12/10/2026
Pernah tak kita terlalu sibuk dengan rutin harian sampai terlupa nak buat sesuatu untuk diri sendiri? Inilah masanya untuk berhenti sekejap, tarik nafas dan berikan sedikit ruang untuk diri kita. Tak semestinya perlu buat sesuatu yang besar, kadangkala perkara kecil pun mampu menceriakan hari kita. 💕
Klinik Yara ingin mengajak anda menyertai Cabaran 7 Hari Cintai Diri. Setiap hari, cuba satu cabaran mengikut kemampuan sendiri. Anda boleh berkongsi pengalaman melalui Instagram Story, tag akaun rasmi Klinik Yara dan gunakan hashtag .
Kami teruja nak melihat bagaimana anda meluangkan masa untuk diri sendiri! 🫶🏻
Tak perlu risau kalau tak dapat ikut semua cabaran dengan sempurna. Ini bukan tentang siapa yang paling hebat, tetapi tentang usaha kita untuk membina rutin yang lebih positif. Mulakan dengan apa yang mampu, raikan setiap kemajuan kecil dan ingat bahawa diri anda juga layak mendapat perhatian dan kasih sayang. 🌷