18/02/2026
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 🌙
Alhamdulillah , sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu bulan yang penuh rahmat , keampunan dan keberkatan .
Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan dalam hati , melapangkan rezeki , menguatkan kesabaran serta meningkatkan kualiti ibadah kita kepada Allah SWT .
Moga setiap amalan kecil yang kita lakukan digandakan ganjarannya dan menjadi asbab kebaikan dunia serta akhirat .
Marilah kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan doa , sedekah dan memperbaiki hubungan sesama insan .
Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam .
Semoga Ramadan ini lebih bermakna daripada sebelumnya 🤍
Ikhlas daripada ,
Lieya Qistina ✨