21/07/2026
Bila kita bercakap pasal kolesterol, sebenarnya ramai yang ingat kolesterol ni hanya ada satu jenis. Padahal bila kita tengok keputusan blood test, ada total cholesterol, triglyceride, HDL, LDL, malah ada pecahan LDL dan HDL yang lebih terperinci.
Ramai orang dengar LDL terus cakap, “Ini kolesterol jahat.”
Tapi cuba fikir sekejap. Kalau LDL memang jahat, kenapa badan kita sendiri hasilkannya?
Sebenarnya, LDL ada fungsi penting. Ia membawa kolesterol ke seluruh badan kerana kolesterol diperlukan untuk menghasilkan hormon seperti testosteron dan estrogen, menghasilkan vitamin D, membina membran sel dan banyak lagi fungsi penting dalam badan.
Jadi, masalahnya bukan semata-mata LDL.
Masalah mula berlaku apabila saluran darah mengalami kerosakan atau keradangan. Dalam keadaan ini, LDL lebih mudah memasuki dinding saluran darah. Jika keadaan ini berterusan, terutama apabila disertai keradangan kronik, plak aterosklerosis boleh terbentuk sedikit demi sedikit sehingga menyebabkan saluran darah menjadi semakin sempit.
Sebab itu, bila kita bercakap tentang kolesterol, kita tak boleh hanya fokus pada satu nombor sahaja.
Kita perlu tanya, kenapa saluran darah itu mengalami kerosakan? Adakah kerana gula dalam darah yang tinggi? Tekanan darah? Merokok? Keradangan kronik? Masalah metabolik? Atau faktor-faktor lain?
Sebab itu saya selalu tekankan, jangan hanya lihat bacaan kolesterol. Kita perlu melihat keseluruhan keadaan kesihatan melalui blood test yang sesuai supaya kita boleh kenal pasti punca sebenar dan memilih rawatan yang lebih tepat untuk setiap individu.
Kalau anda nak faham keputusan blood test anda dengan lebih jelas dan nak tahu apakah punca sebenar bacaan kolesterol anda, komen “SKY Clinic” di bawah. Kami akan bantu anda mendapatkan konsultasi yang lebih terperinci.