Pusat Informasi Kesihatan Keluarga Negeri Kedah

Pusat Informasi Kesihatan Keluarga Negeri Kedah Selamat datang ke halaman rasmi Unit Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Menyampaikan info kesihatan ibu dan anak, remaja, lelaki dan wanita dewasa, warga emas serta kesejahteraan keluarga buat warga Kedah Darul Aman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Sukacita dimaklumkan bahawa lokaliti anda telah terpilih untuk menyertai Tinjauan Ke...
30/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa lokaliti anda telah terpilih untuk menyertai Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2026: Kesihatan Ibu dan Anak yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
๐Ÿ“Œ Fokus tinjauan kali ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan kesihatan ibu, kanak-kanak dan wanita usia reproduktif (15โ€“49 tahun).

๐Ÿ“… Petugas kami akan berada di lokaliti ini dalam tempoh terdekat untuk menjalankan soal selidik dan pemeriksaan kesihatan asas seperti:
Temu ramah bersemuka
Penilaian fizikal
Pengambilan darah secara tusukan jari

๐Ÿ‘ฅ Petugas beruniform dan beridentiti KKM akan melawat rumah ke rumah. Segala maklumat adalah sulit dan hanya untuk tujuan penyelidikan kesihatan negara serta perancangan perkhidmatan kesihatan negara.

โœ… Jika anda:
Ibu dengan kelahiran dalam tempoh 2 tahun yang lalu,
Kanak-kanak berumur 0โ€“17 tahun,
Wanita dalam usia reproduktif (15โ€“49 tahun);
โœ… Kami mohon kerjasama anda untuk memberi respon kepada tinjauan ini.

๐Ÿ“ž Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Terima kasih atas sokongan anda demi kesihatan ibu dan anak negara kita.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Sukacita dimaklumkan bahawa lokaliti anda telah terpilih untuk menyertai Tinjauan Ke...
29/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa lokaliti anda telah terpilih untuk menyertai Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2026: Kesihatan Ibu dan Anak yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
๐Ÿ“Œ Fokus tinjauan kali ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan kesihatan ibu, kanak-kanak dan wanita usia reproduktif (15โ€“49 tahun).
๐Ÿ“… Petugas kami akan berada di lokaliti ini dalam tempoh terdekat untuk menjalankan soal selidik dan pemeriksaan kesihatan asas seperti:
Temu ramah bersemuka
Penilaian fizikal
Pengambilan darah secara tusukan jari
๐Ÿ‘ฅ Petugas beruniform dan beridentiti KKM akan melawat rumah ke rumah. Segala maklumat adalah sulit dan hanya untuk tujuan penyelidikan kesihatan negara serta perancangan perkhidmatan kesihatan negara.
โœ… Jika anda:
Ibu dengan kelahiran dalam tempoh 2 tahun yang lalu,
Kanak-kanak berumur 0โ€“17 tahun,
Wanita dalam usia reproduktif (15โ€“49 tahun);
โœ… Kami mohon kerjasama anda untuk memberi respon kepada tinjauan ini.
๐Ÿ“ž Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Terima kasih atas sokongan anda demi kesihatan ibu dan anak negara kita.

Demam campak (Measles) bukan sekadar isu kesihatan biasa, ia adalah jangkitan akut disebabkan oleh virus Measles yang sa...
18/06/2026

Demam campak (Measles) bukan sekadar isu kesihatan biasa, ia adalah jangkitan akut disebabkan oleh virus Measles yang sangat mudah berjangkit dalam komuniti kita. Selain daripada kemunculan ruam pada kulit, jangkitan ini juga boleh menjejaskan sistem pernafasan dan menyebabkan jangkitan paru-paru.

Siapakah yang perlu lebih berwaspada?

Individu yang belum pernah dijangkiti atau tiada rekod pelalian.

Kanak-kanak yang tidak mendapat suntikan imunisasi lengkap.

Bayi yang berusia kurang daripada setahun.

Gejala utama yang perlu diperhatikan termasuklah demam, ruam, batuk atau sakit tekak, selsema, serta sakit mata. Jika anda atau orang sekeliling mengalami tanda-tanda ini, pastikan langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan, memakai pelitup muka, mengambil ubat yang betul, dan mendapatkan imunisasi diambil dengan segera.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah.Kehadiran tahun baru Islam ini membuka lembaran baru buat kita semua. Semoga...
17/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah.

Kehadiran tahun baru Islam ini membuka lembaran baru buat kita semua. Semoga tahun ini membawa keberkatan yang melimpah-limpah, dilindungi daripada segala kesulitan, dan didekatkan dengan segala kebaikan.

KETAHUI GEJALA DAN PENCEGAHAN BATUK KOKOL (PERTUSSIS) ๐Ÿ“ขAdakah anda tahu batuk yang berlarutan sehingga 2 bulan boleh men...
16/06/2026

KETAHUI GEJALA DAN PENCEGAHAN BATUK KOKOL (PERTUSSIS) ๐Ÿ“ข

Adakah anda tahu batuk yang berlarutan sehingga 2 bulan boleh menjadi tanda Batuk Kokol? Jangkitan bakteria ini sangat berbahaya terutamanya kepada bayi dan golongan yang mempunyai imuniti rendah.

Bagaimana mahu mencegahnya?

1. Amalkan etika batuk & bersin yang betul.

2. Gunakan pelitup muka jika bergejala.

3. Jaga jarak sosial.

Paling penting: Lengkapkan suntikan vaksin Pertussis anak anda!

Jom buat saringan kanser serviks.. jangan tunggu lagiScan kod QR untuk janji temu atau boleh tempah slot saringan melalu...
19/05/2026

Jom buat saringan kanser serviks.. jangan tunggu lagi
Scan kod QR untuk janji temu atau boleh tempah slot saringan melalui aplikasi MySejahtera



๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ˆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ฌ๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง (๐๐ˆ๐) ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š kini menyediakan 10 jenis vaksin yang melindungi bayi dan kanak-kanak daripa...
18/05/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ˆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ฌ๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง (๐๐ˆ๐) ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š kini menyediakan 10 jenis vaksin yang melindungi bayi dan kanak-kanak daripada 13 jenis penyakit berjangkit berbahaya.
Program ini ditawarkan secara ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐ฎ๐ฆ๐š di semua fasiliti kesihatan primer KKM bagi memastikan perlindungan menyeluruh dari lahir sehingga umur 15 tahun.

Address

Jabatan Kesihatan Negeri
Alor Setar
05400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Informasi Kesihatan Keluarga Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Informasi Kesihatan Keluarga Negeri Kedah:

Shortcuts

Share