memberangsangkan kerana ujian darah dapat dijalankan dengan keputusan yang tepat dapat diperolehi tanpa perlu dirujuk ke hospital. Dan terkini Unit Kesihatan Pelajar, USIM sedang di dalam usaha memperluas dan memperkembangkan perkhidmatannya kepada rawatan Haemodialisis. Penyumbang pertama bagi merealisasikan perkhidmatan ini ialah pihak Majlis Ugama Islam Pahang yang telah mendermakan sebuah mesin Haemodialisis sebagai langkah permulaan dan 3 buah mesin Haemodialisis lagi dibeli oleh Unit Kesihatan Pelajar, USIM. Mesyuarat pertama berkaitan penubuhan pusat ini telah diadakan pada 23 Februari 2009. Satu lawatan kerja melibatkan delegasi USIM ke Pusat Haemodialisis, Selangor Medical Centre telah diadakan pada 16 Mac 2009 dan pada 10 April 2009 ke Pusat Haemodialisis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai langkah permulaan dalam persiapan untuk menyediakan rawatan Haemodialisis ini, seorang jururawat (Pn. Jamaah Mohd) telah dihantar untuk mengikuti Kursus Pos Basik pada 15 Julai 2009 sehingga 14 Januari 2010. Dalam tempoh masa yang sama, kerja-kerja bagi menggerakkan proses penubuhan ini telah dijalankan termasuk menyediakan Garis Panduan Rawatan Pusat Haemodialisis yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Julai 2010. Unit Kesihatan Pelajar kini terus berkembang dengan pertambahan kakitangan yang pada awalnya hanya mempunyai 2 orang Jururawat kepada 11 orang kakitangan yang terdiri daripada 1 Pegawai Perubatan, 1 Penolong Pegawai Perubatan, 1 Penolong Pegawai Farmasi, 3 orang Jururawat, 1 Penolong Pegawai Tadbir, 1 Pembantu Tadbir, 1 Attendan Kesihatan dan 2 orang pemandu ambulans. Perkhidmatan Pegawai Perubatan Locum turut disediakan bagi Pegawai Perubatan sedia ada merawat pesakit yang puratanya mencecah 40 orang pesakit dalam tempoh satu hari bekerja.

🌸✨ SEMINAR WANITA MADANI 2026 ✨🌸🔥 WANITA HEBAT MENDEPANI CABARAN MASA KINI 🔥Kaum wanita hari ini bukan sahaja menjadi tu...
12/05/2026

🌸✨ SEMINAR WANITA MADANI 2026 ✨🌸
🔥 WANITA HEBAT MENDEPANI CABARAN MASA KINI 🔥

Kaum wanita hari ini bukan sahaja menjadi tulang belakang keluarga, malah memainkan peranan besar dalam masyarakat dan kerjaya. Namun, cabaran emosi, tekanan hidup dan kestabilan kewangan sering menjadi ujian yang perlu dihadapi dengan bijak dan berhemah.

💫 Jom sertai Seminar Wanita Madani yang bakal menampilkan perkongsian penuh inspirasi dan bermanfaat daripada panel berpengalaman:

🎙️ Dr. Hanim Hj. Misbah – Pensyarah FEM
🎙️ Dr. Farhana Sabri – Kaunselor / Pensyarah FKP

📅 11 Jun 2026 (Khamis)
🕣 8.30 pagi – 1.00 petang
📍 Pentas Ruknu Arabiy, Jabatan Perpustakaan USIM
📺 Siaran Langsung di USIMTV
👉 Daftar sekarang: https://naturous.my.canva.site/wanitamadani
🌟 Ayuh tingkatkan keyakinan diri, kekuatan emosi dan kesedaran dalam mendepani cabaran wanita masa kini bersama-sama.

🤝 Dengan kerjasama:
* Pusat Kesihatan Universiti USIM
* PLiMJI USIM
* LPPKN
* Unit Farmasi JKNS

📌 Tempat adalah terhad!
💥 Daftar segera

12/05/2026
Sepanyol mula pindahkan penumpang kapal persiaran dilanda hantavirus di TenerifeSepanyol mula memindahkan penumpang dari...
10/05/2026

Sepanyol mula pindahkan penumpang kapal persiaran dilanda hantavirus di Tenerife

Sepanyol mula memindahkan penumpang dari kapal persiaran MV Hondius yang dikaitkan dengan kluster hantavirus berhampiran Tenerife, Kep**auan Canary.

Menurut laporan BBC, proses pemindahan dilakukan selepas kapal itu tiba berhampiran pelabuhan Granadilla, sebulan selepas kematian pertama dilaporkan di atas kapal.

Penumpang pertama yang dipindahkan ialah warga Sepanyol. Mereka dibawa turun menggunakan bot kecil sebelum dipindahkan ke bas untuk ke lapangan terbang tempatan. Penumpang lain dijangka diterbangkan p**ang ke negara masing-masing menggunakan penerbangan khas.

Menteri Kesihatan Sepanyol, Mónica García, berkata operasi pemindahan berjalan seperti biasa dan semua penumpang di atas kapal dilaporkan masih tidak bergejala ketika proses itu bermula.

Pihak berkuasa kesihatan turut memaklumkan penumpang akan dibahagikan mengikut kewarganegaraan sebelum dibawa p**ang. Beberapa negara termasuk Belanda, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia dilaporkan mengatur penerbangan khas untuk membawa p**ang rakyat masing-masing.

Menurut ECDC, semua penumpang di atas kapal itu dianggap sebagai kontak berisiko tinggi sebagai langkah berjaga-jaga. Penumpang yang tidak bergejala akan dipindahkan melalui pengangkutan khas, bukan penerbangan komersial biasa. 

Setakat laporan terkini, lapan kes dikaitkan dengan kluster ini, termasuk tiga kematian. WHO sebelum ini memaklumkan lima daripada lapan kes telah disahkan sebagai hantavirus. 

Virus yang terlibat dikenal pasti sebagai Andes hantavirus. Hantavirus biasanya dikaitkan dengan rodens, terutama melalui pendedahan kepada air kencing, najis atau air liur haiwan yang tercemar. Namun, strain Andes diberi perhatian kerana ia boleh merebak antara manusia dalam keadaan tertentu, walaupun perkara itu jarang berlaku dan biasanya melibatkan kontak rapat. 

Pihak berkuasa Sepanyol meningkatkan kawalan di kawasan pelabuhan, termasuk mewujudkan perimeter keselamatan dan menyediakan pasukan perubatan dengan pakaian perlindungan. Penumpang yang dibawa turun akan melalui saringan kesihatan sebelum meneruskan perjalanan p**ang atau menjalani kuarantin.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang berada di Tenerife bagi memantau operasi itu, memuji tindakan pihak berkuasa Sepanyol dan menegaskan risiko kepada orang awam adalah rendah. Beliau turut mengingatkan bahawa kebimbangan orang ramai adalah sah, tetapi maklumat yang tepat penting bagi mengelakkan panik dan kekeliruan. 

Kapal MV Hondius dilaporkan memulakan pelayaran dari Ushuaia, Argentina pada 1 April. Kematian pertama penumpang dilaporkan pada 11 April, sebelum beberapa kes lain dikenal pasti sepanjang perjalanan kapal itu merentasi Lautan Atlantik Selatan menuju Cape Verde dan kemudian Tenerife. 

Sebahagian kru dilaporkan akan kekal di atas kapal untuk membawa MV Hondius ke Belanda bagi proses seterusnya, termasuk disinfeksi.

Sumber: BBC, Reuters, WHO, ECDC

Kedai minuman manis sekarang naik macam cendawan selepas hujan.Satu row kedai pun kadang-kadang boleh jumpa Mixue, Teali...
10/05/2026

Kedai minuman manis sekarang naik macam cendawan selepas hujan.

Satu row kedai pun kadang-kadang boleh jumpa Mixue, Tealive, Chagee, Zus Coffee, Bask Bear, Gigi Coffee, Starbucks, Chatime, Gong Cha, Coolblog, Richiamo Coffee, FamilyMart dan macam-macam lagi.

Dulu minuman manis itu sesekali. Sekarang ia jadi rutin.

Pagi beli kopi susu.
Tengah hari beli matcha.
Petang beli bubble tea.
Malam order frappe p**a.

Masalahnya bukan pada satu jenama. Masalahnya bila minuman manis sudah jadi “air harian”, bukan lagi “treat sekali-sekala”.

Hari ini kita nampak orang beratur panjang di depan kedai air.

10 hingga 20 tahun lagi, sebahagian daripada pelanggan tetap ini mungkin akan mula memenuhi ruang klinik untuk darah tinggi, kencing manis, kolesterol dan obesiti.

30 hingga 40 tahun lagi, ada yang mungkin mula kenal mesin dialisis.

Malaysia sudah cukup bergelut dengan diabetes dan obesiti. NHMS 2023 melaporkan 15.6% orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes, manakala 54.4% berada dalam kategori berlebihan berat badan atau obes. Diabetes juga menjadi penyumbang besar kepada kegagalan buah pinggang tahap akhir yang memerlukan dialisis. 

Minuman manis bukan musuh kalau diambil sekali-sekala.

Tapi kalau setiap hari wajib ada satu cup manis sebagai “self reward”, mungkin kita perlu tanya diri.

Adakah ini reward, atau pelaburan senyap untuk penyakit masa depan?




Penglibatan pelajar dalam kesukarelawan MERCY Malaysia. 9/5/26@SabtuKem Bina Semangat Yayasan Selangor, Kuala Kubu Bahru...
10/05/2026

Penglibatan pelajar dalam kesukarelawan MERCY Malaysia.

9/5/26@Sabtu
Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, Kuala Kubu Bahru
Simulasi EMT

Pelajar USIM telah turut serta membantu semasa sesi simulasi latihan Emengency Medical Team Field Training Excercise.

📢 STANDBY LARIAN FESTIVAL HALAL 2026📅 9 Mei 2026 (Sabtu)🕖 7.00 pagi – 12.00 tengah hari📍 KSTN👥 Staf Bertugas:1️⃣ MA Wani...
09/05/2026

📢 STANDBY LARIAN FESTIVAL HALAL 2026

📅 9 Mei 2026 (Sabtu)
🕖 7.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 KSTN

👥 Staf Bertugas:
1️⃣ MA Wani
2️⃣ Sr Ros
3️⃣ En. Suhaimi

Terima kasih kepada semua staf yang terlibat dalam memastikan kelancaran program berlangsung. Semoga urusan dipermudahkan dan program berjalan dengan jayanya. ✨

📢 JEMPUTAN MENONTON BARAKAH KESIHATAN PODCAST (BAKPO) SIRI 1🦻 “Sakit Telinga: Bukan Semua Disebabkan Jangkitan”Jom bersa...
08/05/2026

📢 JEMPUTAN MENONTON BARAKAH KESIHATAN PODCAST (BAKPO) SIRI 1

🦻 “Sakit Telinga: Bukan Semua Disebabkan Jangkitan”

Jom bersama kami untuk mengetahui punca sebenar sakit telinga, rawatan yang tepat serta tip penjagaan telinga bersama pakar jemputan 🌟

👩🏻‍⚕️ Penceramah:
Prof. Madya Dr. Nor Eyzawiah Binti Hassan

🎙 Moderator:
Pn. Siti Ruhayu Mohd Isa

📅 Tarikh: 14 Mei 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 2.15 Petang
💻 Platform: Zoom & Facebook PKU USIM

🔗 Join Zoom:
Meeting ID: 949 6678 2137
Password: 142603
🌐 https://usim-edu-my.zoom.us/j/94966782137?pwd=J4yfrHjb5OR0uh5jsZ33TC747jFJl3.1

📺 Tonton secara live di Facebook PKU:
🌐 https://www.facebook.com/share/17LbQBg1cP/?mibextid=wwXIfr

✨ Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu kesihatan bersama kami!✨

PROGRAM USIM HAPPY TRAIL NATURE ESCAPE: MENDAKI BUKIT  PENARIKAN 2026Pusat Kesihatan UniversitiProgram ini telah berjaya...
06/05/2026

PROGRAM USIM HAPPY TRAIL NATURE ESCAPE:
MENDAKI BUKIT PENARIKAN 2026
Pusat Kesihatan Universiti

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan peserta dari pelajar U3P yang menunjukkan komitmen serta semangat kerjasama yang tinggi sepanjang aktiviti berlangsung.

Aktiviti dimulakan dengan taklimat keselamatan sebelum peserta meneruskan pendakian secara berkump**an sehingga ke puncak.

Di puncak, telah diadakan Sesi Pertandingan Photography Contest sebagai salah satu pengisian santai bagi menggalakkan kreativiti peserta dalam merakam keindahan alam semula jadi serta momen sepanjang pendakian.

Program diteruskan dengan sesi refleksi santai yang memberi ruang kepada peserta berkongsi pengalaman dan pengajaran yang diperoleh.

Semoga program seperti ini dapat terus memupuk gaya hidup sihat, ketahanan diri serta semangat berpasukan dalam kalangan peserta.

ZIARAH MAHABBAH PELAJAR TAHUN 3 FAKULTI QURAN DAN SUNNAH DI HOSPITAL SEGAMAT.
24/04/2026

ZIARAH MAHABBAH PELAJAR TAHUN 3 FAKULTI QURAN DAN SUNNAH DI HOSPITAL SEGAMAT.

Sesi penyerahan surat lantikkan klinik Oriental Kuala Kubu Bahru sebagai panel untuk pelajar USIM DQ22/4/26@ RabuKlinik ...
22/04/2026

Sesi penyerahan surat lantikkan klinik Oriental Kuala Kubu Bahru sebagai panel untuk pelajar USIM DQ
22/4/26@ Rabu
Klinik Oriental
Turut serta team HEP DQ

Address

Nilai
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Tuesday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Wednesday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Thursday 09:00 - 17:00
17:10 - 20:00
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6067986121

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share