Ikhtiar Sehat Bebas Gastrik

Ikhtiar Sehat Bebas Gastrik Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ikhtiar Sehat Bebas Gastrik, Kompleks Perniagaan Taman Takwa, Jalan Langgar, Alor Setar.

SENDAWA dirumuskan dengan Formulasi dari Jepun dengan Susu Kambing dan Herba semulajadi seperti Sacha Inchi, Daun Senna, Halia Putih, Kunyit Putih, Arabic Gum, Garam Bukit yang berfungsi bantu legakan masalah Gastrik, Angin dan Gerd dengan pantas.

06/05/2026

⚠️ Perut pedih, kerap sendawa & tak selesa lepas makan?

Ramai tak sedar…
Itu antara tanda perut sensitif / masalah gastrik ringan yang mula ganggu rutin harian.

Kalau dibiarkan:
❌ Perut makin tak selesa
❌ Mudah naik angin
❌ Tidur pun terganggu

🔥 SENDAWA
Minuman susu kambing + herba terpilih
Dirumus untuk bantu:

✔️ Kurangkan rasa tak selesa perut
✔️ Bantu rasa lebih lega & ringan
✔️ Tenangkan badan sebelum tidur

Minum waktu malam…
Ramai cakap bangun pagi rasa lebih selesa ✨

⏳ Stok bergerak laju

👉 Klik “Shop Now” & cuba sendiri

Masalah kembung perut atau angin dalam badan bukanlah satu masalah yang tidak asing dalam kehidupan seharian. Ianya bole...
02/12/2021

Masalah kembung perut atau angin dalam badan bukanlah satu masalah yang tidak asing dalam kehidupan seharian. Ianya boleh berlaku apabila seseorang mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat sihat. Perkara ini adalah faktor utama permasalahan angin di dalam badan yang boleh menggangu aktiviti seharian kita.
Antara faktor yang menyebabkan masalah angin ni adalah:
🔸 Makan makanan dan minuman yang tertentu seperti kekacang dan minuman berkarbonat
🔸 Kesan pengambilan ubat seperti ubat cair darah, ubat tahan sakit
🔸 Penyakit refluks ( GERD )
🔸 Masalah keradangan perut (gastritis)
🔸 Penyakit celiac iaitu pesakit tiada toleransi kepada makanan gluten tinggi
Masalah angin di dalam perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas di dalam usus. Antaranya:
🔸Sendawa – Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba tiba. Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.
🔸Kembung – perut anda terasa sangat penuh membuatkan anda terasa untuk sendawa. Ini biasanya berlaku apabila memakan makanan berat yang memerlukan masa yang panjang untuk proses pencernaan
🔸Perut meragam – berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat , menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila anda lapar dan juga boleh terjadi apabila anda murung dan juga berdebar debar.
TIPS UNTUK MENCEGAH MASALAH ANGIN
1. Ubah amalan pemakanan seharian
2. Kurangkan makanan berminyak / berlemak
3. Tingkatkan pengambilan serat
4. Amalkan Munimun Halia / Teh Pudina
5. Bersenam

04/05/2021
Tanda-tanda GASTRIK dibulan RamadhanKadang-kadang ramai yang tak perasan tanda-tanda macam ni dating menyerang. Dok inga...
30/03/2021

Tanda-tanda GASTRIK dibulan Ramadhan
Kadang-kadang ramai yang tak perasan tanda-tanda macam ni dating menyerang. Dok ingat sakit biasa ya..rupanya GASTRIK. Nak dekat puasa ni ramai yang mengadu bahawa tak mampu nak berpuasa penuh.
Ini 5 tanda gastrik yang anda perlu tahu supaya Ramadan tahun ni akan lebih bermakna dan kita mendapat rahmat dan keberkatan di bulan yang mulia ini.
1. Sakit dibahagian ulu hati
2. Kembung perut
3. Sendawa yang kerap
4. Loya dan muntah
5. Rasa seakan "gas" naik dari perut ke dada.

Kismis adalah anggur yang dikeringkan dan kaya dengan sumber tenaga, vitamin, elektrolit serta mineral semula jadi. Lebi...
23/02/2021

Kismis adalah anggur yang dikeringkan dan kaya dengan sumber tenaga, vitamin, elektrolit serta mineral semula jadi. Lebih menarik, ia mempunyai jumlah serat, vitamin, mineral dan antioksidan jauh lebih tinggi berbanding anggur segar.
Walaupun kering, ia mengekalkan rasa manis semula jadi dan setiap 100 gram kismis hanya mempunyai 249 kalori, sesuai untuk mereka yang menjaga pemakanan dan mengawal berat badan.
Sama seperti anggur, kismis mengandungi sejenis bahan fitokimia dipanggil resveratrol iaitu sejenis antioksidan yang memiliki sifat antiradang dan antikanser selain mampu menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.
Kajian mendapati resveratrol mampu melindungi tubuh daripada kanser kulit, kolon dan prostat selain membantu menjaga kesihatan jantung, melindungi dari masalah kemerosotan fungsi saraf, strok, Alzheimer dan jangkitan kulat atau virus.
Kismis yang dihasilkan daripada anggur berwarna merah dan ungu memiliki kandungan antioksidan lebih tinggi. Pada masa sama, kandungan seratnya yang tinggi membantu memenuhi keperluan serat dalam diet setiap hari seterusnya boleh membantu menurunkan berat badan dan melindungi daripada masalah sembelit.
Setiap hari kira-kira 20 hingga 35 gram serat diperlukan untuk memastikan tubuh berfungsi pada tahap optimum dan ia boleh diperoleh melalui kismis.
Pakar Pemakanan Klinikal Pusat Perubatan Tropicana Tan Yen Sing berkata, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2015, menunjukkan 17.5 peratus penduduk di negara ini menghidap diabetes.
Katanya, ia adalah angka yang tinggi dan menjadi petunjuk kepada gaya hidup tidak sihat di negara ini.
“Di Malaysia, dalam kalangan pesakit diabetes, 59 peratus daripadanya kini berada pada tahap terakhir masalah buah pinggang yang diakibatkan oleh penyakit itu.
“Serat penting dalam memastikan kandungan gula dalam darah stabil dan kismis adalah sejenis makanan yang tinggi dengan serat.
“Kismis juga baik untuk kesihatan jantung dan jika kita lihat pada fakta kesihatan di seluruh dunia, penyakit jantung antara penyebab utama kematian.
“Seramai 17.5 juta orang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular pada 2005 iaitu 30 peratus daripada punca kematian seluruh dunia,” katanya pada acara berkenaan.
Acara itu selari dalam usaha menggalakkan pemakanan sihat dan menunjukkan demonstrasi penggunaan kismis khususnya California Raisins dalam pemakanan dan menu setiap hari.
Tan berkata, kajian juga menunjukkan peningkatan pengambilan buahan dan sayuran lebih daripada lima sajian setiap hari mempunyai kaitan rapat dengan penurunan sebanyak 17 peratus bagi penyakit jantung koronari.
Katanya, khasiat daripada makanan berkualiti adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit kronik dan menjadi lebih sihat.
“Kismis, meskipun kecil, tidak harus dipandang ringan atas manfaat kesihatannya. Ia adalah hidangan yang sihat dengan gula semula jadi dan juga pengganti gula untuk kebanyakan resipi dalam pelbagai hidangan.
“Lebih menarik, kandungan antioksidan yang tinggi dalam kismis boleh membantu diri lebih awet muda dan menjaga penglihatan, menjaga kesihatan perut, saluran kencing dan melawan masalah gusi serta gigi,” katanya.
Kebaikan kismis:
1. Bebas daripada toksin gluten dan boleh dimakan sebagai alternatif bagi mereka yang tidak boleh bertoleransi terhadap gluten.

2. Kaya dengan kalsium, zat besi, mangan, magnesium, fluoride dan zink.

3. Mengandungi elektrolit dan potasium yang mampu menurunkan kesan sodium, menurunkan tekanan darah dan mengelak strok serta masalah jantung.

4. Memiliki vitamin B kompleks.

5. Boleh dinikmati sebagai snek tanpa merosakkan kesihatan.

6. Boleh dimakan bersama apa saja hidangan termasuk salad, pencuci mulut dan dicampurkan dalam masakan.

7. Menjadi pengganti gula dalam penyediaan bakeri dan coklat.

8. Pop**ar di negara Iran, India, Pakistan dan selatan Asia dalam hidangan pencuci mulut.

9. Tiada lemak, sodium dan kolesterol.

10. Mengandungi fruktos iaitu gula semula jadi yang mudah dihadam untuk memberi tenaga yang cepat.

11. Kaya dengan serat dan menjadi sumber tenaga berpanjangan.
Sumber: Harian Metro

Anda mungkin tertanya-tanya apa sebenarnya khasiat Saffron dalam bidang perubatan kerana ia merupakan salah satu daripad...
18/02/2021

Anda mungkin tertanya-tanya apa sebenarnya khasiat Saffron dalam bidang perubatan kerana ia merupakan salah satu daripada rempah ratus yang sangat berharga, paling mahal dan terkenal di seluruh dunia.
APA ITU SAFFRON?
Crocus sativus L. atau lebih dikenali sebagai Saffron, merupakan salah satu herba yang banyak disebut di dalam hadis dan diamalkan di dalam perubatan Islam, eksperimen sudahdijalankan bagi membongkar potensi baru rempah serbaguna ini, yang telah terbukti mampu meransang kesihatan jantung, otak dan banyak lagi untuk sekian abad.
Pengamal perubatan tradisional di Mesir menggunakannya untuk merawat sakit gastrousus dan di zaman Rom, Saffron digunakan untuk membantu menyembuh luka dan melegakan masalah terhadap saluran nafas atas.
Lain-lain kegunaan Saffron di dalam perubatan tradisional termasuklah abortifasien dan rawatan untuk asma, demam, selsema, bronkitis dan insomnia.
Khasiat Saffron Untuk Kesihatan
- 1. Meransang Kesihatan Kardiovaskular
- 2. Merawat Disfungsi Erektil
- 3. Mempunyai Potensi Kesan Anti kanser
- 4. Mengurangkan Simptom PMS
- 5. Menggalakkan Rasa Kenyang dan Penurunan Berat
- 6. Merawat Kebimbangan dan Kemurungan
NUTRISI SAFFRON
Satu sudu besar safron (dua gram) mengandungi lebih kurang:
- 6 kalori
- 1.3 gram karbohidrat
- 0.2 gram protin
- 0.1 gram lemak
- 0.1 gram fiber
- 0.6 milligram mangan
- 1.6 milligrams vitamin C
- 5.3 milligrams magnesium
- 0.2 milligram zat besi
- 5 milligrams fosferus
- 34.5 milligrams potassium
Sumber: My Info Maya

Arabic Gum, Apa khasiat dan kebaikan nya?Apakah Prebiotik? Prebiotik adalah makanan bagi bakteria baik di dalam usus. Pe...
17/02/2021

Arabic Gum, Apa khasiat dan kebaikan nya?
Apakah Prebiotik? Prebiotik adalah makanan bagi bakteria baik di dalam usus. Perlu diketahui bahawa gam arab merupakan salah satu prebiotik yang terbaik untuk pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
Kesemua prebiotik adalah fiber iaitu terdiri daripada karbohidrat kompleks yang tidak boleh diuraikan oleh sistem pencernaan manusia. Tetapi tidak semua fiber boleh bertindak seperti prebiotik.
Bakteria di dalam usus akan menjalankan proses penapaian untuk menguraikan fiber tersebut dan hasil daripada penapaian itu akan digunakan sebagai tenaga bagi bakteria di dalam usus. Penguraian fiber itu juga akan menggalakkan pembiakkan bakteria baik di dalam usus.
Bukan itu sahaja, proses penapaian tersebut juga akan menghasilkan rantaian pendek asid lemak (Short chain fatty acid) yang sangat bermanfaat bagi manusia. 3 jenis asid lemak yang selalu dihasilkan adalah acetate, butyrate dan propionate. Salah satu fungsi asid lemak tersebut adalah ia mengurangkan pH usus besar menjadikannya lebih berkeadaan asid dan perkara tersebut akan membantu pembiakkan bakteria baik seperti bifidobacteria dan lactobacilli serta juga merencat pembiakan bakteria jahat.
Beberapa kelebihan gam arab yang bertindak sebagai Prebiotik
- Mengurangkan keradangan pada bahagian usus. Oleh itu, ia boleh mengurangkan serangan penyakit Inflammatory bowel disease
- Sedikit sebanyak melindungi usus daripada terkena kanser usus
- Meningkatkan kadar penyerapan garam galian seperti kalsium dan magnesium
- Mengurangkan faktor risiko untuk kena sakit jantung dan strok
- Menyebabkan rasa kenyang. Oleh itu, ia boleh menyebabkan pengurangan berat badan dan boleh mengelakkan obesiti
Sumber: Dr. Latif Saad, The Diagnosa

Besarnya Manfaat Susu Kambing! TIDAK ramai gemar minum susu kambing kerana baunya sedikit hamis yang boleh mencetuskan r...
15/02/2021

Besarnya Manfaat Susu Kambing!
TIDAK ramai gemar minum susu kambing kerana baunya sedikit hamis yang boleh mencetuskan rasa loya kepada individu yang sensitif terhadap bau berkenaan.
Ini menyebabkan ramai lebih cenderung memilih susu lembu atau soya bagi mendapatkan sumber kalsium penting untuk kesihatan dan mengekalkan tulang yang kuat.
Susu juga kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh bagi kanak dan orang dewasa.
Neuroversiti mendedahkan khasiat susu kambing berdasarkan kajian dilakukan penyelidik dari University of Spain, Sepanyol pada 2007.
Perunding Kanan Malaysia Brain Academy, Dr Rizal Abu Bakar berkata, susu kambing mempunyai kalsium tinggi dan secawan susu itu membekalkan 327 miligram (mg) kalsium.
"Susu ini juga kaya dengan vitamin D iaitu satu nutrien yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh dan seterusnya membantu menguatkan tulang.
"Selain itu, ia mempunyai protein yang bertindak sebagai ejen antiosteoporosis dikenali sebagai CSN1S2.
"Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal 'Molecule' pada 2014, susu kambing dapat menghalang berlakunya penyakit tulang rapuh (osteoporosis) terhadap pesakit yang mengidap artritis rheumatoid," katanya.
Dr Rizal berkata, kandungan 'conjugate linoleic acid' pada susu kambing membantu perkembangan otak.
"Kehadiran lipid dalam susu kambing p**a dapat mengurangkan masalah kebimbangan," katanya.
Menurutnya, susu kambing turut bertindak sebagai ejen metabolik yang baik kerana mampu meningkatkan penggunaan metabolik mineral seperti zat besi, magnesium, kalsium dan fosforus.
"Ia mempunyai 'A2 beta-casein' (protein) iaitu lebih baik daripada 'A1 beta-casein' yang terdapat dalam susu lembu.

"A2 beta-casein adalah sejenis beta-casein yang lebih selamat berbanding 'A1 beta-casein', dipercayai boleh menyebabkan penyakit kencing manis tahap satu," katanya.
Kata Dr Rizal, A2 beta-casein dalam susu kambing menyamai susu ibu yang sangat baik untuk kesihatan manusia. Ia turut mampu mengurangkan alahan selepas habis tempoh penyusuan ibu.
Dr Rizal berkata, khasiat susu kambing sangat baik untuk kesihatan jantung kerana kandungan magnesium dalam susu berkenaan.
"Ia (magnesium) seperti yang dilaporkan di dalam 'International Journal of Food Properties' tahun lalu, ia adalah mineral yang baik untuk jantung dan membantu mengekalkan denyutan normal serta menghalang pembentukan darah beku.
"Magnesium berfungsi bersama vitamin D adalah nutrisi penting untuk jantung.
"Asid lemak rantaian sederhana pada susu kambing p**a lebih tinggi berbanding susu lembu. Ia membantu menurunkan tahap kolesterol dan bagus merawat penyakit koronari," katanya.
Jelas Dr Rizal, unsur kimia pada susu kambing iaitu asid lemak dan trigliserida berupaya meningkatkan kesihatan kulit.
Selain itu, ia kaya dengan vitamin A yang sangat diperlukan kulit.
"Pada masa yang sama, kandungan laktid asid dalam susu kambing dapat melembap dan mencerahkan kulit.
"Ditambah p**a penggunaan susu kambing untuk mencuci muka dapat meningkatkan kesihatan kulit," katanya.
Kata Dr Rizal lagi, istimewanya susu kambing ialah ia mencetuskan tindak balas imun adaptif dan semula jadi yang berupaya menghalang keradangan dalam tubuh manusia.
"Ini kerana komponen oligosakarida pada susu kambing yang bersifat antiradangan dapat mengurangkan keradangan penyakit usus," katanya.
Beliau berkata, kandungan laktosa yang rendah menjadikan susu kambing sebagai pilihan baik bagi mereka yang mempunyai masalah intoleransi laktosa.
"Sifatnya mudah hadam menjadikan ia sesuai diminum bagi mereka yang mempunyai masalah perut sensitif.
"Sebaik-baiknya pastikan susu kambing yang dipilih tidak dicampur bahan perasa, pewarna dan pengawet bagi mengekalkan keaslian serta khasiat susu berkenaan," katanya.
Sumber: Harian Metro

05/01/2021

GEJALA GASTRIK – Tanda-tanda, Siapa yang Berisiko?
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan.
Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
TANDA GASTRIK
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :
* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
SIAPA YANG BERISIKO?
Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini
# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :
i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini
# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
# Individu yang s**a mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
RAWATAN
Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :
* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut
Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.
Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.
Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.
JAGA PEMAKANAN, UBAH GAYA HIDUP
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang.
Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :
* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing.

Sumber : KKM

Address

Kompleks Perniagaan Taman Takwa, Jalan Langgar
Alor Setar
06500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikhtiar Sehat Bebas Gastrik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share