Remaja KK Rembia

Call Directions Contact the business

Remaja KK Rembia Perkhidmatan remaja kk rembia
community service
Awarded 5 stars⭐⭐⭐⭐⭐Best Practice PKMR

01/10/2026

Korang pernah terfikir tak kenapa kucing sentiasa nampak tenang dan hidup macam tak ada masalah? 🐱✨
Sebenarnya banyak benda yang kita boleh belajar daripada perangai kucing ni. Ni 5 benda yang kucing TAK PERNAH rasa bersalah — dan korang pun tak perlu rasa bersalah juga!
1. Angkat kaki bila vibe dah tak best 🚶‍♂️✨
Rasa tak selesa atau suasana bertukar toksik? Pergi je dari situ. Kucing terus blah kalau tempat tu dah tak best.
2. Bersantai kat tempat yang selesa ☀️🛋️
Duduk diam sambil layan mood bukannya malas, tapi itu namanya rehat!
3. Minta perhatian, tapi lepas 5 minit nak me-time 📦🤏
Kejap nak kawan, kejap nak bersendirian? Tak apa, normal je untuk ada ruang sendiri bila perlu.
4. Rehat dulu sebelum semua kerja selesai 😴💤
Badan dan otak korang pun nak recharge. Tak perlu tunggu kerja siap 100% baru nak rehat.
5. Ubah fikiran tanpa perlu jelaskan kat sesiapa 🚪💫
Korang berhak tukar fikiran dan buat keputusan untuk diri sendiri tanpa perlu rasa bersalah.
Jadi, belajar untuk sayang diri sendiri macam kucing korang! Antara 5 benda ni, mana satu yang korang paling susah nak buat? Cuba komen kat bawah! 👇🐾

kredit video staysouldesign

🥛✨ JOM MINUM 2 GELAS SUSU SEHARI!Tahukah anda? 2 gelas susu sehari boleh menjadi sebahagian daripada amalan pemakanan ya...
29/09/2026

🥛✨ JOM MINUM 2 GELAS SUSU SEHARI!
Tahukah anda? 2 gelas susu sehari boleh menjadi sebahagian daripada amalan pemakanan yang baik untuk menyokong kesihatan anda. 💪🏻
Susu membantu menguatkan rangka tulang, menyokong fungsi otot dan saraf, serta mengurangkan risiko osteoporosis.
Jadi, jangan pandang ringan kebaikan susu! 🥛
Mulakan hari anda dengan 2 gelas susu dan nikmati kebaikannya setiap hari. 🤍






kredit

HI GENG REMAJA KKR! RASA DOWN? MEH BACA NI! 😔➡️😊Pernah tak rasa sedih melampau, penat, tak bersemangat sampai rasa 'koso...
27/09/2026

HI GENG REMAJA KKR! RASA DOWN? MEH BACA NI! 😔➡️😊

Pernah tak rasa sedih melampau, penat, tak bersemangat sampai rasa 'kosong'? Kalau ya, korang mungkin sedang mengalami kemurungan. Jangan risau, korang tak berseorangan dan ada cara untuk hadapi ia! 💪

Ini beberapa tips daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk korang:

🗣️ Bercakap Dengan Seseorang: Jangan simpan sorang-sorang. Cari seseorang yang korang percaya (mak ayah, kawan baik, cikgu kauseling) dan kongsikan perasaan korang. Meluah itu satu kelegaan!

🏥 Dapatkan Bantuan Profesional: Kalau rasa susah sangat, jangan takut untuk cari pakar. Korang boleh datang ke Klinik Kesihatan Rembia atau klinik berdekatan untuk jumpa doktor atau kaunselor. Kami sedia membantu!

🏀 Teruskan Aktiviti Korang S**a: Walaupun rasa tak nak buat apa-apa, cuba paksa diri buat benda yang korang s**a dulu (bers**an, main game (tapi jangan berlebihan!), melukis, dengar lagu). Ia boleh lift mood korang.

🍉 Amalkan Gaya Hidup Sihat: Pemakanan yang sihat dan senaman ringkas boleh bantu badan korang hasilkan hormon 'gembira'. Cukup tidur pun penting, kawan!

🚫 Elakkan Alkohol & Dadah: Ini paling important! Dadah dan alkohol cuma 'bantuan palsu' dan akan buat kemurungan korang bertambah teruk dalam jangka masa panjang. Jangan sekali-kali sentuh!

Ingat geng, it's okay to not be okay. Tapi kalau rasa tak tertanggung, carilah bantuan. Klinik Kesihatan Rembia sentiasa on untuk support korang!

Tag kawan korang yang korang rasa perlukan mesej ni. ❤️

MAKANAN BERGORENG SEDAP TAPI… KETAHUI RISIKONYA! 🍗⚠️Siapa sahaja yang boleh tolak ayam goreng panas-panas, kan? Memang r...
25/09/2026

MAKANAN BERGORENG SEDAP TAPI… KETAHUI RISIKONYA! 🍗⚠️

Siapa sahaja yang boleh tolak ayam goreng panas-panas, kan? Memang rangup dan sedap! Tapi tahu tak, jika diambil secara berlebihan atau kerap, ada pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan kita.

Jom semak kenapa kita perlu kawal pengambilannya:

Tinggi Lemak Tepu: Boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah dan mengganggu kesihatan jantung.

Tinggi Kalori: Makanan berminyak dan berlemak mengandungi kalori yang sangat tinggi.

Punca Obesiti: Boleh menyebabkan peningkatan selera makan yang tidak terkawal.

Risiko Kanser: Penggunaan minyak masak berulang kali meningkatkan pembentukan acrylamide yang berbahaya kepada tubuh.

Sedap itu sedap juga, tapi kesihatan diri dan keluarga wajib diutamakan! Kawal saiz hidangan dan amalkan gaya pemakanan yang lebih seimbang.

S**a tips kesihatan macam ini? Jangan lupa Like, Share, & Follow page kami untuk lebih banyak info pemakanan sihat! ❤️

🌾 Sihat Bermula dari Pinggan Anda! 🍚✨Bijirin penuh kaya dengan nutrien dan serat, dapat bantu menurunkan paras kolestero...
23/09/2026

🌾 Sihat Bermula dari Pinggan Anda! 🍚✨
Bijirin penuh kaya dengan nutrien dan serat, dapat bantu menurunkan paras kolesterol, menyokong kesihatan usus & dapat mengurangkan risiko obesiti💚
Jadi, bila tiba masa memilih nasi, bijirin lain atau produk bijirin, jom pilih sumber berasaskan bijirin penuh! 🌾
💡 Tip mudah: Pastikan separuh daripada jumlah sajian nasi, bijirin lain & produk bijirin yang diambil setiap hari adalah daripada sumber bijirin penuh.
Mulakan dari pinggan anda. Pilih lebih bijak, makan lebih sihat! 🥗🌾







kredit

🧡 Beta-karotena: Si Oren yang Banyak Manfaat! 🥕🍊🎃Pernah tertanya-tanya kenapa lobak merah, labu dan buah-buahan berwarna...
21/09/2026

🧡 Beta-karotena: Si Oren yang Banyak Manfaat! 🥕🍊🎃

Pernah tertanya-tanya kenapa lobak merah, labu dan buah-buahan berwarna oren begitu menarik warnanya? 👀✨

Warna oren ini bukan sekadar cantik! Ia menandakan kehadiran beta-karotena, sejenis antioksida yang boleh membantu meningkatkan kesihatan mata serta bertindak sebagai agen anti-penuaan. 🌟

Jadi, jangan lupa pelbagaikan warna dalam pinggan anda 🌈🍽️ — lebih banyak warna, lebih banyak khasiat!

🧡 Jom pilih buah dan sayur berwarna-warni setiap hari!






kredit

Anda tidak keseorangan, ada bantuan untuk anda. 🤍Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang berdepan dengan tekana...
14/09/2026

Anda tidak keseorangan, ada bantuan untuk anda. 🤍

Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang berdepan dengan tekanan emosi, masalah kesihatan mental atau memerlukan sokongan psikososial, jangan pendam seorang diri.

Selain mendapatkan sokongan psikososial melalui Talian HEAL 15555, anda juga boleh mendapatkan sokongan dan bantuan profesional melalui talian sokongan psikososial yang tersedia, termasuk Talian Kasih 15999 serta talian sokongan yang disediakan oleh pelbagai NGO.

📞 Pilih saluran yang sesuai dengan keperluan anda.

🚨 Jika berlaku kecemasan atau anda berada dalam situasi yang memerlukan bantuan segera, hubungi 999.

💬 Bercakap bukan tanda kelemahan. Meminta bantuan adalah satu langkah berani untuk menjaga diri.

Sebarkan maklumat ini kepada keluarga, rakan dan mereka yang mungkin memerlukannya. 🤍


kredit@ NCEMH

Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada 10 September 2026 dengan bertemakan Ubah Tanggapan , Bina Harapan marila...
11/09/2026

Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada 10 September 2026 dengan bertemakan Ubah Tanggapan , Bina Harapan marilah kita sama-sama memainkan peranan dengan bersikap lebih peka terhadap keadaan emosi ahli keluarga, rakan, dan insan di sekeliling kita.

Kehadiran kita untuk memberi sokongan amat bermakna buat mereka yang memerlukan kekuatan. Dengan saling menyokong antara satu sama lain, kita mampu menyelamatkan nyawa dan memberi harapan baharu.

Hubungi Talian HEAL 15555 bagi mendapatkan bantuan sokongan psikososial dan sekiranya ada kenalan atau insan terdekat yang memerlukan bantuan profesional, galakkan mereka mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan yang berdekatan.

Tiada siapa yang perlu berdepan dengan detik s**ar dalam kehidupan secara sendirian. Marilah kita sama-sama menyebar kasih sayang dan keprihatinan.

Fact Sheet WSPD 2026 : https://l1nq.com/ddaht6y




kredit Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan

18/08/2026
TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL 💡💡💡😀 BIJAK MENGURUS MASAPengurusan masa yang bijak membantu mengurangkan stress dengan m...
22/05/2026

TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL 💡💡💡

😀 BIJAK MENGURUS MASA
Pengurusan masa yang bijak membantu mengurangkan stress dengan merancang aktiviti yang akan dilakukan. Ia juga sekaligus dapat mengurangkan beban mental (mental load) akibat penggunaan masa yang tidak efisien.

😀MAKAN MAKANAN SIHAT
Makanan yang sihat adalah tenaga untuk badan yang sihat. Dari amalan pemakanan yang sihat mampu mengelakkan penyakit dan tekanan mental.

😀SENTIASA BERHUBUNG DENGAN KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN
Menjaga hubungan yang baik sesama keluarga dan rakan-rakan akan menguatkan hormon dopamine sekaligus mengurangkan tekanan hidup.

😀LAKUKAN AKTIVITI YANG ANDA SUKAI DAN BERMANFAAT
Aktiviti bermanfaat seperti membaca, beriadah dan bergaul dengan masyarakat dapat mengelakkan kita dari berfikiran buruk, sentiasa positif dan meningkatkan daya saing.

😀KONGSI PERASAAN DENGAN ORANG YANG DIPERCAYAI
Berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai seperti keluarga,sahabat mahupun staff kesihatan dapat mengurangkan beban tekanan stress.

😀ELAKKAN PENGAMBILAN ROKOK, DADAH DAN ALKOHOL
Pengambilan barangan berbahaya seperti rokok ,dadah dan alkohol menyebabkan gangguan pada emosi dan cara otak membuat keputusan yang rasional dan meningkatkan tekanan atau stress.

😀LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL DAN BERIADAH

Address

Alor Gajah
78000

Telephone

+6063161076

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Remaja KK Rembia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Remaja KK Rembia:

Shortcuts

Share