Red Bubbles

Red Bubbles Red Bubbles clowns delivers your gift of smiles and laughter to seriously ill children.

RED BUBBLES or Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah KL & Selangor is a non-profit organisation established in April 2011, and registered under Registrar of Societies with registration number: 2095-11-WKL.

Kita sudah berada di penghujung Ramadan. Lagu-lagu Raya baru dan lama sudah banyak berkumandang di telinga.Seperti tahun...
13/03/2026

Kita sudah berada di penghujung Ramadan. Lagu-lagu Raya baru dan lama sudah banyak berkumandang di telinga.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kami tidak pernah melupakan untuk menghiburkan hati anak-anak yang menghidap sakit kronik Dan kritikal di hospital dengan menyampaikan sumbangan Duit Raya kepada mereka.

Ada di antara mereka pasti akan beraya di wad kerana terpaksa menjalani rawatan mereka.

Justeru pada Syawal tahun ini kami ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk berkongsi kegembiraan Hari Raya Aidilfitri dengan menyumbang sedikit Duit Raya kepada mereka.

Tahun ini kami berusaha untuk menyampaikan Duit Raya kepada anak-anak yang sedang menjalani rawatan di wad berikut:

1. Wad Kanser Kanak-kanak Hospital Pakar Kanak-kanak UKM.

2. Wad Kanser Kanak-kanak Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

Kami sering kunjungi wad-wad ini untuk menghibur mereka sejak dulu lagi.

Untuk mengirim Duit Raya kepada mereka, maklumat lanjutnya ada dikongsikan di ruang Komen posting ini.

Terima kasih banyak-banyak didahulukan atas kesudian para sahabat pendukung Red Bubbles untuk turut menyumbang sama.

Semoga Allah murahkan rezeki kawan-kawan semua sentiasa. Amin.

Selamat Hari Raya daripada kami. Maaf lahir dan batin.

Kayuhan amal Red Nose Ride kembali lagi!Kayuhan amal ini diadakan setiap tahun bagi mengumpul dana untuk membantu tim cl...
24/12/2025

Kayuhan amal Red Nose Ride kembali lagi!

Kayuhan amal ini diadakan setiap tahun bagi mengumpul dana untuk membantu tim clown doctors Red Bubbles meneruskan usaha menghibur pesakit kanak-kanak di hospital.

Julung-julung kali Red Nose Ride 2025 V2 diadakan di negeri Pahang. Kayuhan ini akan bermula awal pagi esok di Pantai Chempaka, Kuantan.

Laluannya dari Pantai Chempaka menuju ke Tasik Chini dan berpatah balik ke Pantai Chempaka.

Kayuhan amal sejauh 240 KM ini akan berlangsung selama dua hari dari 25 Disember sehingg 26 Disember 2025.

Sebagai tanda sokongan kepada usaha kayuhan amal Red Nose Ride, kami dengan rendah hati mengalukan sumbangan ikhlas daripada tuan dan puan kepada tabung Red Bubbles.

Paling mudah, sumbanglah 10 sen (RM24), 20 sen (RM48), atau seikhlasnya, agar dana yang berjaya dikumpul kelak dapat membantu pasukan clown doctors Red Bubbles meneruskan program menghibur pesakit kanak-kanak di beberapa buah hospital di tanah air.

Clown Doctors Red Bubbles telah berkhidmat di wad kanak-kanak sejak 2015 lagi bagi menghibur pesakit kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik dan kritikal.

Untuk menyumbang, maklumat lanjut ada di ruang komen.

Terima kasih didahulukan atas sokongan kalian. Semoga Tuhan memberkati usaha kita ini untuk melihat anak-anak yang sedang berjuang melawan sakit kembali tersenyum.

Sekian.

Address

190A, Lorong Kempas 2, Kg. Melayu Ampang Tambahan
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Red Bubbles posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Red Bubbles:

Shortcuts

Share