Pusat Pemulihan Komuniti Stroke Perkim - SCORE

Pusat Pemulihan Komuniti Stroke Perkim - SCORE Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Pemulihan Komuniti Stroke Perkim - SCORE, Medical and health, Jalan 1/48A Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur, Thongwa.

19/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπˆπŒ πŠπ„-πŸ”πŸ”

Pada 19 Ogos 2026 bersamaan 6 Rabiul Awal 1448H, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) melakar sejarah penting dengan genap 66 tahun penubuhannya sejak diasaskan pada 19 Ogos 1960 oleh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Penubuhan PERKIM yang ditubuhkan di rumah rasmi Tunku iaitu Bangunan Residensi di Kuala Lumpur pada ketika itu lahir daripada iltizam dan keprihatinan Almarhum Tunku terhadap keperluan mewujudkan sebuah organisasi Islam yang dapat memberi bimbingan, sokongan serta perlindungan kepada golongan saudara baharu, di samping memperkukuh usaha dakwah dan kebajikan Islam di Malaysia yang masih muda selepas mencapai kemerdekaan.

Idea menubuhkan PERKIM tercetus sewaktu Almarhum Tunku sedang menunaikan haji di Tanah Suci Mekah tidak lama selepas negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.

Sejak penubuhannya, PERKIM telah berkembang menjadi sebuah pertubuhan Islam yang berperanan besar dalam memperkasa dakwah, melaksanakan program kebajikan, menyediakan pendidikan Islam, serta menggerakkan kerjasama dengan pelbagai pihak demi kepentingan umat.

Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989.

Kejayaan PERKIM selama enam dekad lebih ini adalah hasil daripada visi pengasasnya yang mahu menjadikan Islam sebagai sumber kesejahteraan dan perpaduan masyarakat.

Kini, setelah 66 tahun, PERKIM terus komited menggalas amanah untuk memartabatkan Islam melalui pendekatan yang penuh hikmah dan berkesan, seiring dengan cabaran semasa.

Sumbangan PERKIM bukan sahaja dapat dilihat dalam usaha membimbing saudara baharu, tetapi juga dalam memperkukuh kefahaman Islam, memperluas jaringan kebajikan, dan mengangkat peranan pendidikan Islam sebagai asas pembangunan insan.

Sempena ulang tahun ini, PERKIM menyeru seluruh warga organisasi, umat Islam, serta rakyat Malaysia agar bersama-sama memperkukuh semangat perjuangan yang diwariskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

07/08/2026

π—¦π—˜π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ-π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ π—£π—˜π—‘π—šπ—›π—”π—₯π—šπ—”π—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—žπ—”π—¦π—œπ—›

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, ucapan jutaan terima kasih dan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan penganjuran Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (International Waqf Dakwah Convention - IWDC) 2026 yang telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 27 Julai 2026 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kejayaan konvensyen yang menghimpunkan lebih 1,500 peserta dari dalam dan luar negara ini merupakan satu manifestasi kesatuan fikrah, iltizam dan komitmen pelbagai pihak dalam memperkukuh agenda wakaf sebagai instrumen pembangunan dakwah, pendidikan, kebajikan dan kemajuan ummah.

Warga dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan, atas perkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (IWDC) 2026.

Sesungguhnya keberangkatan baginda telah menyerikan lagi konvensyen ini serta memberikan suntikan semangat kepada seluruh peserta untuk terus memperkasakan institusi wakaf demi kemaslahatan ummah.

Penghargaan yang tidak terhingga juga dizahirkan kepada RISEAP selaku rakan kerjasama strategik yang telah berganding bahu bersama PERKIM dalam merealisasikan penganjuran konvensyen bertaraf antarabangsa ini sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan.

Pada masa yang sama, PERKIM merakamkan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kepada semua Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, PERKIM Bahagian Negeri-Negeri, kementerian, jabatan, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi wakaf, badan korporat, para ilmuwan, tokoh agama, sukarelawan, petugas media serta seluruh urus setia yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang perancangan dan pelaksanaan konvensyen ini.

Penghargaan yang amat istimewa turut dizahirkan kepada semua organisasi yang telah memberikan sokongan, tajaan dan kerjasama iaitu:
β€’ Kerajaan Negeri Sarawak
β€’ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
β€’ Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
β€’ ToyyibPay
β€’ Global Wakaf Al-Quran
β€’ Wangsa Ultima
β€’ PIIAM
β€’ IKIMfm
β€’ Bank Rakyat

Sokongan padu daripada rakan-rakan strategik dan para penaja ini telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran penganjuran konvensyen serta memperkukuh usaha memperkasa ekosistem wakaf dakwah di peringkat nasional dan antarabangsa.

PERKIM juga merakamkan penghargaan kepada setiap peserta yang hadir dari pelbagai latar belakang termasuk pemimpin masyarakat, pengamal industri wakaf, ahli akademik, penyelidik, mahasiswa, badan korporat, pertubuhan masyarakat sivil dan orang ramai yang telah menjadikan konvensyen ini sebagai wadah perkongsian ilmu, jaringan kerjasama serta percambahan idea ke arah memperkasakan wakaf sebagai pemangkin pembangunan ummah.

Satu lagi detik bersejarah dalam penganjuran IWDC 2026 ialah penyerahan Resolusi Wakaf Dakwah Antarabangsa oleh Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM, YAB Tan Sri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Penyerahan resolusi ini melambangkan komitmen bersama dalam memperkukuh agenda wakaf dakwah sebagai salah satu instrumen strategik pembangunan negara, memperkasa kesejahteraan ummah serta memperluaskan impak dakwah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Resolusi tersebut menghimpunkan pelbagai cadangan, aspirasi dan hala tuju yang dipersetujui oleh para ilmuwan, cendekiawan, pengamal wakaf, institusi serta peserta konvensyen sebagai panduan dalam memperkukuh ekosistem wakaf yang lebih mampan, inovatif dan berimpak tinggi untuk generasi masa hadapan.

Sesungguhnya, kejayaan IWDC 2026 bukanlah milik PERKIM semata-mata, tetapi merupakan kejayaan bersama seluruh pihak yang berkongsi aspirasi untuk melihat institusi wakaf berkembang sebagai pemacu kesejahteraan umat Islam dan pembangunan negara.

Semoga segala usaha, sumbangan, tajaan, sokongan dan pengorbanan yang diberikan oleh semua pihak diterima oleh Allah SWT sebagai amal jariah yang berkekalan, dilimpahi keberkatan serta diberikan ganjaran yang berlipat ganda.

PERKIM yakin bahawa kejayaan penganjuran Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa (IWDC) 2026 akan menjadi titik tolak kepada era baharu pembangunan wakaf yang lebih progresif, berdaya saing dan lestari.

Melalui sinergi erat antara kerajaan, institusi agama, badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan masyarakat, agenda wakaf dakwah diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi ummah, pemerkasaan pendidikan, kebajikan sosial serta penyebaran dakwah Islam yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Jazakumullahu Khairan Kathira.

Ikhlas daripada,
Warga dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM

21/07/2026
08/04/2026
11/03/2026
07/01/2026

Address

Jalan 1/48A Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur
Thongwa
51000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60340413722

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemulihan Komuniti Stroke Perkim - SCORE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Pemulihan Komuniti Stroke Perkim - SCORE:

Shortcuts

Share