09/10/2026
Bukan sekadar menjual ubat gigi. Kami juga mahu melihat anak-anak Malaysia terus melakar kejayaan. 🇲🇾🏑
Di KIRANA, kami percaya kejayaan sesebuah jenama bukan hanya diukur melalui berapa banyak produk yang terjual.
Tetapi juga melalui berapa banyak nilai yang mampu kita sumbangkan kepada masyarakat. ❤️
Alhamdulillah, KIRANA berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada penyokong pembangunan s**an hoki akar umbi melalui tajaan jersi pas**an hoki perempuan bawah 12 tahun Kedah. 🏑💪
Mungkin bagi sesetengah orang, ia hanyalah sehelai jersi.
Tetapi bagi pemain-pemain cilik ini, ia membawa semangat, keyakinan dan kebanggaan untuk mewakili negeri tercinta.
Kerana kita tidak tahu, mungkin antara mereka inilah bakal lahirnya bintang hoki negara suatu hari nanti. 🇲🇾
Kami percaya kelestarian s**an negara bermula daripada sokongan kepada bakat-bakat muda hari ini.
KIRANA mungkin masih sebuah jenama tempatan yang sedang membina nama. Namun, kami mahu berkembang bersama masyarakat yang menyokong kami.
Terima kasih kepada para jurulatih, ibu bapa dan semua pihak yang tidak pernah berhenti memperjuangkan masa depan atlet muda negara.
Dari Kedah, untuk Malaysia. 🇲🇾
Semoga suatu hari nanti kita dapat melihat anak-anak ini menyarung jersi kebangsaan p**a. Insya-Allah.
💬 Anda setuju tak lebih banyak jenama tempatan patut tampil menaja s**an akar umbi seperti ini?