MassBikam

MassBikam Servis Terapi Bekam ke Lokasi Anda!

Dgn teknik eksklusif STIMULATHERAPY BEKAM™, rawatan ini bukan sekadar bekam biasa — gabungan rangsangan otot, titik refleks & sistem saraf secara terkawal blh membantu mengaktifkan semula proses self-healing tubuh anda.

Bagaimana bekam sebagai solusi semula jadi untuk tekanan darah tinggi (dengan cara yang saintifik + holistik).Asasnya: T...
12/10/2025

Bagaimana bekam sebagai solusi semula jadi untuk tekanan darah tinggi (dengan cara yang saintifik + holistik).

Asasnya: Tekanan Darah Tinggi = Darah ‘Tersekat’ dan ‘Tertekan’

Bila darah tak lancar — contohnya sebab kolesterol, toksin, stres, atau dinding salur darah dah tebal — tekanan dalam sistem meningkat. Ibarat paip tersumbat, pam kena kerja lebih kuat.

➡️ Bekam bantu buka laluan tu.
Dengan keluarkan darah kotor (yang pekat, tinggi toksin & sel mati), aliran jadi lebih lancar. Bila rintangan berkurang, tekanan automatik turun.

Dari sudut fisiologi (sains moden) Kajian moden menunjukkan kaedah bekam membantu:

🌡️Turunkan tekanan darah systolic & diastolic lepas beberapa sesi.
🌡️Kurangkan kelikatan darah (blood viscosity) → darah jadi kurang pekat, jantung tak perlu kerja keras.
🌡️Aktifkan sistem saraf parasympathetic → badan masuk mode tenang, tekanan darah & denyutan jantung stabil.
🌡️Rangsang pelepasan nitric oxide (NO) → bantu vasodilation (salur darah mengembang) → tekanan turun.

Artikel lain massbikam, Siapa Pembunuh Dalaman yang ganas...
https://massbikam.blogspot.com/2025/10/tekanan-darah-tinggi-pembunuh-dalam.html

----- Massbikam Mobile Wellness Initiative -----

🔥 “Bekam Bantu Kendurkan Tekanan Dalam Tubuh!”

❌ Sakit kepala berulang tanpa sebab
❌ Jantung berdebar & susah tidur malam
❌ Cepat marah, cepat penat
❌ Bacaan darah makin naik walaupun dah makan ubat

Mungkin masalah sebenar bukan sekadar tekanan darah tinggi —
tapi darah pekat, toksin dan aliran yang tersekat!

📍 Lokasi: Kami datang terus ke tempat anda!
🚐 Khidmat terapi bekam bergerak sekitar Bachok & Kota Bharu.
📞 Tempahan: WhatsApp 013-947 0047

💡 Tagline:
“Bekam bukan sekadar buang darah kotor – ia bantu lancarkan aliran dan redakan tekanan dari akar masalah.”

Artikel massbikam, pembunuh dalaman.
https://massbikam.blogspot.com/2025/10/tekanan-darah-tinggi-pembunuh-dalam.html

💆🏻‍♂️Terapi Urutan Organ Secara Percuma, Tanpa Janji Temu, Tanpa Caj tersembunyi, Semuanya Free💯 terbuka untuk semua yan...
24/09/2025

💆🏻‍♂️Terapi Urutan Organ Secara Percuma, Tanpa Janji Temu, Tanpa Caj tersembunyi, Semuanya Free💯 terbuka untuk semua yang berminat.

🫁 Nafas yang Menghidupkan. Setiap kali kita menarik dan menghembus nafas, tubuh sebenarnya sedang menjalankan satu mekanisme luar biasa — urutan dalaman auto.

Pergerakan diafragma ketika bernafas menyebabkan organ dalam dada dan perut naik-turun, mengembang dan mengecut dengan harmoni. Setiap pergerakan ini seperti memberi tekanan lembut yang berulang-ulang kepada:

🌻Hati & Limpa – dirangsang untuk tapis darah dan kuatkan sistem imun.

🌻Perut & Usus – peristalsis jadi aktif, pencernaan lancar, kembung berkurang.

🌻Jantung & Salur Darah – bantu darah vena kembali ke jantung, elak darah berkumpul di kaki.

🌻Saluran Limfa – aliran limfa jadi laju, toksin dibuang lebih cepat.

Inilah terapi paling asas yang Allah bekalkan sejak kita lahir — percuma, tanpa janji temu, tanpa caj.

Cuba bayangkan jika setiap sedutan nafas dikenakan caj walaupun hanya seposen — sehari kita mungkin bayar lebih daripada gaji sebulan! Tetapi hakikatnya, oksigen yang kita hirup, udara yang kita guna untuk hidup, semuanya diberikan percuma oleh Allah Ta'ala.

Malangnya, kita jarang kabaa untuk menghargai nikmat ini. Ramai lupa bahawa setiap nafas adalah rezeki terbesar — satu hadiah yang bukan hanya menghidupkan kita, tetapi juga merawat tubuh kita dari dalam, setiap saat.

Jadi, jangan sekadar bernafas untuk hidup. Sedari setiap hela nafas, hayati ia sebagai zikir. Bernafas dengan penuh kesedaran bukan sahaja membuat tubuh sihat, malah menenangkan jiwa dan mendekatkan hati kepada Pencipta.

Lanjutin bacaan anda, ahlan bikuu ke blog massbikam

https://massbikam.blogspot.com/2025/09/bernafas-sambil-mengurut.html

Doa husnul khatimah 🔬 Proses Perubahan Tubuh Selepas KematianDaripada detik pertama hingga menjadi rangkaKematian bukan ...
24/09/2025

Doa husnul khatimah

🔬 Proses Perubahan Tubuh Selepas Kematian

Daripada detik pertama hingga menjadi rangka

Kematian bukan sekadar berhentinya degupan jantung. Ia mencetuskan satu siri perubahan biologi yang menarik untuk difahami – seolah-olah tubuh kita “berubah” secara berperingkat, kembali kepada tanah.

Baca lagi...👇🏻

https://massbikam.blogspot.com/2025/09/proses-perubahan-tubuh-selepas-kematian.html

🩸 Kolesterol Bukan Musuh – Keradangan Itulah PencetusnyaRamai yang panik bila doktor kata kolesterol tinggi. Terus fikir...
11/09/2025

🩸 Kolesterol Bukan Musuh – Keradangan Itulah Pencetusnya

Ramai yang panik bila doktor kata kolesterol tinggi. Terus fikir ia punca utama serangan jantung dan stroke.
Hakikatnya, kolesterol bukanlah “penjahat” — malah ia adalah bahan penting untuk membaiki sel, hasilkan hormon, dan melindungi saraf.

Masalah sebenar ialah keradangan kronik dalam badan.
Keradangan ini buat saluran darah anda cedera dan luka halus.
Tubuh pun hantar kolesterol untuk tampal dan lindungi luka itu.

Maka, kolesterol tinggi bukanlah punca — ia cuma “signal” bahawa ada masalah dalaman yang perlu dirawat.

💉 Bagaimana Bekam Membantu bagi Solusi semuajadi?

Bekam bekerja dengan mengurangkan beban keradangan dalam tubuh melalui:

🔑Buang Darah Stagnan
Darah yang kaya dengan sisa metabolik dan radikal bebas ditarik keluar.
Ini mengurangkan tekanan pada sistem imun dan memberi ruang pada darah baru yang lebih bersih untuk mengalir.

🔑Tingkatkan Peredaran Darah
Cup bekam merangsang aliran darah segar ke kawasan sekitar, bawa oksigen & nutrien baru → sokong proses penyembuhan.

🔑Turunkan Marker Keradangan
Kajian moden tunjuk bekam boleh bantu turunkan CRP (C-Reactive Protein) – salah satu penanda keradangan dalam badan.

🔑Support Detoks Semula Jadi
Bekam bantu hati & buah pinggang dengan mengurangkan “load toksin” dalam darah.
Bila hati lebih ringan, kolesterol juga kembali seimbang.

Ein Sya' Allah boleh dibantu dengan bekam.

-----Massbikam Mobile Wellness Initiative----

🔥 “Kolesterol Bukan Musuh – Bekam Bantu Padamkan Api Keradangan!”

❌ Sakit kepala tak habis-habis
❌ Badan selalu rasa berat & letih
❌ Kolesterol tinggi walaupun dah makan ubat
❌ Lenguh-lenguh badan & stress tak hilang

Mungkin masalah sebenar bukan kolesterol, tapi keradangan senyap dalam badan!

📍 Lokasi: Kami datang terus ke tempat anda!
🚐 Khidmat terapi bekam bergerak sekitar Bachok & Kota Bharu.

📞 Tempahan: WhatsApp 013-947 0047

💡 Tagline:
“Bekam bukan sekadar buang darah kotor – ia aktifkan semula proses penyembuhan semula jadi tubuh anda.”

https://massbikam.blogspot.com/2025/09/insulin-tinggi-punca-senyap-di-sebalik.html

🌴Kaki manusia berfungsi tanpa henti sebagai penyokong utama pergerakan harian. Setiap hari, ia menampung beban tubuh, be...
09/09/2025

🌴Kaki manusia berfungsi tanpa henti sebagai penyokong utama pergerakan harian. Setiap hari, ia menampung beban tubuh, bergerak untuk berjalan, berdiri dalam tempoh lama, malah berlari apabila diperlukan.

🌴Tidak menghairankan jika bahagian betis dan kaki menjadi kawasan yang paling mudah terdedah kepada urat varikos — keadaan di mana saluran vena melebar, berpintal, dan timbul jelas pada permukaan kulit.

🌴Bagi mengekalkan kesihatan kaki serta mencegah komplikasi jangka panjang, terapi urut dan bekam merupakan antara pendekatan sokongan yang bermanfaat. Kedua-dua kaedah ini bukan sahaja memberikan kelegaan segera, malah berpotensi meningkatkan kelancaran peredaran darah, mengurangkan tekanan pada saluran vena, serta menyokong kesejahteraan keseluruhan sistem peredaran.

🌴Bagaimana Terapi Urut Membantu?

🌴Urutan pada betis dan kaki merangsang aliran darah serta sistem limfatik. Dari sudut fisiologi, tekanan lembut pada otot membantu injap vena bekerja lebih efisien, mengurangkan risiko darah bertakung di bahagian bawah kaki. Ia juga melegakan ketegangan otot, menurunkan tekanan pada saluran vena, dan seterusnya mengurangkan risiko pembentukan urat varikos.

🌴Peranan Bekam dalam Kesihatan Vena

Terapi bekam p**a berfungsi dengan mencipta tekanan negatif pada kulit, yang merangsang pengaliran darah kapilari serta membantu menyingkirkan sisa metabolik. Kajian moden menunjukkan bekam mampu meningkatkan mikrosirkulasi (peredaran darah halus), mengurangkan keradangan setempat, dan mempercepatkan proses pemulihan tisu. Dalam konteks kesihatan kaki, ia membantu mengurangkan rasa berat, lenguh, serta menambah baik fungsi peredaran.

🌴Gabungan Dua Terapi

Apabila urut dan bekam digabungkan, kesannya lebih menyeluruh: urut melancarkan aliran dan menguatkan otot sokongan, manakala bekam membantu detoksifikasi serta melegakan beban pada saluran darah. Hasilnya, kaki terasa lebih ringan, sihat, dan risiko urat varikos dapat diminimumkan.

-----------🛵TERAPI MASSBIKAM🛵----------

🌿 Rawatan Bekam & Terapi Urut Bergerak ke Rumah Anda! 🌿
🛵
Lenguh? Stress? Atau risau tentang urat varikos dan peredaran darah?
Kami sediakan khidmat bekam & terapi urut terus ke rumah anda — selesa, privasi terjaga, dan dijalankan oleh therapist berpengalaman. 🛵

📍 Area: Bachok & Kota Bharu
✨ Manfaat Rawatan:
✅ Melancarkan peredaran darah & limfa
✅ Melegakan lenguh, stress & tekanan otot
✅ Membantu cegah urat varikos & bengkak kaki
✅ Detoks semula jadi badan

🛵 Kami datang ke rumah anda – anda hanya perlu rileks & nikmati rawatan.

📞 Hubungi/WhatsApp 013-947 0047kami sekarang untuk temujanji.
Kaki sihat, badan ringan, minda tenang. 🌿

https://massbikam.blogspot.com/2025/09/terapi-limfatik-detoks-badan.html

📍Dalam keadaan lapar atau berpuasa, tubuh mengaktifkan mekanisme autophagy. Proses ini membolehkan sel ‘mencerna’ kompon...
07/09/2025

📍Dalam keadaan lapar atau berpuasa, tubuh mengaktifkan mekanisme autophagy. Proses ini membolehkan sel ‘mencerna’ komponen dalaman yang rosak, menghapuskan protein toksik, mematikan sel abnormal seperti sel prakanser, serta menyingkirkan sel tua yang tidak lagi berfungsi. Secara semula jadi, tubuh melakukan pembersihan dan pembaharuan di peringkat selular.

📍Hari ini, sains moden menamakan proses ini sebagai autophagy (الالتهام الذاتي) — mekanisme sel yang membersihkan dirinya dengan memakan komponen rosak. Menariknya, lebih 1000 tahun lalu, Ibnu Sina dalam al-Qanun fi al-Tibb sudah menekankan perkara sama melalui konsep pengurangan makanan dan pembersihan tubuh daripada sisa (maddah fasidah).

📍Walaupun istilah ‘autophagy’ belum wujud pada zamannya, hakikat yang difahami tetap serupa: ketika tubuh lapar, ia mula membakar sisa, menyingkirkan kotoran, dan memperbaharui dirinya. Sains moden kini hanya mengesahkan kebijaksanaan yang sudah diungkap oleh Ibnu Sina sejak dahulu.”

📍Dalam Bahasa Melayu, autophagy biasanya diterjemah sebagai:
“Autofagi” → terjemahan terus dari istilah bioperubatan.

Maksud literalnya: “pemakanan sendiri” (daripada perkataan Greek auto = sendiri, phagy = makan).

📍Dalam konteks sains, autophagy bermaksud proses semula jadi di mana sel “makan” atau “mencerna” bahagian dirinya yang rosak/tidak diperlukan, kemudian kitar semula untuk tenaga atau pembaikan.

📝Untuk mendekatkan kefahaman kita, “Autophagy (autofagi) ialah proses semula jadi sel yang ‘membersihkan diri’ dengan memakan dan mengitar semula komponen yang rosak.”

📖 Dalam Rawatan Ibnu Sina

1️⃣ Puasa & Pengurangan Makanan (التجويع / التخفيف في الطعام)
👉🏻Ibnu Sina tekankan “al-qillah fi al-ta‘am” (mengurangkan makanan) sebagai rawatan utama banyak penyakit.

Menurut beliau, bila perut kosong → badan mula bakar sisa & singkirkan “maddah fasidah” (bahan rosak/kotor).
Konsep ni sejajar dengan autophagy hari ni.

2️⃣Tazkiyah al-badan (تزكية البدن)
👉🏻Konsep penyucian tubuh melalui pembuangan bahan kotor.
Dalam moden = sel buang komponen rosak → sama macam fungsi autophagy.

3️⃣ Rawatan Penyakit Kronik
👉🏻Ibnu Sina kata banyak penyakit berpunca dari “tumpukan sisa dalam badan”.
👉🏻Autophagy moden membuktikan: kegagalan sistem buangan sel menyebabkan protein salah lipat (misfolded protein) dan organel(organ mini dalam sel) rosak terkumpul — inilah pencetus utama penyakit degeneratif seperti Alzheimer, Parkinson, serta kanser.

🌴Jadi prinsip rawatan Ibnu Sina sebenarnya “anticipate” mekanisme autophagy.

-----🛵Khidmat Massbikam bergerak Bachok/Kota Bharu🛵----

🔥 Lenguh? Migrain? Badan rasa berat? 🔥
Jangan biar berlarutan…

👉 Cuba Bekam & Terapi Urutan terus di rumah anda!🛵

📍 Area: Bachok & Kota Bharu
✅ Buang toksin & angin badan
✅ Legakan lenguh + stress
✅ Segarkan darah & tenaga semula

📲 WhatsApp sekarang: 013-947 0047

🌿 Rawatan Sunnah + Natural Healing + Stimulate Sis.Saraf🌿
Biar kami datang rawat anda – selesa, mudah & berkesan!

🩸✨ Bekam: Bukan Sekadar Buang Panas, Tapi Kembalikan Imbangan Tubuh.Ramai orang kenal bekam sebagai rawatan untuk buang ...
05/09/2025

🩸✨ Bekam: Bukan Sekadar Buang Panas, Tapi Kembalikan Imbangan Tubuh.

Ramai orang kenal bekam sebagai rawatan untuk buang panas badan, atau istilah lain “buang darah kotor”. Memang betul — bila badan panas berlebihan, inflamasi tinggi, atau darah pekat bertoksin, bekam sangat berkesan mengurangkan beban tu. Tubuh jadi ringan, kepala lebih lega, tidur pun lebih tenang.

Tapi persoalan timbul: kalau badan dah sejuk, pucat, lesu… masih sesuai ke untuk berbekam?

🌡️ Bekam & Konsep Imbangan

Dalam perubatan tradisional, tubuh manusia sentiasa bergerak antara dua keadaan: panas ↔ sejuk. Bekam bukan hanya sekadar “membuang panas”, tetapi hakikatnya berfungsi sebagai penimbang tara (homeostasis).

Kalau tubuh terlalu panas → bekam bantu lepaskan lebihan haba, toksin & darah pekat.

Kalau tubuh terlalu sejuk/lemah → bekam buka semula laluan darah, tarik oksigen baru, aktifkan metabolisme.

Dengan kata lain, bekam tak kira tubuh panas atau sejuk — ia bekerja untuk balance semula sistem badan.

🔬 Dari Sudut Sains Moden

Walaupun nampak bekam hanya “keluarkan darah”, sebenarnya kesan lebih besar berlaku dalam tubuh:

1- Microcirculation Reset
– Darah lama & pekat dikeluarkan, tubuh automatik hantar darah segar penuh oksigen.
– Bahagian yang lemah jadi kembali “warm & alive”.

2- Neuro-Immuno Activation
– Sedutan bekam merangsang saraf & sistem imun → meningkatkan metabolisme walaupun badan asalnya “sejuk”.

3- Endorphin Release
– Proses bekam mencetuskan hormon endorphin, buat tubuh rasa lebih tenang & bertenaga.

📌 Kesimp**an

Bekam bukan sekadar terapi untuk buang panas. Ia adalah seni mengimbangkan tubuh — sama ada badan panas berlebihan atau sejuk & lemah, bekam berfungsi untuk reset sistem kembali ke keadaan asal.

Kalau panas → bekam keluarkan beban.
Kalau sejuk → bekam hidupkan balik tenaga.

👉 Itulah sebab bekam digelar terapi keseimbangan tubuh paling natural.

***************************************************

🩸 BEKAM = Reset Homeostasis Tubuh
Buang toksin,segarkan tenaga, seimbangkan badan secara natural ✨

📍 Khas untuk penduduk Bachok & Kota Bharu
Tak perlu susah-susah keluar rumah — kami Massbikam, pembekam bergerak, akan datang terus ke lokasi anda 🚗💨

📌 Tempah slot sekarang untuk rawatan bekam professional & selesa di rumah anda.

📲 Hubungi / WhatsApp: 013-947 0047

Address

Jelawat
Bachok
16070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MassBikam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share