08/01/2026
Peranan Suami Semasa Isteri Berpantang βοΈπ
Tempoh berpantang bukan sahaja masa untuk pemulihan fizikal isteri, tetapi juga waktu yang sangat sensitif dari segi emosi. Peranan suami sangat penting dalam memastikan isteri merasa disokong dan dihargai.
Berikut antara peranan utama suami semasa isteri berpantang:
1. Sokongan Emosi
β Dengar luahan isteri, beri kata semangat dan elakkan tekanan tambahan.
2. Bantu Urusan Rumah
β Ringankan tugas isteri seperti memasak, mengurus anak, atau membersih.
3. Jaga Keperluan Isteri
β Pastikan isteri makan ubat, berurut, pakai bengkung, dan cukup rehat.
4. Urus Bayi Sama-Sama
β Tukar lampin, tidurkan bayi atau temani waktu malam.
5. Jadi Pelindung & Pendamai
β Kurangkan gangguan, kawal pelawat, dan hormati privasi isteri.
6. Prihatin Kesihatan Mental
β Perhatikan tanda-tanda baby blues atau meroyan. Jangan ambil ringan.
Suami yang prihatin bukan saja mempercepatkan proses pemulihan isteri, tapi juga menguatkan lagi ikatan rumahtangga. π