28/04/2026
Ya, sebahagian pesakit yang bernafas laju, mungkin sahaja ada sedikit wheezing, terutamanya yang berusia 35 atau 40an ke atas, sebenarnya mungkin bukan bronchial asthma, tetapi cardiac asthma atau jantung bengkak.
Bagaimana untuk pastikan?
Jumpa doktor, doktor terlibat perlu pastikan ianya bukan cardiac asthma atau lemah jantung dengan mengambil sejarah pesakit dengan betul dan beberapa pemeriksaan yang boleh membezakan heart failure dan cardiac asthma.
๐๐ซ๐จ๐ง๐๐ก๐ข๐๐ฅ ๐๐ฌ๐ญ๐ก๐ฆ๐" ๐๐๐ฉ๐ข ๐๐๐๐๐ง๐๐ซ๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ค
* Mak cik ini datang ke Klinik Medinna 24 Jam Taman Nirwana kerana "semput".
* Disangkanya serangan asthma akut (acute exacerbation of bronchial asthma). Tetapi doktor kami yang jujur mendapati tiada ronchi /wheezing (bunyi saluran pernafasan yang sempit).
* Maka kami tahu, samada anxiety atau masalah jantung yang kerap bagi masalah semput ini.
* Namun demikian auscultation of lungs atau pemeriksaan paru-paru mendapati adanya "air yang tersangkut" atau bibasal crepitations sound, pada bahagian bawah paru-paru, ini memberi clue kepada lemah jantung.
* Lantas doktor kami memeriksa tekanan pada salur darah vena di leher (JVP), sedikit meningkat, kemudian pulse pressure (beza tekanan systolic dan diastolic), agak rendah.
* Lalu ditanyakan kepada pesakit simptom lemah jantung, orthopnea (tidak boleh tidur/baring tanpa bantal untuk tempoh yang lama sedikit), batuk setelah tidur dan reduced effort tolerance, iaitu cepat mengah.
* Pesakit menjawab ya, dan didapati benar ada tanda jantung bengkak. Daripada asalnya difikirnya semput asthma tetapi rupanya jantung bengkak.
* Maka daripada berulang kali mendapat neb sahaja untuk semput tadi, pesakit ini alhamdulillah mendapat rawatan yang tepat. Walhal tak lama lagi dijadualkan ada pembedahan thyroid.
* Tuan/puan, kadangkala doktor tidak sependapat dengan anggapan anda, kami sebenarnya belajar bab ini, mengesan diagnosis pesakit dan rawatan yang sesuai.
* Semuanya untuk kebaikan anda.
"Kesihatan Anda Keutamaan Kami"
Hubungi kami di:-
011-5867 5878 (Caw Taman Nirwana, Ampang)
0132992580 (cawangan Seri Kembangan)