Fit dan Sihat Secara Online

Fit dan Sihat Secara Online MAKAN PUN KURUS ONLINE

Tips, info & program - Kurus, Diet & Sihat

01/09/2021

…be awesome! 🤍💛🧡❤️

12/02/2019

Protein Shakes: Baik atau tidak?
Apakah pandangan dan pengalaman anda?

Kebanyakan orang fokus untuk tahu bila waktu sesuai untuk makan. Tetapi tidak ramai yang menekankan di mana dan bagaiman...
07/12/2018

Kebanyakan orang fokus untuk tahu bila waktu sesuai untuk makan. Tetapi tidak ramai yang menekankan di mana dan bagaimana cara untuk mendapatkan makanan yang sihat. Berikut adalah beberapa langkah untuk membantu memastikan anda dengan makanan adalah positif.

1. Pilih makanan yang segar

Percaya sifat dan pilih makanan yang segar. Walaupun kedai runcit banyak menjual bahan seperti makanan diubahsuai seperti produk yang diproses, dibungkus atau dibekukan, cuba amalkan untuk makan tumbuhan yang segar tanpa proses.

2. Sediakan makanan semulajadi

Penyediaan makanan harus melibatkan rasa sentuhan anda. Luangkan waktu untuk mencuci dan memotong dan merasai makanan anda. Ini membantu mewujudkan rasa seronok dan yakin dengan makanan yang anda sediakan sendiri. Ketahui dengan tepat bahan-bahan yang dimasak bersama makanan yang anda makan.

3. Makan di meja makan

Cuba sediakan makanan di atas meja, duduk dengan selesa dan makan tanpa gangguan. Tetapkan masa sesuai untuk makan bersama sebagai sebahagian daripada rutin keluarga anda. Ini harus menjadi tempat di mana keluarga anda boleh berkumpul dan lebih erat.

4. Makan menggunakan jari

Sekerap yang anda boleh, lupakan garpu. Potong buah-buahan segar dan sayur-sayuran yang boleh anda makan dengan baik. Anda akan lebih seronok dan menikmati makanan yang disuap menggunakan jari anda berbanding sudu atau garfu. Ia akan meningkatkan deria rasa anda untuk merasai pelbagai bentuk dan tekstur, meningkatkan kepuasan yang diperoleh dari makanan.

5. Makan makanan secara berbeza

Cuba makan timun dengan menggigit dibahagian tengah terlebih dahulu atau potong timun itu secara lebar daripada cara biasa. Rasai buah atau sayuran dengan cara yang berbeza dari kebiasaan untuk mengelakkan daripada anda cepat bosan. Makan buah epal dengan sudu. Atau kupas limau seperti buah oren. Cara ini dapat membantu anda untuk lebih seronok menikmati makanan rutin anda.

6. Hargai makanan anda

Amalkan doa sebelum makan, dan luangkan beberapa saat untuk berfikir tentang makanan di hadapan anda. Ingatlah bahawa ada seseorang telah menanamnya dengan baik, menjaga serta memetiknya ketika ia masih segar. Jika ia bukan makanan yang diproses, ia datang dari tanaman segar atau haiwan yang sihat.

7. Kunyah makanan anda

Mengunyah dengan lama bukan sahaja baik untuk pencernaan, tetapi ia membolehkan anda untuk merasai apa yang anda makan. Pengeluar makanan yang diproses menggunakan banyak usaha untuk membuat sesuatu menjadi lebih baik, tetapi perkara yang menarik adalah banyak makanan semulajadi, yang sudah pastinya sihat.

Lidah anda mempunyai deria rasa yang sangat unik. Jika makanan tersebut kena dengan selera anda, anda akan cuba untuk mendapatkan lagi makanan tersebut kerana lazat.

8. Kongsi makanan anda

Jika boleh, jangan makan sendirian. Makanan yang sihat perlu dikongsikan bersama supaya mereka juga dapat merasai keseronokan makanan yang anda hidangkan. Anda akan lebih rasa rapat dengan ahli kelaurga atau rakan jika anda makan dalam keadaan yang gembira.

Address

Alor Setar

Telephone

60162008465

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fit dan Sihat Secara Online posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share