Unit Kesihatan Uitm Terengganu

Unit Kesihatan Uitm Terengganu Unit Kesihatan UiTM Terengganu

06/05/2026

๐Ÿง ๐Ÿง Demensia merupakan penyakit kemerosotan fungsi kognitif yang mengganggu aktiviti harian.

Penyakit demensia menunjukkan beberapa gejala awal yang lazimnya melibatkan kemerosotan daya ingatan, kebolehan membuat keputusan dan sebagainya.

Sehubungan itu, ahli keluarga terdekat hendaklah cakna jika warga emas di sekeliling menunjukkan gejala-gejala ini. Warga emas disarankan untuk mendapatkan rawatan awal di kemudahan kesihatan jika menunjukkan gejala demensia.

13/04/2026

Jawatan Kosong | Pembantu Pembedahan Pergigian

Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam membuka peluang kerjaya kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi jawatan berikut:

๐Ÿฆท Pembantu Pembedahan Pergigian
๐Ÿ“Œ Gred U1 (Kontrak)
๐Ÿ“ Lokasi: Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam

Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut serta cara permohonan.

Mohon kongsikan hebahan ini kepada rakan-rakan yang sedang mencari peluang kerjaya.

13/04/2026

๐ŸฉบTekanan darah tinggi merujuk kepada kenaikan berterusan bacaan sistolik sama dengan atau melebihi 140mmHg dan/atau bacaan diastolik sama dengan atau melebihi 90mmHg.

Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh mengakibatkan komplikasi seperti serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan tip bagi mencegah tekanan darah tinggi agar tubuh dapat berfungsi dengan efisien.

08/04/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€
๐˜›๐˜ฐ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜๐˜ฆ๐˜ข๐˜ญ๐˜ต๐˜ฉ. ๐˜š๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ธ๐˜ช๐˜ต๐˜ฉ ๐˜š๐˜ค๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ

โ€œTak apa, nanti okey sendiri.โ€

Kita selalu pandang remeh bila tubuh mula memberikan tanda dan akhirnya tindakan ini terpaksa dibayar dengan kesihatan sendiri.

Hakikatnya, badan kita bukan mesin yang boleh ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ต bila-bila masa. Bila badan mula memberikan tanda, itu mesej untuk kita bertindak segera.

Kami di Hospital Al-Sultan Abdullah menyeru agar jangan tunggu sakit semakin parah, baru nak bertindak. Fahami isyarat tubuh anda, ambil serius perubahan kecil yang sering kita abaikan dan mendukung pendekatan berasaskan sains dalam menjaga kesihatan.





Selamat Hari Autisme Sedunia
02/04/2026

Selamat Hari Autisme Sedunia

Bersempena Hari Autisme Sedunia, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa komited dalam memperkasa kesedaran awam serta memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap autisme.

Melalui pengesanan dan intervensi awal, sokongan berterusan serta persekitaran yang inklusif, individu autisme berupaya mencapai potensi diri secara optimum dan menyumbang secara bermakna kepada masyarakat.

Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia!

10/03/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐“๐” ๐๐„๐‘๐”๐๐€๐“๐€๐
๐˜”๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ค๐˜ถ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ช ๐˜’๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ

Selamat Hari Pembantu Perubatan diucapkan kepada seluruh warga Penolong Pegawai Perubatan.

Dengan komitmen, kompetensi dan dedikasi yang tinggi, Penolong Pegawai Perubatan terus memainkan peranan penting dalam menyokong sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara. Bersama-sama dengan anggota kesihatan yang lain, anda turut menjadi nadi yang menggerakkan perkhidmatan kesihatan agar sentiasa responsif, cekap dan berfokus kepada keselamatan serta kesejahteraan pesakit.

Terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan. Sumbangan anda amat bermakna dalam memastikan perkhidmatan kesihatan terus berkualiti dan diyakini masyarakat.






07/03/2026

Memang bagus ada niat nak menolong, tapi kalau orang tu pengsan sebab pitam , buat CPR, itu bukan menyelamat, itu namanya 'mendera'.

CPR hanya untuk jantung yang dah BERHENTI dan orang yang TAK BERNAFAS. Kalau dia masih ada tanda hidup tak perlu untuk CPR

Bila TAK PERLU CPR?

1. Masih bernafas normal: Dada naik turun, ada hembusan.

2. Masih respon: Kita panggil dia menyahut, atau dia tepis tangan kita.

3. Ada nadi: Nadi karotid kat leher masih berdenyut kuat.

4. Tengah Sawan: Jangan pergi tekan dada masa dia tengah menggeletar

5. Pitam Biasa: Pengsan sebab panas atau berdiri lama. Baringkan, angkat kaki tinggi sikit bagi darah jalan ke otak.

Ingat, CPR ni kerja berat. Tulang rusuk boleh patah kalau teknik tak betul atau dibuat pada orang yang salah.

Kalau dia bernafas tapi tak sedar, letak dalam 'Recovery Position' (mengiring).

Salam Nuzul al-Quran.Nuzul al-Quran mengingatkan kita bahawa al-Quran diturunkan sebagai petunjuk hidup bagi seluruh man...
07/03/2026

Salam Nuzul al-Quran.

Nuzul al-Quran mengingatkan kita bahawa al-Quran diturunkan sebagai petunjuk hidup bagi seluruh manusia.

Semoga kita sentiasa mendekatinya dengan membaca dan memahami Al Quran.

05/03/2026

Obesiti merupakan sejenis penyakit tidak berjangkit (NCD) yang boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit lain seperti hipertensi, diabetes dan kegagalan jantung.

Bersempena Hari Obesiti Sedunia, marilah bersama-sama memperkukuh azam untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mencegah obesiti dengan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal berkala, menghindari alkohol, berhenti merokok serta pengurusan tekanan yang berkesan.

01/03/2026

Hari terakhir bulan Februari setiap tahun disambut sebagai Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPenyakit Jarang Jumpa didefinisikan sebagai keadaan yang jarang berlaku, berpotensi mengancam nyawa dan/atau menyebabkan ketidakupayaan kronik.

๐Ÿ’ชMarilah kita bersama-sama cakna dan memberikan sokongan kepada pesakit penyakit jarang jumpa serta keluarga mereka.

26/02/2026

Selamat Bercuti kepada mahasiswa UiTM sempena cuti semester

23 Februari- 28 Mac 2026

Rehatkan minda, eratkan silaturahim dan manfaatkan masa dengan perkara yang berfaedah. Semoga Allah SWT melindungi setiap langkah kalian.



Address

Unit Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu, Kampus Dungun
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+6098400340

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Kesihatan Uitm Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Unit Kesihatan Uitm Terengganu:

Share